Followers

Wednesday, July 4, 2012

Duhai....berilah peluang pada si comel ini.


 Mayat Bayi Ditemui Terapung Di Loji Kumbahan

"Mayat seorang bayi perempuan ditemui terapung di loji kumbahan Indah Water Sepakat Indah, Sg. Chua, Kajang dekat sini semalam.“Siasatan awal polis mendapati mayat bayi itu dibuang dalam ruang kumbahan pangsapuri sebelum hanyut ke loji utama,” katanya ketika dihubungi Bernama."



Mana perginya nilai kemanusiaan orang yang buat perkara BODOH macam nie....
betapa sempurna "bayi" comel tersebut...cukup sifat...cantik...sempurna...
kenapa perlu putuskan peluang untuk dia menikmati kehidupan ini..

Ya Allah......sakitnya hati aku kan...bila baca cerita-cerita macam nie......
aku seorang ibu....dan aku adalah ibu yang terus menanti, berusaha dan berharap agar Allah kurniakan kami zuriat lagi......tp kuasa Allah...kami yang memerlukan....tetap terus menanti...tp mereka yang senang-senang memperolehi ANUGERAH indah ini sewenang-wenangnya membuang AMANAH yang ALLAH dah beri...

terus terang.......kalau taknak...beri pada yang MEMERLUKAN.....
dunia ALLAH nie luas......jangan tambah dosa yang memang dah ada tu....
sekurang-kurangnya.....bila diserahkan pada insan yang MEMERLUKAN....mana tahu...berkat didikan, asuhan mereka...suatu hari nanti si comel ini jadi penyelamat kamu......

Zana merayu.....kalau rasa-rasa ada adik-adik diluar sana yang baca blog kak zana atau ahli keluarga yang bernasib macam nie....
mengandung dan tak mahu pelihara anak tu...jangan di buang....
bagi kat akak......insya allah akak akan pelihara PERMATA tersebut..
serius......email zana....
 
Mereka tak bersalah walau apapun status kelahiran dia.
walaupun mungkin si comel itu bukan lahir dari rahim Zana..
tp sekiranya diberi peluang untuk zana bergelar IBU @ MAMA pada dia
akan Zana pelihara sebaik mungkin seperti zuriat yang lahir dari rahim zana sendiri.

 

4 comments:

norhidana said...

beb, td masa tgk kt fb pun ada dh sebak, menangis aku beb... ni lak kt blog ko, tak sampai ati nk tgk gambar tu... betapa zalim nya manusia bt bby yg tak berdosa tu camtu....

kalu aku ada kuasa, aku cari org yg bt tu,campak dia lak kt dlm sungai bogel2 camne dia rasa

ellynadyra said...

napelah baby secomel ini dibuang cam ni.....al fatihah utk baby tak bersalah ni, tempat mu disyurga Allah!

lieyalatif said...

Allah....aku takleh tgk citer2 camni....sbb aku pelik....yg bertuan kat hati sah2 syaitan.....kalo ikut akal waras mmg tak sanggup nak buang mcm tu......ya Allah, semoga balasan yg setimpal diberi pada pelaku2 tersebut.......

Papa-NtiQ said...

tak de hati perut dia orang ni kan...mesti lahir sebab luar nikah tu so bila panik buang gitu jer