Followers

Friday, December 9, 2011

Akak rasa bersalah dik non!

rasanya semalam iklan SPR nie berjoget2 kan leaderboard tu
sangat ler sesuaikan
cam tahu2 jer...


sebab apa aku cakap camtu
sebab....tuan punya blog nie tak MENDAFTAR sebagai PEMILIH pun lagi..
walaupun umur dah nak masuk 3 series...
patutnya dah 2x pergi mengundi..
he he he

akak insaf adik-adik!

(*** PM, jangan tarikh kenaikan gaji saya yerk!. he he he he)

OK...sabtu pejabat pos buka kan
akak gi mendaftar yerk...
so, next pilihanraya akak gi ngundi!








Cara untuk mendaftar 

Untuk Pemilih Biasa
Untuk mendaftar sebagai pemilih biasa, anda perlu:
(a) datang sendiri ke mana-mana pusat-pusat pendaftaran;
(b) serahkan kad pengenalan anda kepada petugas SPR yang akan mengisikan borang pendaftaran anda; (c) semak borang pendaftaran yang telah diisikan oleh petugas SPR dan pastikan semua maklumat yang diisikan adalah betul dan mengikut sebagaimana dalam kad pengenalan anda sebelum menurunkan tandatangan;
(d) menurunkan tandatangan anda selepas berpuas hati; dan
(e) dapatkan salinan borang pendaftaran dan simpan sebagai bukti sekiranya perlu untuk membuat sebarang tuntutan semasa tempoh pameran, Rang Daftar Pemilih Tambahan nanti.

Untuk Pengundi Tidak Hadir Anggota Tentera
Pendaftaran PTH dari kalangan ATM dilaksanakan oleh pegawai-pegawai JRP-ATM.
Untuk mendaftar sebagai PTH, anda perlu:
(a) menghubungi petugas-petugas SPR yang dilantik dari kalangan pegawai JRP;
(b) serahkan kad pengenalan tentera anda dan MyKAD (untuk pasangan) kepada petugas yang dilantik oleh SPR yang akan mengisikan borang pendaftaran anda.
(c) apabila diserahkan kembali borang yang telah diisikan, semak borang pendaftaran yang telah diisikan dan pastikan semua maklumat yang diisikan adalah betul, sebelum menurunkan tandatangan;
(d) turunkan tandatangan anda selepas berpuas hati; dan;
(e) dapatkan salinan borang pendaftaran dan simpan sebagai bukti sekiranya perlu untuk membuat sebarang tuntutan semasa tempoh pameran draf

Daftar Pemilih Tambahan.
Nota:
(a) Pusat Mengundi anggota ATM dan pasangan adalah ditetapkan mengikut alamat tempat bertugas anggota ATM tersebut.
(b) Hanya anggota ATM dan pasangannya sahaja yang layak untuk mendaftar sebagai PTH. Anggota keluarga yang lain perlu mendaftar sebagai pemilih biasa dan Pusat Mengundi ditetapkan menggunakan alamat kediaman pemohon (sebagaimana dalam kad pengenalan).
Warganegara Malaysia yang Berada di Luar Negara Pendaftaran PTH dari kalangan penjawat awam atau pelajar di luar Negara serta pasangan mereka dilaksanakan oleh pegawai-pegawai pejabat Pesuruhjaya Tinggi, Kedutaan atau Konsulat Malaysia di luar negara.

Untuk mendaftar sebagai PTH (luar negara), anda perlu:
(a) datang sendiri ke pejabat Pesuruhjaya Tinggi, Kedutaan atau Konsulat Malaysia di luar negara;
(b) serahkan MyKad anda kepada petugas yang dilantik oleh SPR yang akan mengisikan borang pendaftaran anda;
(c) nyatakan alamat tempat tinggal di luar Negara anda, pekerjaan anda dan nombor siri borang A kepada petugas untuk diisikan dalam sehelai kertas A4 dan dikepilkan dengan borang pendaftaran anda.
(d) semak borang pendaftaran yang telah diisikan dan pastikan semua maklumat yang diisikan adalah betul, sebelum menurunkan tandatangan;
(e) turunkan tandatangan anda setelah berpuas hati; dan
(f) dapatkan salinan borang pendaftaran dan simpan sebagai bukti sekiranya perlu untuk membuat sebarang tuntutan semasa tempoh pameran Rang Daftar Pemilih Tambahan.

Syarat-syarat Layak Mendaftar 

Syarat-syarat kelayakan untuk mendaftar sebagai pemilih adalah seperti yang berikut:
(a) seorang warganegara Malaysia;
(b) telah mencapai umur 21 tahun;
(c) bermastautin di bahagian pilihan raya yang ingin didaftarkan; dan
(d) tidak dihalang / hilang kelayakan oleh undang-undang yang berkuat kuasa.

more info : kat SINI yerk

7 comments:

akiratoriza said...

aku pun sm gak dgn ko...hihihi... nak g pej pos gak lah...

lieyalatif said...

keh keh keh ...aku plak baru sekali gi ngundi haahahaah....tu le, tahun depan tgk le camne...agak2 tak puas ati pasal kenaikan tu aku mls lik kampung hahaahahah...(alasan berani mati gitu)

Unknown said...

waduh..akak pun x mendaftar lagik nih...lg teruk kan..huhuuu

sal-nurbeena said...

slamat mendaftar....tak lama lagi nak ngundi balik dah. Akak dh 2x mengundi..InsyaAllah nk masuk yg kali ke 3

mysarrasara said...

Selamat mendaftar....
sy pulak bersemangat daftar maser msk umur 21 ari tue...cepat la time m'undi x sabo nak g undi nie...

rasp said...

daftar jgn tak daftar...
jalankanlah tanggungjawab anda...
hehehehehehehe....
mentang2 lah i dah berdaftar and mengundi kannnnn...

Anonymous said...

Akak dah berdaftar..pegi cepat Zana.Gunakan hak kita sebagai pengundi hehehe