Followers

Friday, July 20, 2012

Salam Ramadhan dan Ganjaran Solat Terawih

Puas dah korang ngadap entry yang penuh gambar kat bawah nun he he he...tu pasal lepas tu aku cuti update sehari..

Apa-apapun..alhamdulillah..Ramadhan kunjung tiba lagi.  Syukur coz' masih diberi kesempatan untuk kita menikmati keindahan dan hikmah di sebalik bulan Ramadhan...bulan yang memang akan di tunggu-tunggu untuk semua memperbanyakkan amal ibadat dan meraih pahala yang tak terhingga banyaknya.

Ramadhan hadir.....kenangan pahit Ramadhan tahun lepas pun mencuit kepingan hati ini
Tapi takpe....walaupun pahit....ia tetap kenangan yang indah untuk aku ingati...
and don't worry aku semakin kuat dan tabah...ujian dariNYA....insya allah..apa yang dah dijanjikan untuk kita akan kita perolehi......begitu jugak sebaliknya......apa-apaun tetap bersyukur atas nikmatnya.

Malam nie dah start menunaikan solat terawih....harap-harap this year.....dapat ler menunaikan solat terawih lebih kerap berbanding tahun lepas......kat taman aku nie takde surau lagi....tp pagi tadi dapat surat yang mengatakan bahawa akan ada surau sementara sempena menyambut ramadhan nie...alhamdulillah.....insya allah, kat situ ler nanti we'll solat terawih...takpun ke Masjid Taman Kluang Barat ...cuma jauh sikit ler.

And jadual moreh pun dah diedarkan.......nampaknya giliran jalan rumah kami dpt 3x hantar menu untuk moreh.....esok dah giliran jalan rumah aku....apa ler aku nak sediakan.......ikutkan nak balik Tenggaroh....tp en Laling Hubby plak ada banyak kerja nak kena siapkan...aduhai!....tak baik mengeluhkan......anggap tu rezeki Allah......kalau takde kerja camne ler en Laling Hubby nak bagi kami nie makan, minum, rumah and shopping kan....he he he.....kalau en Laling Hubby benarkan...aku balik berdua jer lah ngan Batrice gamaknya.

So, sempena Ramadhan nie...mari kita singkap kembali Hikmah Solat Terawih.....mana tahu ada yang lupa kan...so, sama-sama kita saling ingat mengingati.

1. Pada hari pertama seorang mukmin akan keluar bebas dari dosanya,seperti pada hari ia dilahirkan oleh ibunya.
2. Pada malam kedua, diampunilah dosanya dan dosa kedua orangtuanya jika mereka adalah orang mukmin
3. Pada malam ketiga, berteriaklah malaikat dari bawah arasy:Allah telah mengampuni dosamu yang telah lalu
4. Malam keempat, diberi pahala seakan-akan membaca Taurat,Injil,Zabur dan Alquran
5. Malam kelima,diberi pahala seperti orang yang bersembahyang di masjidil haram,masjid madinah dan masjid Al-aqsa
6. Malam keenam,diberi pahala orang yang bertawaf di Baitullah dan memintakan ampun baginya segala batu dan pasir
7. Malam ketujuh, ia seakan-akan telah mengalami masa nabi Musa dan membelanya terhadap Firaun dan Haman
8. Malam kedelapan Allah memberikan pahala seperti yang diberikan kepada Nabi Ibrahim as.
9. Malam kesembilan seakan-akan ia telah beribadah kepada Allah seperti ibadahnya Nabi Muhammad SAW
10. Malam kesepuluh dikaruniai Allah kebaikan dunia akhirat
11. Malam kesebelas, ia keluar dari dunia bersih bebas dari dosa seperti ia dilahirkan oleh ibunya
12. Malam kedua belas, ia akan tiba dihari kiamat dengan wajah berseri-seri bercahaya seperti bulan purnama
13. Malam ketiga belas, akan tiba dihari kiamat terhindar dari keburukan
14. Pama malam mkeempat belas, ia akan memperoleh kesaksian dari para malaikat bahwa ia telah melakukan sembahyang tarawih ,dan karenanya ia tidak menghadapi hisab
15. Malam kelima belas, pada malaikat membacakan salawat untuk dia
16. Malam keenam belas, Allah mencatat kebebasannya dari api neraka
17. Malam ketujuh belas, diberi pahala nabi-nabi
18. Malam kedelapan belas, ia dipanggil oleh malaikat :Hai hamba Allah,ketahuilah bahwa Allah telah meredhai engkau dan meredhai kedua orang tuamu
19. Malam kesembilanbelas, Allah mengangkat darjatnya dalam syurga firdaus
20. Malam keduapuluh , diberinya pahala para syuhada dan orang-orang soleh
21. Malam keduapuluh satu, Allah membangunkan baginya sebuah rumah dari cahaya di syurga
22. Malam keduapuluh dua, tiba dihari kiamat terhindar dari segala rasa duka dan sesak hati
23. Malam keduapuluh tiga, dibangunkan oleh Allah sebuah kota di dalam syurga
24. Malam keduapuluh empat, dikabulkan oleh Allah dua puluh empat doa daripadanya
25. Malam keduapuluh lima, dibebaskan oleh Allah dari azab dalam kubur
26. Malam keduapuluh enam, diberinya pahala empat puluh tahun
27. Malam keduapuluh tujuh, ia akan melewati sirat secepat kilat
28. Malam keduapuluh lapan, akan diberinya seribu tingkat di syurga
29. Malam keduapuluh Sembilan, diberi Allah pahala seribu kali perjalanan haji yang makbul
30. Malam ketigapuluh, berfirman Allah kepadanya, mandilah dengan air salsabil dan minumlah dari air kautsar,Aku tuhanmu dan engkau hambaKu.

 Sabda Rasulullah s.a.w :
 
كان رسول الله صلى الله عليه وسلم يرغب في قيام رمضان من غير أن يأمر فيه بعزيمة فيقول ، من قام رمضان إيمانا واحتسابا غفر له ما تقدم من ذنبه .

Maksudnya : “Adalah Rasulullah s.a.w menganjurkan untuk mengerjakan solat pada malam bulan Ramadan tetapi tidak mewajibkannya. Baginda bersabda barang siapa bangun pada bulan Ramadan (mengerjakan solat tarawih) dengan rasa iman dan mengharapkan keredhaan Allah maka diampunilah dosa-dosanya yang telah lalu”.

NIATNYA
 
  أُصَلِّي سُنَّةَ التَّرَاوِيْحِ رَكْعَتَيْنِ لِلَّهِ تَعَالَى
 
Maksudnya : Sahaja aku menunaikan solat Terawih 2 rakaat kerana Allah Taala.

SELAMAT MENUNAIKAN IBADAH PUASA DI BULAN RAMADHAN YANG MULIA INI
Moga Ramadhan kita tahun ini lebih baik dari Ramadhan yang sebelum ini.



 

6 comments:

attyfir said...

salam ramadhan dan selamat berpuasa zana

Neeza.Areef said...

slmt berpuasa zana
sungguh byk fadilat solat sunat tarawikh ni

Rasp said...

Semoga setiap amalan dan ibadah kita dalam bulan puasa kali ni diterima oleh Allah SWT.

Maaf atas segala khilaf ku ya sis...

Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak.

Maya Mayana said...

salam Ramadhan buat awak sekeluarga zana...

kita 2x turn utk moreh tu...cam biasa order je lah :)

lieyalatif said...

salam ramadhan zana...alhamdulillah..dapat dah 3 hari...pejam celik pejam celik jek dah sebulan karang kan...

batrice cayang puase tak tuh heheehehe

penyuluh perikanan said...

435
postingan yg bagus dan cantik,
salam persahabatan
saya follow 435
pleas follow back.
thank..
ditunggu kawan