Followers

Monday, April 12, 2010

Jangan Nafikan Hak Mereka di muka bumi Allah ini!


KUALA LUMPUR: Lagi kes pembuangan bayi berlaku, terbaru dengan penemuan mayat bayi lelaki dibungkus dengan surat khabar dan masih bertali pusat dipercayai baru dilahirkan di dalam tong sampah di Kampung Tanjung dekat Sungai Choh, Hulu Selangor, pagi semalam. Mayat bayi itu ditemui Mohd Kamil Enoh, 44, pekerja Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS) ketika memulakan kerja hariannya di kawasan berkenaan, kira-kira jam 8 pagi.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Norel Azmi Yahya Affandi, berkata mengikut keterangan pekerja MDPH itu, ketika mengangkat tong sampah ke dalam lori, satu plastik yang didalamnya dibalut dengan surat khabar jatuh berhampiran kakinya.

“Pekerja itu mengangkat bungkusan berkenaan yang disangkanya sampah, sebelum terkejut melihat sebelah kaki bayi yang terjuntai daripada balutan surat khabar dan membuat laporan polis,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Norel berkata, susulan maklumat diterima, pihaknya menghantar sepasukan anggota polis, termasuk unit forensik ke tempat kejadian dan mayat bayi itu dihantar ke Hospital Kuala Kubu Baru (HKKB) untuk bedah siasat.

Katanya, hasil pemeriksaan pihak hospital mendapati bayi itu berkemungkinan dilahirkan ketika berusia lapan bulan berdasarkan keadaannya yang cukup sifat.
“Polis tidak menolak kemungkinan suspek meletakkan bayi yang tidak berdosa itu dalam longgokan sampah lewat malam tadi (kelmarin) bagi mengelak dikesan penduduk di sekitar berdekatan.

“Polis percaya, bayi itu meninggal ketika proses kelahiran dan gerakan memburu suspek sedang giat dijalankan,” katanya mengesahkan kes itu disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran menyebabkan kematian.

Sementara itu, Mohd Kamil berkata mulanya beliau cemas melihat bungkusan berkenaan, namun memberanikan diri untuk membukanya.

"Mulanya saya nampak kaki bayi pada bahagian hujung bungkusan. Selepas dibuka keseluruhan pembalut itu, saya sebak dan menggigil. Bayi itu masih bertali pusat dibuang bersama urinya,” katanya ketika ditemui di kawasan itu.

Beliau kemudian meminta bantuan peniaga gerai nasi ayam bersebelahan tempat kejadian untuk menghubungi polis

Ya Allah........apa nak jadi dgn dunia hari nie........bayi di buang macam xde nilainya.........Ya Allah!

Menitik air mata aku setiap kali lihat gambar2 bayi2 comel yang jadi mangsa kerakusan ibu sendiri.  Menangis aku setiap kali baca kisah anak-anak comel yang tak berdosa di nafikan hak nya untuk hidup di bumi Allah ini......

Jangan lah di tambah dosa kalian lagi.......cukup sekali kalian tersilap langkah...jangan di tambah lagi dengan membuang nyawa-nyawa yang telah Allah utuskan untuk kalian bertanggungjawab..........sekiranya tak mampu untuk bertanggungjawab dan pelihara anak - anak tersebut......TOLONG lah...beri pada yang memerlukan dan sanggup untuk mencurahkan kasih sayang terhadap anak itu.............kalau di berikan pada aku pun aku sanggup terima......ANAK itu tak bersalah.....ANAK itu suci bersih.......yang bersalah adalah tindakan kalian yang mengikut hawa nafsu........TOLONG lah....

Sungguh........kalau ada yang nak beri aku pada aku anak-anak ISTIMEWA ini.........akan aku pelihara sebaik mungkin....akan aku berikan kasih sayang yang tak bertepi.........akan aku didik hingga jadi orang berguna....mereka berhak untuk di sayangi, dipelihara, di didik dan di manja seperti anak-anak yang lain....

dan pada mereka yang beranggapan ANAK-ANAK itu adalah ANAK HARAM.....plz......fikir-fikirkan lah....mereka yang HARAM ataupun tindakan ibu bapa mereka...MEREKA adalah SUCI BERSIH...tanpa segaris DOSA pun........


BATRICE, mama sayang BATRICE hingga ke hujung nyawa MAMA!


6 comments:

♥♥♥ Mrs. Hasanif ♥♥♥ said...

ciksu pun syg batrice gak..

LyNn HaMzAh said...

orang yg buat kerja nie tak kan senang hidup dan tidur lena zanna...setiap hari dia akan dibayangi dengan kesalahan yang telah dia buat...dan allah swt akan bagi pembalasan buat mereka2 nie...huh...geram siot...rasa mcm nak lempang laju2 jer org yg buat kerja nie...hampeh...

♫♪ Cik Puan Mimi ♫♪ said...

kekadang memang tak faham zana.. orang yang memerlukan tp tak dapat anak lebih memahami perasaan ini.. tp dimanakah hati seorang ibu cukup senang mengandung dan mudah melahirkan tp sanggup membuang anak? yang cukup sifat? anak yang comel dan tak berdoasa tu?

Allah maha mengetahui. pasti ada balasan pada mereka yang buat jahat ni

Puan Iza said...

sekarang nie makin menjadi2 kes orang buang bayi nie...geram tau! cian bayi yg tak berdosa tu...semoga Tuhan bagi balasan yang berat pada mereka yg buang bayi nie..

namakusuraya said...

apa punya manusia lah kan.. baby tue orang.. bukan haiwan ataupun barang.. sesenang je buang kat tong sampah.. kalau tak de hati pun letak la kat masjid ker.. atleast ada la org yg boleh selamatkan or kembumikn dengan cara yg betul... astaghfirullahulazim...

watie said...

astaghfirullahulazim.. x tau nak komen apa lagi.. semoga si pembuang bayi itu insaf dan sedar supaya tidak di buang lagi..