Hari Maal Hijrah atau Awal Muharram Ini adalah suatu hari yang penting bagi umat Islam kerana ia menandakan dua peristiwa penting berlaku dalam sejarah Islam. Pertama, memperingati penghijrahan Nabi Muhammad dari Kota Mekah ke Madinah pada tahun 622 masihi, dan kedua, ia merupakan hari keagamaan di mana umat Islam mengadakan solat sunat di masjid-masjid di seluruh negeri.
Selamat Menyambut Tahun Baru Hijrah semoga semangat Hijrah menyemarakan nafas perjuangan menegakan keADILan dan kebenaran.
Semangat Hijrah ini bukan sahaja ketika menyambut 1 Muharram tetapi ia seharusnya merupakan jalan panjang yang seharusnya dilalui oleh setiap muslim. Peristiwa Hijrah ini mempunyai seribu satu pengajaran. Islam tidak pernah mengasingkan atau datang dengan sistem 'kasta' dalam kehidupan. Semua manusia itu sama yang membezakan mereka hanya ilmu dan amal.
Sejarah Hijrah Rasullullah yang menyatukan Muhajirin dan Ansar, yang sememangnya berlainan latar belakang malah agama. Tetapi dengan semangat memperjuangkan kebenaran maka dua kaum ini bersatu.
Mari kita dalami bait2 lagu Ma'al Hijrah di bawah:
Satu Muharram detik permulaan
Perkiraan tahun Islam Hijrah
Perpindahan Nabi dan umat Islam
Dari kota Mekah ke kota Madinah
Atas keyakinan dan iman yang teguh
Kaum Muhajirin dan Ansar bersatu
Rela berkorban harta dan nyawa
Demi menegakkan Islam tercinta
Hijrah itu pengorbanan
Hijrah itu perjuanganHijrah itu persaudaraan
Hijrah membentuk perpaduan
Oleh itu mari semua
Kita sambut Ma'al Hijrah
Tingkatkan semangat
Tegakkan syiar Islam
Untuk sepanjang zaman..
Moga tahun baru ini membawa seribu keberkatan buat semua. Membawa sinar kebahagiaan buat setiap umatnya dan membawa sejuta keinsafan buat kita semua.
5 comments:
zana...
terima kasih kongsi lirik sebenar nasyid ini..
kak copy boleh...nak tambahkan lirik yang kak terlupa...
salam maal hijrah yer..
selamat bercuti..
ayu tetap keje seperti biasa...
kak ayu - ok kak...sharing is caring
ayu - salam maal hijrah kembali ayu
Salam Maal Hijrah buat Zanna & family...semoga kita berusaha menjadi lebih baik dari hari semalam ye..insyallah
Post a Comment