Followers

Showing posts with label Info. Show all posts
Showing posts with label Info. Show all posts

Friday, December 9, 2011

Akak rasa bersalah dik non!

rasanya semalam iklan SPR nie berjoget2 kan leaderboard tu
sangat ler sesuaikan
cam tahu2 jer...


sebab apa aku cakap camtu
sebab....tuan punya blog nie tak MENDAFTAR sebagai PEMILIH pun lagi..
walaupun umur dah nak masuk 3 series...
patutnya dah 2x pergi mengundi..
he he he

akak insaf adik-adik!

(*** PM, jangan tarikh kenaikan gaji saya yerk!. he he he he)

OK...sabtu pejabat pos buka kan
akak gi mendaftar yerk...
so, next pilihanraya akak gi ngundi!








Cara untuk mendaftar 

Untuk Pemilih Biasa
Untuk mendaftar sebagai pemilih biasa, anda perlu:
(a) datang sendiri ke mana-mana pusat-pusat pendaftaran;
(b) serahkan kad pengenalan anda kepada petugas SPR yang akan mengisikan borang pendaftaran anda; (c) semak borang pendaftaran yang telah diisikan oleh petugas SPR dan pastikan semua maklumat yang diisikan adalah betul dan mengikut sebagaimana dalam kad pengenalan anda sebelum menurunkan tandatangan;
(d) menurunkan tandatangan anda selepas berpuas hati; dan
(e) dapatkan salinan borang pendaftaran dan simpan sebagai bukti sekiranya perlu untuk membuat sebarang tuntutan semasa tempoh pameran, Rang Daftar Pemilih Tambahan nanti.

Untuk Pengundi Tidak Hadir Anggota Tentera
Pendaftaran PTH dari kalangan ATM dilaksanakan oleh pegawai-pegawai JRP-ATM.
Untuk mendaftar sebagai PTH, anda perlu:
(a) menghubungi petugas-petugas SPR yang dilantik dari kalangan pegawai JRP;
(b) serahkan kad pengenalan tentera anda dan MyKAD (untuk pasangan) kepada petugas yang dilantik oleh SPR yang akan mengisikan borang pendaftaran anda.
(c) apabila diserahkan kembali borang yang telah diisikan, semak borang pendaftaran yang telah diisikan dan pastikan semua maklumat yang diisikan adalah betul, sebelum menurunkan tandatangan;
(d) turunkan tandatangan anda selepas berpuas hati; dan;
(e) dapatkan salinan borang pendaftaran dan simpan sebagai bukti sekiranya perlu untuk membuat sebarang tuntutan semasa tempoh pameran draf

Daftar Pemilih Tambahan.
Nota:
(a) Pusat Mengundi anggota ATM dan pasangan adalah ditetapkan mengikut alamat tempat bertugas anggota ATM tersebut.
(b) Hanya anggota ATM dan pasangannya sahaja yang layak untuk mendaftar sebagai PTH. Anggota keluarga yang lain perlu mendaftar sebagai pemilih biasa dan Pusat Mengundi ditetapkan menggunakan alamat kediaman pemohon (sebagaimana dalam kad pengenalan).
Warganegara Malaysia yang Berada di Luar Negara Pendaftaran PTH dari kalangan penjawat awam atau pelajar di luar Negara serta pasangan mereka dilaksanakan oleh pegawai-pegawai pejabat Pesuruhjaya Tinggi, Kedutaan atau Konsulat Malaysia di luar negara.

Untuk mendaftar sebagai PTH (luar negara), anda perlu:
(a) datang sendiri ke pejabat Pesuruhjaya Tinggi, Kedutaan atau Konsulat Malaysia di luar negara;
(b) serahkan MyKad anda kepada petugas yang dilantik oleh SPR yang akan mengisikan borang pendaftaran anda;
(c) nyatakan alamat tempat tinggal di luar Negara anda, pekerjaan anda dan nombor siri borang A kepada petugas untuk diisikan dalam sehelai kertas A4 dan dikepilkan dengan borang pendaftaran anda.
(d) semak borang pendaftaran yang telah diisikan dan pastikan semua maklumat yang diisikan adalah betul, sebelum menurunkan tandatangan;
(e) turunkan tandatangan anda setelah berpuas hati; dan
(f) dapatkan salinan borang pendaftaran dan simpan sebagai bukti sekiranya perlu untuk membuat sebarang tuntutan semasa tempoh pameran Rang Daftar Pemilih Tambahan.

Syarat-syarat Layak Mendaftar 

Syarat-syarat kelayakan untuk mendaftar sebagai pemilih adalah seperti yang berikut:
(a) seorang warganegara Malaysia;
(b) telah mencapai umur 21 tahun;
(c) bermastautin di bahagian pilihan raya yang ingin didaftarkan; dan
(d) tidak dihalang / hilang kelayakan oleh undang-undang yang berkuat kuasa.

more info : kat SINI yerk

Friday, November 18, 2011

MENDIDIK ANAK DALAM KANDUNGAN

Seorang perempuan telah dianugerahi oleh Allah S...WT untuk menyandang gelar sebagai seorang ibu, tatkala statusnya telah menjadi seorang istri, maka iapun harus menyiapkan mental agar mampu menjadi seorang ibu yg baik, mampu merawat dan menjaga anak-anaknya sebagai amanah dari Allah SWT.

Menjaga anak-anak sebagai amanah dari Allah tidak dilakukan setelah ibu melahirkan, tapi ketika si ibu dalam proses pembuahan, sudah dimulai proses pendidikan yaitu dengan cara berdo’a terlebih dahulu sebelum melakukan hubungan suami istri. Sehingga setelah dinyatakan hamil, proses pendidikan dalam kandungan untuk janin yg ada di dalam rahim akan segera dimulai, para ibu perlulah mempelajari hal-hal yg dianjurkan bagi ibu hamil untuk melakukan proses pendidikan dalam kandungan, bila proses pendidikan dilakukan ketika bayi telah lahir atau ketika ia sudah mulai berbicara.

Menurut penelitian ilmiah terbaru, anak-anak dapat dididik sejak masih dalam kandungan, kerana selama dalam kandungan, otak dan indra pendengaran anak sudah mulai berkembang, mereka dapat merasakan apa yang terjadi di luar kehidupan mereka, sementara yang mempengaruhi otak dan indera pendengaran bayi di dalam kandungan antara lain emosi dan kejiwaan ibu, rangsangan suara yang terjadi di sekitar ibu, juga nutrisi yang ibu konsumsi, harus dijaga agar selama hamil, tidak stress, kerana stress dapat berpengaruh terhadap bayi yang sedang dikandung. Ibu hamil yang stress dapat melahirkan bayi yang bermasalah, juga gizi yang tidak sehat akan dapat mempengaruhi otak janin, hal tersebut dapat terlihat setelah dilahirkan, atau ketika ia menbesar

Setiap ibu pasti menginginkan bayinya lahir dengan selamat, tumbuh dengan sehat dan cerdas, maka untuk mendapatkan hal itu, seorang ibu boleh memulainya dengan mendidik bayi dalam kandungan.

Pada dasarnya pendidikan dalam kandungan bererti mendidik ibu yang sedang mengandung bayinya yang secara garis lurus akan tertuju pada bayi yang sedang di kandung. Berikut ini beberapa point pendidikan dalam kandungan yang dapat dijalani semua ibu yang sedang mengandung maupun yang belum. diantaranya:

1. Berpikir positif dan melawan emosi diri sendiri, berusaha menjaga keharmonian dengan pasangan dan berusaha menghindari konflik dengan pasangan, dengan demikian Insya Allah akan melahirkan bayi-bayi yang kuat. Sebaliknya bila ibu berpikir negatif dan tidak berusaha menghindari konflik, maka akan lahir bayi-bayi yang lemah dan akan berpengaruh pada emosi kejiwaan mereka.

2. Stimulasi kandungan dengan elusan dan tepukan halus, boleh dilakukan ketika si janin mulai menendang perut ibu, balaslah dengan tepukan halus dimana ia menendang. hal ini akan mengajarkan kepadanya bahwa setiap tindakannya akan mendapat respon dari ibunya.

3. Selalu mengajak bayi ibu berbicara, semakin ibu komunikatif, semakin cepat bayi belajar untuk mengerti setiap kata yang ibu sampaikan, kerana di dalam perut ibu, indera pendengaran bayi sudah mulai berfungsi.

4. Perbanyakkan ibadah, ini merupakan hal terpenting dalam kehidupan kita, apalagi bila ibu sedang mengandung, ada kehidupan lain di dalam perut ibu, hanya Allah yang mampu memberikan itu semua, perbanyaklah ibadah, sering-seringlah mengaji, baik untuk ketenangan bayi yang ada dalam kandungan ibu atau untuk ketenangan ibunya sendiri. Alunan suara ibu yang sedang mengaji, akan membuat bayi tenang juga menstimulasi otak dan pendengarannya.

5. Ibu yang sedang mengandung,dianjurkan mengkonsumsi makanan yang halal, bergizi, berprotein tinggi,dianjurkan pula untuk menghindari makanan yang haram, makanan junk food(makanan sampah), makanan instant, minuman berkafein seperti kopi, danjuga rokok (baik aktif maupun pasif) Cobalah bicarakan dengan pasangan ibu yang perokok, katakan bahwa ini semua demi bayi yang akan lahir agar menjadi anak yang sehat, kerana semua orang tua mengimpikan bayi yang lahir sehat dan sempurna

6. Mencari pasangan yang tepat, bagi perempuan yang belum menikah, bukan bererti tidak memikirkan hal ini (pendidikan dalam kandungan), karana mencari pasangan yang tepat untuk hidup anda kelak, merupakan tolak ukur dalam pendidikan terhadap anak anda nantinya, pasangan yang tepat akan sangat membantu anda dalam melakukan proses pendidikan sejak anda mengandungkan buah hati tercinta.

Pendidikan dalam kandungan dapat juga dikatatakan pendidikan pra-lahir, “sebelum dilahirkan”, adalah suatu hal yang biasa terjadi bahwa dalam perkembangan janin banyak sel otak yang mati, stimulasi pra-lahir memberi otak suatu kesempatan untuk memanfaatkan sel-selnya sebelum kelahiran, ertinya memberi bayi kapasiti otak total yang lebih besar dan suatu langkah maju yang nyata dalam kehidupan.

Stimulasi pra-lahir dapat mempengaruhi pertumbuhan mental bayi yang akan dilahirkan. Berikut hal-hal yang di dapat oleh bayi yang mendapatkan stimulasi pra-lahir:

1. nampaknya ada suatu masa kritis dalam perkembangan bayi yang dimulai pada usia sekitar 5 bulan sebelum dilahirkan dan berlanjut hingga usia 2 tahun ketika stimulasi otak dan latihan-latihan intelektual dapat meningkatkan kemampuan mental bayi.

2. Stimulasi pra-lahir dapat membantu mengembangkan orientasi dan efektif bayi dalam mengatasi dunia luar setelah ia dilahirkan.

3. Bayi-bayi yang mendapatkan stimulasi pralahir lebih mampu mengawasi gerakan-gerakan mereka dan lebih sedia untuk menjelajahi juga mempelajari lingkungan setelah mereka dilahirkan.

4. Ibubapa yang telah berpartisipasi dalam program pendidikan pra-lahir menggambarkan anak mereka lebih tenang, waspada, dan bahagia.

Bayi-bayi yang selama dalam kandungan selalu mendapat perhatian, selalu diajak berbicara, biasanya lebih penuh perhatian (terutama terhadap suara ibu atau orang tua mereka) dan lebih termotivasi untuk belajar. Proses belajar pada bayi apalagi janin memang tidak sama dengan belajar, seperti halnya belajar formal, tapi belajar yang dialami janin merupakan proses belajar dari yang sesungguhnya, yang terkadang terlupakan atau tak terberikan. Semoga semua ibu sedar bahwa proses pembelajaran bagi seorang manusia adalah saat ia berada dalam kandungan.


Thursday, November 10, 2011

Jangan Berhenti Minum Susu




Amalan minum susu lazimnya beransur-ansur hilang apabila seseorang kanak-kanak itu sudah semakin membesar. Akan tetapi, ini bukanlah yang sepatutnya kerana susu perlu diambil seumur hidup.

Semua orang tahu bahawa susu merupakan makanan utama bayi sepanjang tahun pertama kelahirannya dan pengambilan susu ini masih lagi menjadi keutamaan beberapa tahun berikutnya. Bayi berusia di bawah 12 bulan perlu minum susu ibu kerana kandungan nutrien yang ada di dalamnya terbaik dan memang dicipta khas untuk mereka. Selepas itu, apabila sudah berusia lebih kurang dua tahun barulah kanak-kanak diperkenalkan kepada susu formula.

Pengambilan susu ini pula perlulah berterusan sehingga dewasa. Walau bagaimanapun, kebanyakan kanak-kanak di Malaysia mula meninggalkan rutin minum susu sedikit demi sedikit sebaik sahaja mereka sudah makan makanan pejal. Hal ini berlaku mungkin kerana susu hanya dianggap sebagai makanan untuk bayi. Jadi, apabila sudah pandai makan makanan lain, mereka sudah tidak perlukan susu.

Tanggapan ini nyata salah kerana susu sangat penting dalam kehidupan seharian semua orang terutamanya kanak-kanak sedang membesar. Untuk pengetahuan, susu merupakan sejenis makanan yang sangat kaya dengan pelbagai khasiat. Susu mengandungi vitamin A, kumpulan vitamin B, magnesium, fosforus, zink dan kalsium. Selain itu, susu turut membekalkan protein yang diperlukan untuk pembinaan tisu serta karbohidrat dan lemak berfungsi sebagai pembekal tenaga.

Walau bagaimanapun, dalam banyak-banyak vitamin dan mineral yang terkandung dalam susu, kalsium menjadikannya begitu istimewa. Kalsium diperlukan untuk pelbagai proses tubuh yang penting. Antaranya ialah untuk aliran saraf, pengawalan denyutan jantung, pengecutan otot dan penyembuhan luka. Selain itu, kalsium apabila bergabung dengan protein, vitamin D, fosforus dan magnesium akan membantu pembentukan tulang dan gigi yang kuat dan sihat.

Ketahuilah bahawa manusia perlukan kalsium seumur hidup. Kajian menunjukkan bahawa kanak-kanak sedang membesar memerlukan lebih banyak kalsium berbanding orang dewasa. Kekurangan kalsium ketika proses tumbesaran menyebabkan kanak-kanak tidak dapat mencapai ketumpatan tulang maksimum seterusnya boleh meningkatkan risiko mendapat osteoporosis apabila dewasa kelak.

Pengambilan kalsium secukupnya berupaya memastikan pembentukan tulang dan gigi yang kuat. Kalsium paling senang diperoleh daripada susu dan produk tenusu. Kalsium susu paling mudah diserap dan diguna oleh tubuh. Kalsium tidak boleh dihasilkan sendiri oleh tubuh. Hal ini bermakna, kanak-kanak perlu mengambil susu dan produk tenusu setiap hari. Kebanyakan kanak-kanak berusia di bawah lima tahun mendapat 70 peratus kalsium mereka daripada susu lembu, 20 peratus daripada produk tenusu seperti keju dan 10 peratus daripada bijirin sarapan pagi.

Sekiranya anak anda tidak boleh mengambil susu lembu, berikanlah dia susu soya. Walau bagaimanapun, kalsium yang terkandung dan susu soya dan produknya tidak sebanyak yang ada dalam susu lembu melainkan ditambah semasa proses pengilangan. Tauhu merupakan sumber kalsium terbaik daripada produk hiliran soya.

Bagi kanak-kanak yang langsung tidak boleh minum susu lembu dan susu soya, alternatifnya ialah ikan-ikan yang boleh dimakan tulangnya seperti ikan sardin dan ikan bilis. Selain itu, mereka juga boleh mendapat kalsium daripada sayuran hijau, kekacang dan bijirin. Bagi yang ingin memberi anak tablet kalsium, anda mesti berjumpa pakar pediatrik terlebih dahulu supaya tahu kuantiti sebenar yang diperlukan oleh anak.

5 Cara Galakkan Anak Terus Minum Susu
1. Pastikan semua ahli keluarga anda minum susu. Barulah anak kecil anda rasa seronok minum susu kerana semua orang di dalam rumah meminumnya.
2. Tidak mengapa sekiranya anak anda suka minum susu berperisa kerana hal ini lebih baik daripada dia langsung tidak minum susu.
3. Sentiasalah ceritakan pada anak tentang khasiat dan kebaikan minum susu.
4. Pelbagaikan cara untuk menghidangkan susu kepada anak. Antaranya ialah dengan membuat susu kocak atau dijadikan ais krim.
5. Tambahkan susu dalam makanan yang anda buat untuk anak seperti di dalam lempeng, bijirin sarapan pagi atau bubur. Hasilnya anak anda akan terus mendapat khasiat susu.


 P/s : kan dah kata dahh.......so, lepas2 nie...tak yah ler nak propa2 nyakat Batrice menyusu or membotol lagi.....selagi dia nak minum susu ..........selagi tu ler aku akan bagi...he he he he he. Bukan apa...ramai sangat yang menyakat dia bila dia minum susu esp membotol tu kan.....makanya, bila ada orang lain kat rumah tu...mula ler dia tak nak menyusu.......sian tau!

Cuma, mungkin dari berbotol....kena tukar minum dalam cawan plak......yang jadi masalahnya nanti bila malam nak tido.....Batrice nie jenis bangun tengah2 malam..minta susu.....yang tu tak leh nak buat apa dah kannn.........layan kan jerrr...

Apa2 pun..

SUSU PENTING UNTUK TUMBESARAN ANAK-ANAK KITA.

Friday, November 4, 2011

6 Kelebihan Hari Jumaat

1. Berlakunya hari kiamat.

... Ya, Jumaat merupakan hari yang selalu dikaitkan dengan berlakunya hari kiamat. Dalam suatu hadis riwayat Muslim, Nabi SAW ada menyebut bahawa, “Pada hari Jumaat juga kiamat akan berlaku. Pada hari itu tidaklah seorang yang beriman meminta sesuatu daripada Allah melainkan akan dikabulkan permintaannya.”

2. Nabi Adam diciptakan dan dia juga disingkirkan dari syurga.

Hari Jumaat memang istimewa. Hari ini nabi Adam diciptakan, dan hari ini jugalah beliau diturunkan daripada syurga.

Daripada Abu Hurairah katanya, Rasulullah bersabda, maksudnya: “Sebaik-baik hari yang terbit matahari ialah Jumaat, pada hari itulah, Adam a.s. diciptakan dan pada hari itulah juga dia dikeluarkan dari syurga.”

3. Penghulu segala hari.

Saya suka sebut Jumaat ni special. Kenapa ya? Jumaat ini adalah hari yang sangat-sangat istimewa kerana agama kita sendiri yang meletakkan Jumaat itu ketua dan lebih sedikit ganjarannya berbanding hari-hari yang lain.

Dalam suatu hadis Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah yang bermaksud: “Jumaat dinamakan sebagai ‘Saidul aiyam’ iaitu penghulu segala hari (hari yang sebaik hari).”

4. Selamat dari fitnah kubur bagi yang mati pada hari Jumaat.

Menurut Nabi SAW, “Tidak seorang muslim yang mati pada hari Jumaat atau pun malam Jumaat, melainkan diselamatkan Allah daripada fitnah kubur.”

Jadi, sama-samalah kita berdoa moga-moga Allah memilih kita di kalangan manusia-manusia yang diberikan kelebihan oleh Allah ini.

5. Kebaikan dengan memotong kuku.

Peliharalah kebersihan anda. Kalau boleh, Jumaat ni bagi lebih-lebih lagi. Mana yang dah lama tak potong rambut, maka potonglah. Kasi kemas. Kalau kuku dah rasa mula nak panjang, hah potonglah.

Ibnu Masud berkata, “Sesiapa yang memotong kuku pada hari Jumaat, Allah akan menyembuhkannya daripada penyakit dan memberikannya keselamatan.”

6. Makbulnya doa di antara dua khutbah.

Yang ini pun kita dah selalu dengar. Daripada zaman sekolah lagi mungkin ramai yang telah diberitahu akan perkara ini. Baca doa ketika imam sedang duduk antara dua khutbah selalunya makbul doanya tu. Ya, kan?

Banyak ulamak yang berpendapat bahawa makbulnya doa yang dibaca di antara dua khutbah, iaitu ketika imam sedang duduk antara khutbah pertama dan khutbah kedua.

Ini berdasarkan hadis daripada Abu Hurairah yang bermaksud, “Pada hari Jumaat ada satu saat yang bertepatan dengan orang Islam ketika dia sedang sembahyang, di mana tatkala ia berdoa maka doanya itu akan dimakbulkan.” Dan rasulullah menunjukkan isyarat tangannya yang membawa maksud sedikit sahaja waktu itu.

Abi burdah bin Abi al-Amusa al-Asy’ari r.a berkata bahawa beliau pernah mendengar bahawa Abdullah bin Umar r.a pernah mendengar bahawa Rasulullah pernah menjelaskan bahawa waktu yang paling mustajab itu adalah waktu antara imam duduk di atas mimbar sehingga solat selesai didirikan.

Friday, July 15, 2011

Doa, Zikir dan Amalan semasa mengandung.

Antara zikir dan doa yang disuruh mengamalkannya ialah:

1.
“ Ya Tuhan kurniakanlah kepadaku dari sisi-Mu zuriat ( anak ) yang baik sempurna (tidak cacat ). Sesungguhnya Engkau sentiasa mendengar dan menerima rayuan dan doa hamba Mu”

2.
“ Tiada Tuhan yang disembah melainkan Engkau ( Allah ), maha Suci Engkau Ya Allah, sesungguhnya aku termasuk di kalangan orang-orang yang zalim.

3.
“ Tuhanku berilah kepadaku ( seorang anak) dari anak-anak yang soleh”

Dan apabila saat hampir bersalin bacalah doa ini:
4.

“ Allah telah mencukupi segala sesuatu bagiku dan sebaik-baik yang ku serah diri kepada Allah”

Untuk memudahkan bersalin digalakkan pula membaca ayat kursi,
Kemudian pula :

5.
 “ Bahawasanya Tuhanku, ialah Allah yang telah menjadikan langit dan bumi dan yang diantara keduanya di dalam enam hari kemudian Dia bersemayam atas Arasy. Dia memasukkan malam ke dalam sarang yang mencarinya dengan cepat.
Matahari, bulan dan bintang semuanya ditundukkan dengan perintah-Nya. Ketahui olehmu, Allah yang mempunyai pencipta dan suruhan. Maha Mulia Allah Tuhan semesta alam.

Seterusnya perbanyakkan membaca tasbih ini:

6.
 Maha Suci Allah

7.
 


Aku Pohon ampun kepada Allah

Sentiasa membaca doa ini :

8.
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْمِ
   أُعِيْذُهُ بِالوَاحِدِ الصَّمَدِ مِنْ شَرِّ كُلِّ ذِى حَسَدٍ

Maksudnya : Aku berlindung akannya dengan pertolongan Tuhan yang Esa yang ditumpu segala kehendak kepadaNya daripada sekalian yang mempunyai dengki
* Sekurang-kurangnya dibaca sebanyak 10 kali setiap kali lepas solat 5 waktu

9.Surah Al-Ansyiqaq


10.Sentiasa membaca surah Maryam.


11.Surah An-Nahl: ayat 78-80
[78] Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibu kamu dengan keadaan tidak mengetahui sesuatupun dan Dia mengurniakan kepada kamu pendengaran dan penglihatan serta hati (akal fikiran); supaya kamu bersyukur.


Monday, June 6, 2011

Menariknya SABAH


Salam................

Bagi memenuhi permintaan seorang sahabat.........Zana nak share apa yang BESTnya di SABAH.  Even baru 1st time pergi SABAH last year..........tp serius.......SABAH salah satu negeri yang patut masuk dalam senarai cuti-cuti Malaysia kita.............macam-macam ada.

Apa yang menarik kat Sabah ?

Jom kita tengok apa yang menarik kat SABAH.

KOTA KINABALU

1) PULAU - banyak pulau-pulau yang cantik boleh kita pergi kat SABAH nie...antara yang famous adalah SIPADAN. Tapi yang tu jauh sangat dari Kota Kinabalu....kena fly ke Tawau  then ke semporna - stay di Mabul then baru ler boleh dive di Sipadan...tu pun yang dive di sipadan sapa2 yang ada  lesen mcm my laling hubby.  So....kita pergi yang dekat2 area Kota Kinabalu yerk. Rangkaian island di  Taman Tunku Abdul Rahman (Manukan, Mamutik, Sapi) Boleh ambil package if nak pergi ketiga-tiga island tu....so....spend seharian untuk island tour nie....selalu orang pergi 3 pulau tu ler......untuk beli package...boleh beli di area Jesselton Point coz' kat situ memang ramai yang akan tawarkan harga yang terbaik untuk pergi Island Tours nie....

SAPI ISLAND


pemandangan kat situ.........jangan cerita lah......subhanaallah.....cantik, bersih...nyaman....tenang.


Apa yang aktiviti best kalau pergi Island tour .........selain berendam dalam laut yang airnya masya allah jernih.......snorkeling....yang paling BEST for me adalah feeding the fish...tak yah pergi jauh2 or snorkeling jauh2....kat tepi2 pantai pun berlambak ikan datang makan roti korang......air takat paras lutut pun dah byk ikan datang.......lagi kan pulak pergi ke tengah2 sikit......berebut2 ikan datang kat kita.........feeling dia...best giler arrrrrrr

2) SEAFOOD - dont' worry............seafood kat SABAH nie harganya takde ler mencekik darah macam kat semenanjung....gerenti murah and yang penting FRESH.  Selalu orang akan pergi ke area Pasar Filipine....depan pasar sinsurai.  Kat situ memang heaven seafood........walaupun tempat nya agak crowded...tp makanan nyer not bad...yang penting, SEDAP + FRESH + MURAH.

(gambar adalah dari google)



Selain dari sini......banyak gark tempat makan seafood di area bandar Kinabalu nie.....boleh pergi kat area Tanjung Aru and Kg Nelayan. Tinggal pilih jer mana nak pergi...

3) SHOPPING - esp untuk perempuan2 lah yerk...meriah kat sini mutiara nya......cuba pergi ke Pasar Filipine and Pasar Malam Jalan Sinsurai.....berpinar2 mata tengok mutiara yang ada...MURAH plak tu.
 
 Pasar Malam Jalan Sinsurai


Pasar Filipine


Bukan takat Mutiara and barang-barang untuk cenderahati....tp kat situ pun fofular ngan jualan bahan2 kering mcm ikan kering, ikan bilis, keropok2...sotong kering.....pilih2 - bayar - packing - terus leh naik flight..balik semenangjung....harga berpatutan...don't worry.

Then...if korang berada kat KK pada hari Ahad tu...jgn lepas peluang ke Gaya Street (Sunday Market) Macam-macam ada.......dulu2 we'll pergi tak kena pada hari Ahad...so, tak berkesempatan nak menyinggah ke Gaya Street nie...insya allah.....next trip...akan singgah ke Gaya Street nie...tengok2 apa yang menarik kat situ. Sunday Market nie di buka dari pukul 6.30 am - 1.00 pm yerk.

4) TEMPAT-TEMPAT MENARIK 

Atkinson Clock Tower
City Mosque

Jesselton Point Waterfront
Menara Tun Mustapha

Kota Kinabalu Wetland Centre
Double Six Monument
Mari-mari Culture Village
Lok Kawi Wildlife Park

Tu baru citer pasal tempat2 menarik di area city Kota Kinabalu...if kita naik sikit ke kawasan bergunung ...iaitu Kundasang/Ranau, pun bayak tempat yang menarik. Antaranya :


1) KINABALU MOUNT (Kundasang) - WAJIB pergi if datang ke SABAH nie...di nasihatkan stay satu malam di Kundasang...boleh lihat panorama indah Matahari terbit di balik2 Gunung Kinabalu.  Banyak tempat penginapan kat sana......kat area Kinabalu Park pun boleh....tp mahal sikit kalau area situ coz' betul2 kat kaki Gunung Kinbalu.....cuba stay kat Pine Resort. Sangat cantik pemandangan kat situ.  Tapi kat area sini......sejuk yang amat.........bilik2 hotel mmg takkan ada aircond ler....ingat lagi dulu masa we'll ke sana....nak cuci lepas pee pun rasa tak tertahan sejuknya...mcm jirus ngan ais ok....sejuk yang amat....


 MOUNT KINABALU



2) PORING HOT SPRING (Ranau) - tempat air panas....sejuk2 kat sana....sedap kalau dapat berendam kaki kat air panas.....


3) TEMPAT-TEMPAT MENARIK YANG LAIN 

Sungai Tagal 
- nak main2 ngan ikan kelah kat sini ler tempatnya...besar2 wei ikan kelah nya. Berani ngan tak berani jer lah.
Sabah Tea Farm
-ala-ala cameron highland jer pun
Kundasang Memorial Park
- pemandangan kat sini sangat cantik.


hurm...........apa lagi yerk yang menarik kat SABAH? kering idea dah aku......

Tapi apa2 pun.......percutian ke SABAH adalah sangat BEST.
Untuk perkhidmatan sewa kereta.......boleh google yerk...tak pun, masa korang keluar dari airport tu, byk aja agen yang tawarkan services diaorg pada korang...tinggal pilih jerrrrr.


Monday, May 16, 2011

PB or Treadmill yerk!


Tengok orang lain cantik-cantik...badan cutting ala model....dari gemuk leh jadi kurus.....teringin gark aku.  Tapi bila memikirkan harganya tu.....adeh!....fikir 44x pun rasa cam...fuh! tak mampu.....melainkan bayar ansuran....eceh....! still berangan2 aku nie.

Btw....almost terbeli dah before pergi Bandung dulu. Tp ntah camne time tu.....kabar2 angin yang tak menjadi...so, aku cancel ambil dengan my BFF......dlm pada tu......hati nie dok bolak balik gark lagi  nak beli ke tak nak ke tak.....

Makin hari tengok testimoni dari pengguna.....promosi dari pengedar.....fuh!....tak tertahan rasanya hati nie.....and almost nekad before raya aku nak gark beli PB nie.....nak tengok hasilnya mana tahu leh kurus cam dulu and yang penting....ada testimoni dari pengguna lepas pakai PB boleh mengandung...almaklum ler.....aku memang tertunggu2 rezeki yang 1 tu...tp sampai ke sudah nie ler....tak sampai2 lagi rezeki tu...takpe...kita tunggu dan terus menunggu sambil berusaha keras dan berserah padaNYA k.

But.........bila tadi jejalan kat blog kengkawan yang lain. Aku jumpa link about citer pasal PB nie......Adeh! punah harapan aku..........

Nak tahu citer lanjut pasal PB nie boleh ler melancong ke blog Aidid nie yerk.  Walaupun bahasa yang di gunakan tu....ada agak tak lunak di baca....tp apa yang di sampaikan beserta bukti dan fakta......So lepas nie.........tepuk dada, tanya selera. 

*** takpelah....kita kumpul duit beli mesin treadmill jer lah kalau camtu.......kurus secara sihat yerk!



Tuesday, May 10, 2011

Trisya Homestay

3 malam kami stay at Trisya Homestay. Homestay nie terletak di area Losong. Berdekatan dengan pasar Cabang Tiga.  Tak silap ada 14 bilik semuanya.  Banglo dua tingkat.....para lelaki sumer bilik atas. 5 bilik semuanya.......then kontinjen perempuan kat bilik bawah.... 1 rumah 1 bilik..coz' dlm rumah tu ada 3 bilik...tp kami guna 1 bilik jer....total utk 6 bilik nie RM1000. Murah kan....bukan RM1000 utk 1 malam yerk....tp rm1000 tu untuk 3 malam tersebut.

 

Setiap rumah...complete dengan tv. Astro ok...free Wifi. Mesin basuh, peti sejuk, rice cooker and cerek untuk masak air....complete lerrrr.



and.....setiap bilik ada aircond yerk.  1 bilik 1 katil queen....tp ada additional tilam queen size.  So...kami berlima stay 1 bilik...and coz' sepanjang 3 hari tu kami jer yang duduk rumah tu.......so, ada gark ler yang tido kat hall....coz' tak kongsi ngan orang luar yang lain kan.......

Bilik a bit kecik.....tp cukup selesa.


Nie area dapur k.  Complete.......sepanjang 3 malam 3 hari tu....hari2 kami basuh baju ko....ha ha ha ha.....so, takde baju kotor yang terkumpul...kejap2 basuh, kejap2 basuh.....pepagi breakfast manggi and roti bakar....coz' malas nak keluar awal2 cari breakfast.


So,kot2 ada yang cari percutian budget...boleh ler contact no yang ada kat signboard tu yerk....rasanya 1 mlam harga 1 bilik nie around rm70 kot.  ada gark yang besar sikit...around rm90.  Just buat pilihan jer.....

Dekat ngan maidin, pasar payang, pasar cabang tiga.....pastu perkampungan losong adalah tempat keropok lekor yang terkenal....chewaaahhhh

Friday, April 22, 2011

Kesan Minum Ais

Serangan Jantung dan Amalan Minum Air Panas ....


Bukan sahaja amalan meminum air panas selepas makan, tetapi berhubung SERANGAN JANTUNG!!!!.

Kita tidak akan kehilangan apa-apa... malahakan mendapat faedah dari amalan ini.


Kepada sesiapa yang suka minum AIS, artikel ini sesuai untuk anda baca. Sememangnya sedap minum air berAIS selepas makan. Walaubagaimanapun, AIS akan membekukan makanan berminyak yang baru kita makan. Ia akan memperlahankan penghadaman kita.

Bila lemak-lemak ini terbentuk di dalam usus, ia akan menyempitkan banyak saluran dan lama kelamaan ia akan menyebabkan lemak berkumpul dan kita semakin gemuk dan menuju ke arah mendapat pelbagai PENYAKIT.

Jalan terbaik...adalah untuk minum sup panas atau air PANAS/suam selepas makan.

:Nota penting tentang SERANGAN JANTUNG!!!

Anda patut tahu bahawa bukan semua tanda-tanda serangan jantung akan mula terasa pada tangan sebelah kiri.  Berhati-hati juga pada permulaan sakit sedikit-sedikit pada bahagian atas dada anda.Anda mungkin tidak akan mengalami sakit dada padaserangan pertama serangan jantung.

Keletihan dan berpeluh adalah tanda-tanda biasa. Malah 60% penghidap SAKIT JANTUNG tidak bangun selepas tidur.Marilah kita berwaspada dan berhati-hati. Lebih banyak kita tahu, lebih cerah peluang kita untuk terus hidup...



Monday, April 18, 2011

Cikgu Shida

Kamu mmg kelakar ler cikgu shidah oooittttttttttt

Video Kalau Berpacaran by Cikgu Shida





Friday, April 15, 2011

Tazkirah Jumaat Buat Sang Suami.


 Jika isteri menangis dihadapanmu….
“hargai lah ia sblm terlewat…”

Jika seorang isteri menangis dihadapanmu,
itu bererti dia tidak dapat menahannya lagi…
Jika kau memegang tangannya saat dia menangis, dia akan tinggal bersamamu sepanjang hidupmu..
Jika kau membiarkannya pergi, dia tidak akan kembali menjadi dirinya yang dulu, selamanya!

Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah, kecuali didepan orang yang sangat dia sayangi, dia akan menjadi lemah!

Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah, hanya jika dia sangat menyayangimu.
Dia akan menurunkan rasa EGOnya.

Wahai suami2,
jika seorang istri pernah menangis karenamu, tolong pegang tangannya dengan penuh pengertian.
Kerana dia adalah orang yang akan tetap bersamamu sepanjang hidupmu disaat kau terpuruk terlalu dalam …
Wahai suami2, jika seorang isteri menangis keranamu, tolong jangan menyia-nyiakannya. Mungkin, kerana keputusanmu, kau merosakkan kehidupannya.

Saat dia menangis didepanmu, saat dia menangis keranamu. Lihatlah jauh kedalam matanya. Dapatkah kau lihat dan kau rasakan SAKIT yang dirasakannya keranamu ?

Apakah keistimewaan perempuan ini ? ”

Dibalik KELEMBUTANYA dia memiliki kekuatan yang begitu dahsyat..

TUTUR katanya merupakan KEBENARAN..

SENYUMAN’nya adalah SEMANGAT bagi orang yang dicintainya. .

PELUKAN & CIUMAN’nya bisa memberi KEHANGATAN bagi anak2nya..

Dia TERSENYUM bila melihat temannya tertawa..

Dia TERHARU Dia MENANGIS bila melihat KESENGSARAAN pd org2 yg dikasihinya. ..

Dia mampu TERSENYUM dibalik KESEDIHAN’nya. .

Dia sangat GEMBIRA melihat KELAHIRAN..

Dia begitu sedih melihat KEMATIAN..

TITISAN air matanya bisa membawa PERDAMAIAN.

Tapi dia sering dilupakan oleh SUAMI krn 1 hal…

Bahawa “Betapa BERHARGAnya dia”…

Sebarkan ini ke SELURUH ISTERI2 yg soleha dan SUAMI2 yang kamu kenal agar mereka tidak lupa bahwa ISTERI mrk

begitu berHARGA… Dan sangat berHARGA.

Monday, April 11, 2011

Infant Massage

Moms, do more with your loving touch.
The loving connection between mother and child is truly magical. It's a bond that can be enhanced through the sense of touch, that's something your baby will thrive on - studies have found that infant massage enhances the immune system, increases a baby's bone mass by 15%* and increases weight gain by 47% so baby grows strong and healthy. This is why we believe infant massage to be the perfect bonding activity for you and your precious one.

Infant massage brings your baby many other benefits, like motor skill development when you massage their arms and legs. Through infants' interactions with you during massage, your baby will also grow emotionally, and learn to feel more secure, confident and independent. Massaging your baby also has the added benefit of calming them down, which in turn can improve their sleep patterns and aid with their digestion.The gentlest way to give your baby a massage is with JOHNSON'S® baby Oil. With its clinically proven pure and mild formula, it will also moisturise his delicate skin.

In collaboration with , we're pleased to announce the
JOHNSON'S® baby Touch Infant Massage Workshop is back!

Registration is only RM20.

To register, click REGISTER

 Head and Face

 Chest

 Arm

 Leg

Tummy

Back