Followers

Thursday, March 24, 2011

To : Anonymous about Status Kluang Railway

Assalamualaikum and thanks coz' singgah ke blog picisan saya untuk membaca cerita about Status KluangRailway TIDAK HALAL tu.


Saya pun bukan berniat tidak baik atau mahu memburukkan nama baik Kluang Railway ...di tambah lagi saya memang pelanggan tetap Kluang Railway selama 7 tahun saya duduk di Kluang nie. And boleh di katakan every week kami akan breakfast di situ.....and boleh dikatakan tiap-tiap hari my Darling Hubby minum petang berkumpul dengan rakan-rakan kontraktor dia untuk cari job dan berbincang sesama mereka.

Saya berani published entry tersebut setelah Darling Hubby saya sendiri mengesahkan berita berkenaan. Bukan main sahkan jer yerk..........Darling Hubby saya sendiri CALLED PEJABAT AGAMA KLUANG untuk mengesahkan status berita tersebut.  Sekiranya dia menipu, maka saya pun menipu .......dan sesungguhnya takde niat saya untuk menyampaikan berita yang TIDAK BENAR.

Sebagai umat ISLAM saya sangat-sangat PEKA dengan status HALAL/HARAM sesuatu makanan.  Ia akan jadi darah daging kita sendiri. Nauzubillah.

Terpulang pada saudara/saudari ....tp seelok-eloknya bila kita rasa WAS-WAS kita jauhi tempat itu dan elakkan makan di situ sehingga PEJABAT AGAMA KLUANG mengeluarkan status sebenar Kluang Railway secara SAH.

Dan sekiranya saudara/saudari mahu cerita yang lebih sahih lagi...boleh called sendiri pegawai yang bertugas di Pejabat Agama Kluang . Nie no telefon Pejabat Agama Kluang : 

07-7771213

Jabatan Agama Islam Johor (Jaij) melakukan pemeriksaan di premis ini dalam satu operasi bersepadu bersama Jabatan Kesihatan, Majlis Perbandaran Kluang dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) pada Januari lalu.

Ia berikutan pelbagai aduan orang ramai yang mendakwa terdapat penggunaan tulang babi dalam kopi yang dijual kepada pelanggan termasuk di kalangan umat Islam yang sering berkunjung ke premis ini.

Pengusaha premis ini memiliki kilang sendiri bagi memproses kopinya.

Pada 19 Januari lalu, sampel telah diambil untuk dihantar ke Jabatan Kimia bagi mengetahui kandungan sebenar kopi yang digunakan.

Untuk rekod, premis ini tidak memiliki sebarang pengesahan halal.

Pada 14 Mac lalu, keputusan ujian diserahkan Jabatan Kimia di mana antara lain menyebut terdapat kandungan gelatin babi pada bahan minuman itu.

Gelatin babi itu dikatakan digunakan bagi meningkatkan lemakpada kopi yang dijual.

Manakala terdapat kandungan alkohol dalam madu yang digunakan di premis itu.
Kopi yang mengandungi gelatin babi itu turut dihidangkan kepada pelanggan beragama Islam.
 SUMBER :  HAZREY

14 comments:

~izan~ said...

betul tu zana..kalau kita dah tahu mcm tu,better kita share dan tanggungjawah sesama islam perlu kita laksanakan..

ZanaNordin said...

izan - tulah....niat zana hanya untuk berkongsi perkara yang perlu kita ambil tahu..takde niat lain...

Mama Zharfan said...

thanks for sharing
semlm pun me copy paste ur entry letak kat blog me, and memang ada yg tanya no telefon pej agama tu..nak kena buat entry pendek utk inform no phone plak

shidah said...

bila kita mengathauin kesahihan sesuatu perkara, mmg wajar kita berkongsi perkara tersebut...Memang org akan kita nie sekadar satu khabar angin, tapi, abg hemlin sendiri dah confirmkan ngan pej agama..x kan pegawai kat pej agama pun nak menipu..betul x kak?

♥♥♥ سواي @ ماما ايمان شاهيراه ♥♥♥ said...

macam2 perangai manusia ni... bagus ko bg no tipun..nak kompom biar dia kol sendiri...

My Aisy said...

yup...sebagai umat islam...kita wajib mencari yang halal..

☆ lieya latif ☆ said...

si anon tu ape lagi...zana dah bagi no phone...pegi la tepon...puaskan hati awak....adoiii org dah sibuk bercerita ade lagi yg tak percaye......zana ni org kluang...op kos laa lagi die tauuuuu......

ape2 pun thanks zana sebab mewar2kan perkara nie.....

[-suziey-] said...

ape susah..klu xpuas hati call la sdiri jbtn agama..dia tu serbu blog org dgn guna non pastu ckp suka2 hati je baik sgt la tu..kena la beradab jgk..haih sabar je la zana...

norhidana said...

marah btl si anonymous tuh yek, bkn nk amik info tuh satu yg baik

alahai msti rasa terkilan n tak tau nk ckp pe kn, sbb lama beno dh korang jd pengemar kopi kt kdai tu ek... apapun bgs sebenarnyer kite kongsi info2 gini...

Farra Dhelina said...

salam..

hah call le klu tak percaya..ape ssh..klu takde krdt meh i tlg topap kan hehe..

sabar ye..

Wansteddy Tales said...

Bagus info yang Zana ketengahkan ni. Saya pn dah lama tak jengah sebarang kopitiam. Bnyk sngt kopitiam yg org kata tak halal. sekurang2nya info zana ni membuka mata pengguna lain juga.

kakyong said...

wonder jer kenapa ade org yg tak mau menerima kenyataan antara halal & haram ni...

Izan Ishak said...

baguslah buat pendedahan sebegini zana. at least mmg menbuka mata org ramai. bukan kita takde pilihan utk makan minum di tempat lain... abaikan jelah anon yg sebegini. nak suruh dia percaya camna lagi lah tu~

kak ina kl (2) said...

nasib baiklah peminat kopi kapal api dan kopi hang tuah..
tak per kita saling ingat mengingati..kat damansara pun tak gak tulis tanda halal kopitiam ni