Adalah dikisahkan….pada ketika seorang bayi akan dilahirkan ke dunia nyata.
Bayi itu bertanya kepada Tuhan : “Para malaikat di sini mengatakan
bahawa besok Engkau akan mengirimkan saya ke dunia, tetapi bagaimana
cara saya hidup di sana? Saya begitu kecil dan lemah.”
Tuhan menjawab: “Aku telah memilih satu malaikat untukmu. Dia akan menjaga dan mengasihimu dengan sepenuh hatinya.”
Bayi bertanya lagi: “Tetapi disini, didalam syurga ini, apa yang saya
lakukan hanyalah bernyanyi, bermain dan tertawa…Inikan sudah cukup bagi
saya untuk berbahagia.”
Tuhan menjawab: “Malaikat mu nanti akan
bernyanyi dan tersenyum untukmu setiap hari. Dan kamu akan merasakan
kehangatan cintanya dan menjadi lebih berbahagia di sana”
Bayi
bertanya lagi: “Bagaimana mungkin saya dapat memahami orang-orang
bercakap dengan saya sedangkan saya tidak memahami bahasa mereka?”
Tuhan menjawab: “Malaikatmu akan berbicara kepadamu dengan bahasa yang
paling indah yang pernah kamu dengar. Dan dengan penuh kesabaran dan
perhatian. Dia akan mengajar kepadamu cara untuk berkata-kata.”
Bayi bertanya lagi: “Apakah yang boleh saya lakukan ketika saya ingin berbicara kepadaMu?”
Tuhan menjawab: “Malaikatmu akan mengajarkan bagaimana cara kamu berdoa dan bermunajat kepadaKu.”
Bayi bertanya lagi:”Saya mendengar bahawa di Bumi banyak orang jahat. Siapa yang akan melindungi saya nanti?”
Tuhan menjawab: “Malaikatmu lah yang akan melindungimu, walaupun mungkin jiwa dan raga terpaksa dikorbankannya.’
Bayi bertanya lagi: “Tapi, saya pasti akan merasa sedih kerana tidak lagi dapat melihatMu lagi.”
Tuhan menjawab: “Malaikatmu akan menceritakan kepadamu tentang Aku dan
akan mengajarkan bagaimana kamu nanti akan kembali juga kepadaKu,
walaupun sesungguhnya Aku akan sentiasa disisimu.”
Pada saat itu, Syurga begitu tenang dan hening sehingga suara dari Bumi dapat jelas kedengaran.
Dan sang bayi bertanya perlahan : “Tuhan, jika saya terpaksa pergi
sekarang ini, bolehkah Kamu khabarkan kepadaku nama malaikat yang Kamu
maksudkan itu?”
Tuhan menjawab: “Kamu akan memanggil malaikatmu itu
sebagai “IBU”. Maka ingatlah, sentiasa kamu berkasih sayang dengannya
dan menghargai setiap pengorbanan ibu mu. Berbakti, berdoa dan cintailah
dia sepanjang masa. Dialah satu-satunya harta mu yang tiada galang
gantinya, dunia mahupun akhirat. ”
Dan untuk para ibu,
ingatlah kisah ini dikala kamu hilang sabar dengan karenah anak-anak mu
yang sedang membesar. Sesungguh nya Syurga itu dibawah telapak kakimu.
Sucikanlah 4 perkara dengan 4 perkara :
Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan
Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu
Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Robb mu
Dosa-dosa mu yang lalu dengan taubat kepada Dzat yang Memiliki mu
*** pic lama....***
4 comments:
Syahdu je bila membacanya.. ;)
mmg syahdu, sebak
sbb selalu hilang sabar kalo anak degil
kaK, seBak rasa baCa nih kak..huhuhu..
rasa diri amat dihargai
Post a Comment