Followers
Friday, September 30, 2011
Petua Hamil Menggunakan 41 kuntum Bunga Cengkih
Petua ini diperoleh seorang ulama’ di Terengganu.
Ramai muridnya yang dah berjaya hamil. Menurut beliau, petua ini beliau perolehi dari petua ulama’ silam. Petua yang saya maksudkan ialah dengan menggunakan 41 kuntum Bunga Cengkih.
Bunga Cengkih itu diibaratkan sperma yang berenang di lautan dalam yang gelap gelita dan ayat 40 surah An-Nur itu adalah jampi (dibenarkan jampi menggunakan ayat Quran) kerana Allah nyatakan hanya Dia yang mengurniakan Cahaya kepada siapa yang dikehendakkiNya. Jika Sperma itu tidak diberikan Cahaya oleh Allah, masakan boleh bertemu dengan Ovum.
Ayat 40 Surah An-Nur
Atau (orang-orang kafir itu keadaannya) adalah umpama keadaan (orang yang di dalam) gelap-gelita di lautan yang dalam, yang diliputi oleh ombak bertindih ombak; di sebelah atasnya pula awan tebal (demikianlah keadaannya) gelap-gelita berlapis-lapis, apabila orang itu mengeluarkan tangannya, dia tidak dapat melihatnya sama sekali dan (ingatlah) sesiapa yang tidak dijadikan Allah menurut undang-undang peraturanNya mendapat cahaya (hidayat petunjuk) maka dia tidak akan beroleh sebarang cahaya (yang akan memandunya ke jalan yang benar). (40)
Caranya ialah:-
1) Suami dan isteri hendaklah memilih 41 kuntum Bunga Cengkih yang elok.
2) Suami genggam Bunga Cengkih tersebut dan membaca 3 kali ayat 40 surah An-Nur.
3) Seelok-eloknya dilakukan pada malam jumaat.
4) Bagi isteri makan 1 kuntum Bunga Cengkih setiap malam sebelum tidur. Hanya isteri sahaja yang makan.
5) Pada masa yang sama, banyakkan doa ayat 40-41 Surah Ibrahim. Banyakkan menderma wang kepada orang yang memerlukan.
Usaha + Tawakkal + Doa.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
5 comments:
waaa 1st time dgr... terima kasih sharing... skrg mau sharing dgn org lain juga... time kasih...
bagus petua ni.aku doakan tok ko.ada satu lg petua untuk kesuburan dan mengandung.mkn buah delima.aku ada dengar masa ceramah kt tv aritu.mana yang baik kita try.gud luck zana
10s mama zana...
insyaAllah, nk amal jugak.. =)
tq info nih.blh sy rekemen dekat member.
dah 4 tahun menanti..
semoga allah merahmati mu./
usaha tangga kejayaan... lau aku mcm takleh jek nak makan bunga cengkih tu sbb gula-gula hacks yang perisa cengkih tu pun tak leh nak telan... tp lau nk mencuba mana tau berhasil tetap akan ku makan jua..
Post a Comment