Followers

Wednesday, August 25, 2010

Puteri Sulung Yatt Hamzah

Si cantik ini.  Now drama dia tengah ke udaran di tv9 (channel 119 - astro) dalam drama ULAR EMAS.  Dia berlakon as Rhaudah.....seorang perempuan yang sangat baik, lembut dan sopan.


Masa perkahwinan Yatt bersama suami tercinta : Abd. Mutalib Abd. Syukur pada 29 Mac 2009.

Bahagia.  Yatt dan suami di majlis cukur jambul puteri pertama beliau di rumah MIL nyer di Seremban.

"Alhamdulillah rezeki Nia kerana kami dapat tajaan daripada Diana Ibrahim, pemilik DnD Beauty House yang sediakan dekorasi pelamin bayi buat Nia, tajaan pakaian daripada Jedan Collection dan makanan daripada Syidah Catering, Lembah Keramat," katanya.

Puteri Sulung Yatt : SUCI HANANIA MALIKA (sedap erkk nama anak dia) selamat di lahirkan ngan berat 3.24kg di Hospital Ampang Puteri.


Comel sungguh NIA.  Rasanya anak Yatt nie byk ikut muka suami dia kot.




Mengenai masa depan anaknya, Yatt berkata, sebagai ibu yang pernah melalui asam garam dunia seni, sebolehnya dia tidak mahu anaknya menceburi dunia lakonan. Namun, jika jalan itu yang dipilih anaknya suatu masa nanti, dia tetap akur.

"Kalau boleh memanglah saya tak mahu dedahkan dia kepada seni. Tapi kalau itu yang dia nak, saya tak boleh halang. Yang penting dia perlu capai kejayaan dalam pelajaran seperti saya, sekurang-kurangnya ada ijazah.
"Saya mahu anak saya jadi juruterbang yang dulunya memang jadi cita-cita saya, tapi tak kesampaian. Kalau tak boleh sangat pun, saya mahu dia jadi jurutera. Saya memang pandang masa depan Nia dan buat tabungan serta beli insurans buatnya.


3 comments:

Azueriena said...

cantik sangat si raudah dlm cerita ular emas tu....nampak berseri2 wajah dier...teringat nur dlm cerita nur kasih tuu....baikk budi pekerti...

˙·٠•●♥ Cik Puan Mimi ♥●•٠·˙ said...

cantik si yatt ni kan, untung dapat suami pun baik, dan anak yang comel giler. heheheh

LyNn HaMzAh said...

comey sungguh anak yatt nie...ikut muka mak ayah dia la kut sebab diorang pun cantik n segak...