Followers

Sunday, April 10, 2011

Donut Gebu Gebas.

Petang nie aku tak tahu nak buat apa....tp mulut nak mengonyel something...makanya....2nd trial buat donut gebus gebas..........this time aku rehatkan adunan 45 minit. Masa 1st time dulu....aku belasah lepas gaul2....terus bentuk2 and goreng...keh keh keh...rupa2nya bila adunan tu di rehatkan barang seketika.....lagi gebus gebas jadinya donut aku.

So, since sepupu aku dok tanya resepi donut nie....hah! amik nie........aku copy paste terus dari myresepi.com

 

Bahan-bahan ( 20 - 25 biji )

  • 3 cawan tepung gandum
  • 1 cawan air suam kuku
  • 2 sudu besar mentega
  • 6 sudu besar gula pasir (boleh kurang bagi yang tak suka manis)
  • 3 sudu besar susu pekat manis
  • 1 paket yis (jenama mauripan)
  • 1 biji telur

Cara-cara

  1. Cairkan mentega dan ketepikan.
  2. Gula dan susu disatukan di dalam air suam, kacau supaya gula larut. masukkan yis, kacau lagi. Biarkan selama 10 minit.
  3. Pukul telur sedikit dan campurkan bersama mentega cair tadi.
  4. Selepas 10 minit yis akan naik berbuih-buih, masukkan pula mentega yang dicampur telur tadi.kacau.
  5. Masukkan campuran yis kedalam mangkuk yang berisi tepung gandum, gaul sebati dengan senduk kayu. biar adunan lagi selama 45 minit.
  6. Banyakkan tepung ditangan supaya adunan tak melekat.(adunan memang agak lembik). ambil sedikit adunan, bulatkan dan leperkan atas papan pencanai. tekan acuan donut yg telah dicelup sedikit tepung.
  7. Sediakan minyak untuk menggoreng. gunakan api sederhana. alih selalu supaya dapat warna yang sekata. setelah agak kekuningan bolehlah diangkat. Tabur gula caster atau hias dengan coklat cair dan ditabur dengan coklat rice...
*** serius, sangat gebu dan lembut donut nie.

3 comments:

eRiNsZ said...

ko ni zana ... cam tau jer perut tngah dok mnyanyi ni....
pmbawa virus tull. nk g jnguk dpur tgok ader tak mauripan.. mau gentel donut jgak la... (peniruan d situ)

and ader entry utk kamu
http://ehemsz.blogspot.com/2011/04/entri-kemenangan.html

ZanaNordin said...

erinz - he hehe..petang2 nie wei..perut aku lapar...tu pasal menggentel donut tu..

thanks dear...aku dah lawat tp tak tinggal jejak tadi

Unknown said...

kak ayu pun suka buat donut..
lebih lagi ramai yang suka makan....

PS: memang gebu donut hasil tangan zana