Followers

Friday, June 10, 2011

Adab-adab Berdoa dan Sebab Doa Diperkenankan

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: "Doa adalah senjata bagi orang Mukmin, tiang bagi agama dan cahaya langit dan bumi." (Riwayat al-Hakim dan ibn Abi al-Dunya)

1. Seeoloknya dalam keadaan berwuduk dan bersih daripada sebarang kotoran, hadas dan najis.

2. Mulai dengan membaca Bismillah dan ucapan memuji-muji Allah serta berselawat ke atas Rasulullah s.a.w

3. Duduk dan mengadap ke arah Kiblat

4. Memohon ampun dengan merendah diri serta mengakui akan akan kesalahan diri di atas dosa dan kesilapan yang telah di lakukan.

5. Berdoa dengan bersungguh-sungguh serta memahami isi dan maksud doa, bukannya semata-mata membaca doa.

6. Berdoa dengan penuh khusyuk, tawadduk dan merendahkan suara.

7. Mendahulukan doa dan permintaan untuk diri sendiri dulu sebelum berdoa untuk orang lain.

8. Mengulangi bacaan doa sebanyak 3 kali bagi sesuatu hajat yang lebih berat atau yang lebih di utamakan.

9. Menghindari diri dari sesuatu yang di tegah dan dilarang oleh agama sama ada pada makanan, minuman, pakaian, atau pekerjaan.

10. Berdoa untuk kaum Muslimin dan Muslimat secara keseluruhan untuk kesejahteraan mereka tak kira yang masih hidup ataupun yang telah meninggal dunia.

Waktu Yang Mustajab untuk berdoa :

1. Malam lailatul Qadar

2. Bahagian Malam yang terakhir ~ Sesungguhnya Rasulullah bersabda: "Allah akan turun ke langit dunia setiap malam iaitu sepertiga malam yang terakhir, seraya berfirman: "Sesiapa yang berdoa kepada-Ku, maka aku akan menerima permintaannya dan sesiapa yang meminta keampunan daripada-Ku maka Aku akan mengampuninya.

3. Selepas solat 5 waktu

4. Masa waktu azan dan Iqamah ~ Anas bin Malik meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda: "Doa antara azan dan iqamat tidak akan ditolak."

5. Ketika hujan turun

6. ketika menyiapkan barisan untuk fisabilillah

7. Di akhir waktu Asar hari Jumaat atau ketika khutbah dan solat jumaat ~ Hadis daripada Abu Hurairah: Rasulullah memperkatakan mengenai hari Jumaat. Lalu baginda bersabda: "Pada hari Jumaat itu ada suatu saat. Bila mana seorang Muslim dapat menepatinya dalam keadaan sedang berdoa, memohon sesuatu daripada Allah, pasti dia akan dianugerahkan apa yang dipohonnya itu."

8. Ketika minum air zamzam beserta niat yg baik

9. Ketika sujud ~ Ibnu Abbas meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda: "Aku dilarang membaca al-Quran ketika sujud dan rukuk. Waktu yang paling dekat antara hamba dan Tuhan-Nya adalah ketika sujud, maka perbanyakkanlah doa ketika itu."

10. ketika terbangun di tengah malam dan berdoa dengan doa yang mahtur. ~ Ubadah bin As-Shamit berkata bahawa Nabi Muhammad s.a.w bersabda: "Sesiapa yang bangun pada malam hari dan mengatakan atau berdoa, doanya akan dimakbulkan. "Apabila beliau berwuduk (dan mengerjakan solat malam), solatnya akan diterima Allah."

11. Ketika tidur dalam keadaan suci dan berdoa

12. Doa manusia di sisi orang yang nazak

13. Doa sesudah pujian terhadap Allah dan selawat Nabi ketika tahiyyat akhir.

14. Doa semasa hari Arafah di Arafah

15. Doa sepanjang bulan Ramadhan

16. Ketika perhimpunan umat Islam dalam majlis Zikir

17. Doa ketika di timpa musibah

18. Doa yang penuh dengan pertautan hati dengan Allah dan dengan penuh keikhlasan

19. Doa orang yang di zalimi

20. doa ayah untuk anak dan doa anak untuk Ayah

21. Doa orang yg sedang bermusafir

22. Doa orang yang berpuasa hingga ia berbuka

23. Doa pemimpin yang adil ~ Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda: "Tiga orang yang tidak ditolak doanya iaitu pemimpin yang adil, orang berpuasa ketika dia berbuka dan orang yang dianiaya. Allah mengangkat doa-doa itu ke awan dan pintu-pintu langit dibuka."

24. Doa anak soleh untuk ibubapanya

25. Doa ketika berwuduk dengan doa yang mahtur

26. Doa ketika berada di dalam kaabah

27. Dia ketika melontar Jamrah

28. Doa ketika berada di Safa dan Marwah

29. Doa ketika berada di Masjidil Haram

Cara-Cara Berdoa dengan Betul

1. Angkat tangan ke paras dada

2. Rapatkan kedua-dua belah tapak tangan.

3. Apabila urat tangan bertemu, ia akan menjadi huruf 'ba'. Titik 'ba' terletak di hati kita. Kedudukannya rendah dari tangan kita yang kita tadah. Setiap huruf di dalam Al-Quran mempunya malaikat yang menjaganya. Huruf 'ba' di jaga oleh Malaikat yang bernama 'Har Hayaail'. Malaikat ini akan terus mengangkat doa kita menghadap Allah tanpa sebarang perantara. Oleh itu berdoa bersungguh-sungguh dengan penuh pengharapan.

4. Duduklah dalam keadaan yang sopan seperti duduk iftirassy/ tahiyyat akhir. Jika berdiri, berdiri dengan tegak dan tidak menyandar.

5. Berdoalah bersungguh-sungguh dari hati dan gunalah bahasa yang mudah di fahami kerana Allah sangat Pengasih, Memahami dan Maha Mendengar doa hamba2Nya.

WAllahualam~



1 comment:

Unknown said...

tq for sharing.. kita nmpk berdoa itu mcm simple je kan..tp ada adab2 dalam berdoa yg ptt kita tahu.. cthnya dalam keadaan berwuduk..kdg main doa je tk kira tmpt..hihihih