Followers

Thursday, October 14, 2010

(TENGGAROH,MERSING)-KAMPUNG YANG JAHIL...KISAH BENAR!!!

Ini bukan apa yang aku cakap or tulis.  Aku anak jati Felda...di lahirkan di Felda Bukit Batu and family aku berhijrah ke TENGGAROH since umur aku 4 tahun lagi.  Dan bila ada mangkuk hayun mana ntah yg tulis bukan2 pasal tempat aku di besarkan, tempat aku belajar erti hidup, tempat keluarga aku membina keluarga.......makanya aku sangat2 marah dan rasa si mangkuk hayun nie takde hak nak kata bukan2 pasal tempat aku.....kampung aku.....tempat di mana aku bersekolah...tempat aku menuntut ilmu.  Apa hak dia nak menuduh orang-orang TENGGAROH macam tu.......duduk kat TENGGAROH pun cuma 3 tahun dan bukan2 nak hina orang.  Tempat dia dan keluarga dia cari rezeki plak tu.  Memang dasar tak sedar diri betullah. Aku akui tak semua penduduk TENGGAROH nie SEMPURNA tp jangan kerana segelintir pihak habis satu TENGGAROH ko nak canang as orang kampung yang jahil. 

*** inilah orang nya yang tulis statement di bawah di FB dia.  AMJAD ALI ***

Sebut saje maner2 kawasan di tenggaroh,seseorg itu akan memikirkan ia adalah tempat dipenuhi ladang kelapa sawit dan tanah lapang.Di minda mereka akan terpapar keingingan utk menetap di situ dan memulakan hidup baru.Namun setelah menetap di situ,ternyata mereka akan merasa terkejut dan hairan kenapakah mereka berada di situ.

Nota saya pada kali ini ialah mengenai pengalaman saya sepanjang berhijrah dari Singapura ke Tenggaroh 2 Jemaluang Mersing.Ape yg saya akan kongsi ini bukanlah rekaan semata2 dan bukanlah utk menjatuhkan atau menghina sape2.


Kawasan Tenggaroh merangkumi dari Tenggaroh 1 hingga Tenggaroh 7 termasuk Tenggaroh Timur.Kawasan Tenggaroh penuh dgn kelapa sawit dan bukit bukau.Saya sekeluarga berhijrah ke Tenggaroh pada awal 25 February 2007.Kami ke sana kerana menerima tawaran dari pengusaha stesen minyak kuala lumpur utk beroperasi sebagai operator minyak.Pada mulanya saya juga mempunyai andaian seperti org lain iaitu jikalau ke sana,kami hendak mencari rezeki halal dan hidup aman damai.Kami hanya memikirkan bahawa akan ke tempat baru dalam keadaan lebih selesa dan selamat.Ternyata segala andaian kami salah dan menjadi sebaliknya.

Pelbagai peristiwa yang hendak dikongsi kepada rakan2 sume.Oleh itu adalah lebih baik utk saya menulis mengikut butiran supaya kemas dan teratur.Peristiwa2 yg akan dikongsi ini akan diperlihatkan kepada kite sume betape Tenggaroh di mana hampir seluruh penduduknya berbangsa melayu dan islam mempunyai tabiat2 buruk yg tersendiri yg boleh menjejaskan imej kite sebagai umat islam dan secara keseluruhan rakyat malaysia.

Boleh dikatakan ramai org2 yg duduk di Tenggaroh Jakon, Pendek Akal, Dajal, Tidak Befikiran Waras, Tamak Haloba, Tidak Bersyukur, Melampaui Ajaran Islam,R ampas hak Milik Org lain, Memfitnah, Mencerca, Malas Dan Sebagainya. Berikut adalah antara butiran2 yg saya boleh kongsi kepada anda sume mengikut pengalaman,benda yang sudah berlaku dan juga dari kajian lebih lanjut.

 (1)Org tua mencarut dan bercakap kotor2 pagi2 - Lazimnya kite bangun pagi2 utk memulakan mencari rezeki pada pagi yang indah lagi suci.Tetapi saya rasa heran dgn perangai org2 kat sini.Dahlah tua nak mampus tambah pula dia mencarut pagi2.Pantang tengok pekerja2 perempuan bekerja pagi2 mulalah mereka mencarut.Amat memilukan juga melihat org2 tua ini mencemarkan peniagaan kami dgn melakukan hobby2 mereka yg tidak faedah lagi kotor.Ada jugak berape kali ayah saya menasihati mereka supaya menghormati tempat kami beniaga namun damai yang kami pinta muka merah padam dan kemarahan utk bergaduh yang kami terima.

(2)berjalan seperti jakon dan sering membuka dada - Tidak dinafikan bagi mereka yang duduk terpendak di dalam kelape sawit,minda mereka tidaklah sehebat mane oleh kerana mereka tidak didedah kepada dunia luar.Selama saya ada di sini,memang amat mudah utk kenal org2 sebegini dgn cara mereka berjalan dan bertutur.Terlalu jauh dari arus kemodenan hidup.Salah satu contoh ialah mat rempit mereka.Amat melucukan melihat budak2 muda di sini beriya2 hendak menjadi mat rempit dgn gaya mereka tersendiri.Namun di sebaliknya,budak2 ini lupa bahawanya mereka bukanlah mat rempit yang hardcore dan daring seperti mana adanya mat rempit di kuala lumpur dan kelantan yang ganas2 dan mempunyai class yang tersendiri.

(3)mengumpat - Tak boleh dikatakan walaupun di mana jua kite ada,mengumpat mesti ada dalam masyarakat kite.Di sini pula bermacam2 karenah manusia saya dah lihat.

Karenah 1-Di depan kite dia kata minyak yang kite jual bersih dan berquality namun di belakang dia hebohkan kepada org kampung minyak kite campur air tanpa bahan bukti atau saksi.Apabila ditanya depan dia mengapa dia buat begitu,dia hanya mendiam diri dan senyum.

Karenah 2-Dia merayu kepada saya utk meminjam duit.Saya kasi.Namun 1 ketika biler saya tk meminjam duit kepada dia kerana dia kerap meminjam duit,dia mengumpat tentang saya menipu beliau,memungkir janji dan sebagainya.

(4)PHD(PENGAMPU HASAD DENGKI) - Di Tenggaroh terdapat org2 dari pelbagai bangsa contoh boyan,jawa dan banjar dan juga dari merata negeri di malaysia.Mereka ni tidak bersatu hati dan sering melumba2 mencari kemewahan antara mereka.Jikalau mereka tidak puas hati,Ilmu Hitamlah cara utk mereka mengatasi masalah.Bom sana dan bom sini tidak peduli tuntutan agama asalkan mereka puas hati.Mereka juga berpuak2 dgn pahaman ideologi sempit mereka.Kata org memang org jenis merekani tidak boleh melihat org lain senang sikit.Asal tidak bepuas hati atau sakit hati,cara kotorlah yang mereka sudahi dahulu.Dengan kami sebagai operator minyak jugak tidak lepas dari cengkaman iblis2 ini.Mereka memikirkan bahawa kiteni kaya dan mempunyai banyak duit dan harta namun mereka tidak tahu betape payahnya kami merantau ke negeri org dgn harapan besar mencari rezeki.

Ramai yang sakit hati melihat kami membuka stesen minyak di situ.Tambah pula kami ni org luar datang ke sini beniaga dan rezeki mencurah2 tidak berenti.Pelbagai gangguan telah kami sekeluarga alami semenjak duduk di sini.Telah banyak tempat kami berubat dan jawapannya adalah sama.Ada pihak di sini ingin keluarkan kite dari sini dan mereka sendiri hendak stesen minyak itu namun mereka tidak mempunyai cukup modal dan duit.Antara gangguan2 yg kami alami adalah seperti berikut..

A.Sering bergaduh anak beranak.
B.Tidak boleh tidur
C.Sentiasa rasa marah.
D.Tidak lalu makan.
E.Berat badan bekurangan dan tk bermaya. (kalau tengok gambar sihat wal'afiat jer)
F.Malas utk bersembahyang. (malas sembahyang pun nak salahkan orang lain ker? Pucuk pangkal keimanan kita pada Allah yang satu)
G.Sering kecewa dan kecik hati.
H.Masalah kecik boleh menjadi besar.
I.Mane2 anggota badan akan sakit dan lemah

 Boleh dikatakan hampir setiap hari, kite bukannya bertarung dengan tugas seharian kami tapi jugak dengan gangguan ilmu hitam pihak2 tertentu yang penakut dan banyak melakukan perkara mungkar.Memang sudah menjadi adat budaya di Tenggaroh jika anda seorang yang senang dan sihat walfiat,ader sajer orang yang hendak jatuhkan anda. Memang org yang buat ilmu hitam kat kite sekeluarga amat terkenal di kampung dengan kekayaan dan keangkuhan beliau.Beliau memang tidak boleh melihat orang lain leboh dari beliau.Sesiapa saja yang  lebih dari beliau atau engkar kata beliau akan dibom bertalu2 tanpa belas kasihan.Namun diani org yang takut mampus dan takut keluar rumah.Walaupun kite tahu ini sume adelah keje beliau,kite redah saja pada ape yang berlaku dan serah sume kepada yang Maha Esa.

(5)Mengambil barang org tanpa minta kebenaran-Perkara ini pernah berlaku di sini.Ada segelintir org yang tidak beradat membuat perkarani...

Contoh 1-Ayah baru beli kereta Myv berwarna Hitam.Hari pertama letak kereta di luar ofis ada seorang pekerja anak Tenggaroh tanya kepada ayah.."Bos mintak kunci saya nak test bawak kereta bos".Alangkah terkejutnya kami apabila mendengar kata2 budak tersebut.

Contoh 2-Saya sedang duduk rehat di luar ofis.Hp saya berada di atas meja.Salah sorang pekerja saya datang lalu mengambil hp saya dan membuat seperti hpnya sendiri.Saya hanya mendiam diiri kerana saya tau minda mereka di sini terlalu sempit sehinggakan mengambil barang org pun di buat tk sapekan kite.Kalo hp saya yang mahal itu rosak habislah saya.

Contoh 3-Sorang pekerja meminjam radio saya.Memnjam selama 3 minggu tapi dia berjanji akan p ulangkan kepada saya esok..Berulang kali bertanya pada beliau di mana radio saya.Alasan yang diberi ialah dia lupa untuk membawanya.Hari yang dia membawa radio itu,saya mendapati kaset player radio sayatidak berfungsi lagi.Saya mintak ganti rugi kepada dia namun selepas itu dia menghilangkan diri.Dengar khabar beliau telah lari ke johor bharu.

(6)Tidak mempunyai belas kasihan,pedoman dan kesabaran.-Saya boleh mengatakan betapa hebatnya dugaan Allah kepada kami..Berape insiden dibawahni adalah detik2 cemas kepada kami sekeluarga..Tidak dapat dibayangkan kepada sape kite hendak mengadu kecuali kepada Allah kerana Pihak Polis dan Pihak Penguasa di bawah tangan mereka.

Insiden 1-
Sorang budak latar belakang penagih dadah tegar datang ke stesen utk beli biskut.Kebetulan di tempat biskut ada dua bahagian di atas dan di bawah,Di atas adalah biskut yang belum tamat tempoh dan di bawah yang sudah tamat tempoh.Mak Si budak otat sesot ni pegi ambil biskut yang diletak di bawah.Mak saya beritahu beliau bahawa biskut itu dah tamat tempoh namun beliau berdiam lalu terus bayuar dan keluar.Berape minit lepas itu beliau kembali dan campak biskut tersebut Beloau ke muka mak sambil mengata "Oh kau nak kasi aku mampus ye kasi biskut yang tamat tempoh.Aki nak duit aku balik!"Mak saya menyuruh tenangkan beliau namun beliau kembali semula ke motor dan mengeluarkan sebilah parang.Beliau masuk ofis lalu menghayung ke kanankiri ke arah mak saya.Waktu itu mak saya sorang. Ayah sedang rehat di kerusi dan saya di kl.Ayah tedengar mak menjerit lalu terlena dari tidur.Barang dalam ofis selerak.Budak itu terus beredar.Laporan polis dibuat namun polis tidak mengambil ape2 tindakan.Yang peliknya ada sorang kutu polis memberitahu kepada budak itu bahawa kite membuat laporan polis.Berape hari lepas itu budak itu datang ketawa sambil mengatakan polis senang utk dibeli dan tiada ape2 yang boleh kiter buat..Heran....

Insiden 2-
Sekumpulan budak  datang ke stesen mengamuk dengan saya dan ayah mengenai minyak campur air.Emak berada di rumah dan insiden ini berlaku semasa bulan puasa.Mereka datang memintak ganti rugi.Tapi yang mengherankan tiada bukti yang dibawa contoh bil membaiki kerosakan atau sampel minyak.Yang pelik jikalau benar ada masalah kenape harus datang dengan geng2 sambil memaki hamun kami.Ini bukanlah dinamakan hero tapi pengecut.Memang benar jika berlaku pergaduhan di tenggaroh,saya tk pernah lihat 1 lawan 1 tapi ramai2 lawan 1. Amat memalukan melihat mereka ni..Dalam bulan Ramadan yang mulia mereka datang memaki2 pelbagai ayat2 yg mengecikan hati kami.Di sebelah pihak kami jugak kami telah mrmbuat macam2 demi menjaga minyak yang kite jual tidak mencampuri air.Kita telah check secara keseluruhan namun tiada air. Menteri Perdagangan telah beberape kali check namun tiada air.Yang sebenar kami dapat tahu mereka ini telah diupah pihak tertentu utk membuat kecoh dgn kami jadi kami akan rasa takut dan akan keluar dari kampung Tenggaroh ini.Laporan polis telah dibuat namun tiada tindakan diambil kerana individu terbabit yang mengupah budak2ni telah bekerjasama dgn polis dan polis telah menutup mata sebelah.

Sebenarnya banyak lagi yang saya hendak kongsi tapi waktu tidak menizinkan.Bagi mereka yang membaca nota yang tidak seberape ini,harap2lah jangan meniru perangai org2 Tenggaroh yang sedemikian rupa. Bagi yang menetap di Tenggaroh atau kawasan sekeliling ambillah iktibar dari sini dan jika boleh berubahlah..Jangan menzalimi org lain. Jangan ambil kesempatan dari kesenangan anda untuk melakukan perkara yang bertentangan dgn agama dan bangsa....

FITNAH ITU LEBIH BESAR DOSANYA. SUBHANA ALLAH.

*** si AMJAD ALI nie dah blok plak FB dia.  Baru nak kasi link kat korang.

30 comments:

♥Cik Puan♥ said...

salam jengah zana

norhidana said...

apa kejadahnyer org tu zanna... tulis ikut suke ikut sedap je, tak terfkr ke blh menimbulkan marah... kalu itu duk lah ko bena kawasan sndiri duk sndiri2... amboi2... muke dhla buruk pastu sedap je ngata... ish aku pun terasa gk sbb aku org johor n org melesia...

Zaidah said...

akak orang tenggaroh tau....kenapa biadap sungguh percakapan dia...agaknyer klu dia masuk tenggaroh pada tahun 1980an agaknyer dia kata orang tenggaroh duduk kat atas pokok agaknyer....nak comparekan tenggaroh ngan kl mana bleh...klu dia rasa tak nak duduk situ bleh blah...yang buat kesalahan tu segelintir pihak aje...bukannyer semua....suka2 mak bapak dia aje nak memfitnah orang tenggaroh macam tu....macam dia tu bagus sangat jangan menghukum orang macam tu....ko tak ade hak nak hukum orang tenggaroh macam tu...memang geram nieeeeeeeeeee

zAnNa@mAMaBaTriCE said...

Azie - wa'salam azie

zAnNa@mAMaBaTriCE said...

Dana - ko pun geram kan walaupun ko bukan orang TENGGAROH...aku nie lagi elr...rasa cam nak sepak2 jer dia nie..buat statement bodoh camtu utk orang TENGGAROH. Yang tak tahan tu, siap compare mat rempit tenggaroh ngan mat rempit KL and KELANTAN...nak gelak aku

Irma Ruhani said...

Zana, aku pun sakit hati dengan org yg mcm ni. siapa dia untuk mengadili umat Muhammmad disisi Allah. menilai tahap keimanan seseorang. Ni lah yang dikatakan golongan minda kelas ketiga yang kalau dilayan makin menjadi-jadi meroyannya.Tak hairanlah kenapa Allah lahirkan dia dalam keadaan begitu. kalau dia dilahirkan sebagai seorang yang sempurna aku tak tahulah apa pulak yg akan dia buat.

Su Hana said...

Ya Allah, manusia ke hapa ni...sedap mulut je mengata org!

eeeee geram betul aku klu org main tuduh je....klu ikutkan tak ada point sgt pun...yg aku dpt tangkap dia nak kt org dengki ngan perniagaan derang... klu derang kerek dtg berdangan di tempat org camne org nak hormat ? tah apa2 je mamat ni....

Su Hana said...

berdangan = berdagang


eh lg satu... aku rasa dia kecewa sgt tu ...tu yg sampai mat rempit negeri lain pun bleh plak dia masukkan sekali...wakakakaka... ceh!

zAnNa@mAMaBaTriCE said...

Irma - tu lah....aku rasa kalau dia sihat sempurna..ntah apa lagi ler jadi. statement dia tak masuk akal langsung

zAnNa@mAMaBaTriCE said...

Sue - org macam nie otak letak kat lutut kot sue....tak paham aku. Dia kecewa sebab tak dpt merempit macam orang lain he he he

☆ lieya latif ☆ said...

nape die mcm tu wei...ni kes same cam kes biskut famos amos yg dulu tu la kan....

ish ish dieorg nie, tak baik laaaa...tobat laaa...fitnah tu tak baik.....berdosa besar tuuu.....

attyfir said...

nie lah namanya cakap tak pakai otak..main shedap mulut je..

Wati3qv3 said...

masa lapang terluang manyak sangat tue yg dok citer bukan2..

zAnNa@mAMaBaTriCE said...

kak atty - betul tu kak....ckp pakai kepala lutut kot

zAnNa@mAMaBaTriCE said...

Kak Wati - ha haha....takde kerja

Cheritera Kami said...

wajib kena cili mulut dia tu...dia g sempit pemikiran bl buat komen2 -ve mcm tu

Azueriena said...

setelah kak azue baca n teliti...cheewahh...sebenarnya...diertersilap...kerana menamakan mereka yg berasal dari tenggaroh...kenapa dia x mention ajer nama2 si mat parang ker...si mak enon ker....si kenot ker....nie dia belasah sumer nama org kampung tenggaroh...x pasal2 sumer di kaitkan sekali...memang x patut...x patut....

kalau org kg x suker mungkin dier nie ada buat salah dgn org kampung...cara percakapan ker...pergaulan ker kann...pada kak azue ler...kalau kiter pandai bawa diri...campur dengan masyarakat...mender nie x akan berlaku...

nak komen lebey2 pun kak azue x reti..tapi pokok pangkalnya..berhati2 biler bercakap...kann..kannn

zAnNa@mAMaBaTriCE said...

Wawa - ye betul....pakat sorang sebijik orang Tenggaroh pi cili mulut dia baru dia rasa

zAnNa@mAMaBaTriCE said...

kak azue - tu lah pasalnyer...kalau dia mention nama sapa yg buat dia tu, takde ler orang2 tenggaroh nie nak kutuk2 dia ke apa...nie tak, kerana sorang or segelintir yg kengkonon buat taik kat dia.....habis satu tenggaroh sumer dia meroyan.

kat mana2 pun..kalau kita pandai bawa diri, insya allah..masyarakat setempat akan suka...

Sham Ummi Echa said...

saper si amjad ni? ko kenal ke zana? kalo kenal ko pi tggu dia dpn simpang nun.. hehe jgn mare..

dia ni menulis mengikut kata hati. dia x puas hati apa yg dia nk x dpt tu yg abis dia label pnduduk tenggaroh mcm tu. ishh x baik la ckp cam2 kan. kat mana2 pon sama je perangai org. mana ada satu kg tu sumernya perangai mulia. ada baik ada jahat. tp xleh lah pukul rata camni.

akiratoriza said...

aku pun marah sesgt ngan orang durjana tu. tak sedar diri langsung, dah la menumpang kat tanah air org pas tu wat dajal lak... aku rasa mcm nak suh jek org tenggaroh p halau dia, dah tak payah masuk tenggaroh lagi.

sWeEtDaRLinG said...

kalau betul dia meniaga dengan jujur, kenapa biskut expired pun still display kat luar walaupun katanya letak kat rak bawah...

sw33tdarling.com

Anonymous said...

kepala otak dia...ingat bebudak tenggaroh ni tak der otak ker???tak der masa depan ker...cakap,tulis, leh sebarang beb..sekali kena cangkuk sabit bapak aku baru dia tau....macamlah KL tu bagus sangat..bersopan sangat....blah lah oii...tak payah jual minyak kat situ..kitaorang leh iduplah kalau tak der minyak ko tu....ntah minyak brand aper pun aku tak tau....ko tu pijak kat bumi tenggaroh..tenggaroh tu gugusan bukan kampung sekali kena tibai..baru ko tau..

Unknown said...

org ni x b'akal la zanna.....jgn di layan...meroyan x tentu pasal...

Anonymous said...

jangan nak memutar belit kan fakta...rasa-rasa blog nie kalau di ajukan kepada Mahkamah boleh buat kes....

Zana_MamaBatrice said...

to en/cik/pn anoy :
apa yg saya putar belitkan...
itu apa yg si amjad tu tulis kat fb dia...tp dah takde coz' dia dah delete...tp saya sempat copy paste kat sini....

maaf lah yerkk

gadisbatu said...

BODONYE DIE NI . SY ORG TENGGAROH JGK . AMAN DAMAI JE DUDUK TENGGAROH . MAK AYAH PON OKE , XDE ORG DENGKI MENGDENGKI . DIE NI MESTI SBB SATU FAMILY PERANGAI SEMUA ORG X SUKE , SBB TU MCM2 ORG BUAT KAT DIE . BAWAK2 LAH BERTAUBAT . XPON KELUAR LAH DR TENGGAROH TU , MUNGKIN KEHIDUPAN KAU BUKAN KAT TENGGAROH .

Anonymous said...

Ni yg pengusaha Caltex kt tenggaroh 2 ker? Mcm penah nampak jer lelaki tu...kalau x silap lelaki ni agak OKU sikit...

Anonymous said...

Ala, kalau org tenggaroh tak buat salah takkan si oku tu cerita2..Jangan nak putar belitkan cerita wahai org tenggaroh oiii...

Anonymous said...

Bagus juga si amjad tulis kt facebook dia tu..untuk kesedaran dan iktibar penduduk tenggaroh..