Followers

Tuesday, August 10, 2010

Ribena Mengandungi Arak


LONDON : Pemimpin Islam di Birmingham menggesa diadakan rombakan menyeluruh dalam undang-undang pengguna selepas kemunculan berita menggemparkan bahawa dua minuman ringan kegemaran mengandungi arak.  Birmingham Post semalam melaporkan ramai peniaga membuang stok Ribena dan Lucozade selepas pengguna mendapati ramuan perisa air minuman itu mengandungi arak meskipun pada paras yang rendah. Peraturan makanan tidak mensyaratkan pengeluar produk itu, Glaxo-SmithKline menyenaraikan arak pada bungkusan minuman itu kerana kandungan arak itu pada! kadar yang rendah.

Bagaimanapun, umat Islam yang diharamkan daripada meminum arak mendakwa semua minuman ringan seharusnya dilabelkan dengan jelas jika ada ramuan yang bercampur arak meskipun amat sedikit. Empat tahun lalu, Walkers, sebuah syarikat makanan, menukar label pada bungkusan kerepeknya selepas akhbar Birmingham Post mendedahkan snek keju dan bawangnya mengandungi ekstrak lembu tidak sembelih. Kandungan arak dalam Ribena dan Lucozade adalah kurang daripada 0.1 peratus tetapi umat Islam memberitahu Birmingham Post bahawa mereka kecewa selepas mengetahui bahawa mereka sejak sekian lama meminum arak meskipun pada paras yang teramat rendah.

Pengerusi Masjid Jamik Birmingham, Dr Mohammed Naseem menyuarakan rasa terkejutnya kerana undang-undang itu masih membenarkan kandungan dalam makanan atau minuman tidak dinyatakan dengan jelas pada label.. 'Kita amat kecewa kerana sebelum ini umat Islam menganggap minuman ringan seperti Ribena dan Lucozade ini halal tetapi sebaliknya,' katanya.  Pekedai yang juga anggota Persatuan Peniaga Ladypool, Mohammed Zaman Khan berkata penjualan Ribena dan Lucozade jatuh mendadak sejak beberapa minggu lalu dan beliau memastikan produk itu tiada pada rak kedainya.

Jurucakap Glaxo-SmithKline memberi alasan label minuman dan makanan pasti tidak dapat dibaca jika peraturan mensyaratkan semua komponen bagi penyediaan makanan itu dinyatakan. 'Sesetengah bahan perasa mengandungi lebih 50 komponen. Kami amat sensitif dengan keperluan budaya pengguna dan cuba menangani isu itu jika ia dimaklumkan kepada kami,' katanya.

Beliau mengakui minuman tenaga Lucozade berperisa asli, limau, tropika dan sitrus mengandungi paras rendah arak begitu juga dengan lima perasa yang disediakan untuk Ribena.. - Agensi


info from FB.  So...kot2 sapa ada MAKLUMAT yang sahih dan yang di perakukan......sila ler kongsi bersama yerk.....feveret aku ngan Batrice ni.......

15 comments:

shidah said...

sama la kak..favt kami semua kt rumah..bln puasa jer mesti kami wat ribena...klu ada kandungan arak, x kanla malaysia blh kuarkan..btul x??ermm

☆ lieya latif ☆ said...

zana, ni air wajib mia n mija....mmg peberet dieorg.....lagi pun dulu doktor penah ckp, kalo amik rebina mate susah rabun...aku kan risau, aku laki bini rabun...takut lak kalo mia n mija ikut....tu yg doktor suggest bagi rebina......tak sangke lak jadi cam nie....harap pihak rebina tampil bagi penjelasan laaa huhuhuhuhu

norhidana said...

itulah aku ada gk terbaca kt fb....
kalu ko batrice peminat rebina, tp aku nih peminat rebina...
mmg cam budak2 tp ntah...
bile dh terbaca nih, telan liur gk lah aku

aku stuju ngn lieya, hrp rebina melesia ke dpt bt pnejelasan... apa cer sebenarnya

LyNn HaMzAh said...

erm...macam mana la boleh jadi mcm nie ek? ribena memang kena buat penjelasan la tntg hal nie...kak lynn & qistina pun suker giler ngan ribena nie...

zAnNa@mAMaBaTriCE said...

shidah - tulah shidah...akak nak kepastian..kot2 ada yang boleh bagi info yang tepat kan....

zAnNa@mAMaBaTriCE said...

lieya - bebudak mmg suka air ribena nie kan...hope pihak ribena malaysia pun tampil ler beri penjelasan....bab halal haram makan nie tak berani sangat ler lieya

zAnNa@mAMaBaTriCE said...

Dana - ala..bukan ko sorang...aku pun kekadang sebat gark ribena si batrice tu ...sedap wei....

zAnNa@mAMaBaTriCE said...

kak lyn - tak sure lah kak...tu pasal zana nak dptkan info yang tepat..yg nie from FB...kot2 ada yang muncul bg info yang tepat...sangat2 lah di alu2kan

Dee said...

kena check ngan jakim nih..sib baik anak2 x suka ribena..kalo benda ni betullah kan..

zAnNa@mAMaBaTriCE said...

Dee - tu lah..nakkan kepastian jer nie...coz' feveret batrice...

Su Hana said...

zana rasanya tu klu keluaran sana je..yg malaysia insya-Allah di jamin ...sebab tu klu nak beli beli yg ada tanda halal malaysia tu

zAnNa@mAMaBaTriCE said...

sue - thanks sue...for the info...
hope betul ler kan..yelah...kita mana ler tahu nama2 saintifik dia...

intanz said...

ish.. ni betl ke?? aku suke.. danish pun suka.. sume suka minum ni.. dari kecik ko tau...

Ciklinn said...

ISHH BIOR BETUL NIE... PATUTLAH KAMI ANAK BERANAK SUKA.HAHAHAHA.....

adoii kalu betull jenuh aku nanti nak tuko... usah aisy tiap hari tanya nak bawak air ape.. mesti ckp nak rebina...

nieda said...

isu tu dah lama, dalam tahun lepas rasanya..tapi tak taulah sahir ke tidak