Followers

Wednesday, May 23, 2012

Alfatihah : perginya insan bergelar isteri pada seorang suami yang cukup tabah

Alfatihah buat Norma

Salam takziah buat Moon sekeluarga esp buat Talib dan Baby Rafiq
Insya Allah, itu yang terbaik yang di janjikan oleh DIA buat arwah
puas arwah bergelumang dengan kesakitan....tiba masanya arwah berehat dan tenang.

Sebenarnya Zana cukup kagum dengan kekuatan ahli keluarga ini
betapa kasih sayang dan ikatan kekeluargaan antara mereka cukup kuat dan utuh
saling membantu antara satu sama lain
saling melengkapi antara satu sama lain.
setiap dugaan dan cabaran mereka tempuh bersama
betapa beruntungnya arwah dikelilingi oleh insan-insan yang cukup istimewa...yang cukup penyayang..yang cukup kuat dan cekal....
mereka adalah insan-insan terpilih untuk mengharungi dugaan yang maha hebat kerana tanpa kecekalan dan kekuatan semangat  yang mereka ada..tak mungkin mereka dapat mengharunginya..

Semoga roh arwah dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan umatNYA yang beriman
amin.