MERSING:
Dua termasuk seorang wanita yang sarat mengandung maut manakala dua
lagi parah dan lima cedera ringan akibat pertembungan membabitkan Proton
Wira dan Waja ketika hujan lebat di Kilometer 10, Jalan Mersing-Felda
Nitar di sini, semalam.
Dalam
kejadian jam 1.30 tengah hari itu, Wong Chia Hui, 26, yang sarat
mengandung dan berasal dari Taman Desa, Kluang serta Chan Hui Wen juga
dari daerah sama mati di tempat kejadian akibat cedera parah di badan
juga kepala.
Kedua-duanya menaiki Wira berkenaan, mereka yang parah adalah pemandu dan penumpang kereta itu, Ahmad Abdullah, 36, serta Teo Roy Shan, 27, kedua-duanya juga berasal dari Kluang.
Pemandu Waja, Fadzli Aziz, 22, serta empat lagi anggota keluarganya pula cedera ringan.
Fadzli berkata, dia sekeluarga dalam perjalanan dari Nitar ke Bandar Mersing untuk pulang ke Felda Tenggaroh 2 selepas menghadiri majlis perkahwinan ahli keluarga.
“Sebaik tiba di tempat kejadian, saya melihat Wira terbabit yang datang dari arah depan memotong sebuah kereta sebelum hilang kawalan lantas melintang di tengah jalan.
“Saya
gagal berbuat apa-apa kerana kejadian berlaku dengan pantas, pada masa
sama, jalan juga licin akibat hujan,” katanya ketika ditemui di Hospital
Mersing.
Menurut Fadzli, sekiranya mengelak, mungkin dia sekeluarga pula yang maut kerana Waja itu berkemungkinan terhumban ke dalam gaung bersebelahan.
“Bagaimanapun
saya bersyukur kerana kami semua terselamat, hanya anak saudara, Aqil
Syaman yang berusia dua tahun luka ringan di kepala akibat terhantuk,”
katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Mersing, Deputi Superintendan Mohd Nor Rasid berkata, sebuah jentera Jabatan Bomba dan Penyelamat dipanggil untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit.
“Ini adalah kemalangan maut kedua berlaku dalam tempoh 24 jam di daerah ini dipercayai akibat jalan licin selepas hujan lebat,” katanya.
Salah seorang yang terlibah adalah Teacher Cindy
Teacher Music Class Batrice
Baru bercita-cita nak jumpa this weekend utk next year punya registration
May them rest in peace.
10 comments:
sudi la join ye..hadiah menarik tau
http://www.elyiesazlin.com/2011/12/16/jom-join-sempena-pengaktifan-link-baru/
may rest in peace teacer cindy!
memori gambo tu..
lely ada bc metro psl eksiden tu,
kesian kan..
dh la pegnen...
takziah utk family teacher cindy
moga rest in peace teacher cindy,
musim2 ujan ni jln licin lain mcm...
deepest condolence...
may she rest in peace....
memang kenangan ye sis pics tu!
tekejut aku zana...teacher music batrice rupenye.....
takziah tuk family teacher tu..agak2 batrice tau tak ye berita ni?
kesiannya. takziah utk family dia.
zana..teacher batrice ker yg maut tuh..mesti zana terkejut kan baca berita ni..yekla..org yg dikenali kan..dhlah bercita2 nk jumpe weken..takziah utk keluarga mendiang..
alamakk mesti sedih batrice sbb teacher dia kan...? ajal maut siapalah yg boleh menduga
Post a Comment