Followers

Tuesday, December 21, 2010

Tragedi Kemalangan Bas di KM15 - Cameron Highland

*** tengahari semalam baru je bc status FB si Ceera Moon yg dia tersekat b4 simpang pulai coz' ada bas accident.  Subhanaallah......kemalangan bas yang paling teruk di laporkan bagi tahun ini.


IPOH, 20 Dis – Dua puluh tujuh pelancong Thailand dan seorang rakyat Malaysia terbunuh selepas bas pesiaran yang mereka naiki terbalik ke dalam longkang di Km15, Jalan Cameron Highlands-Simpang Pulai pukul 11.40 pagi tadi.

Seramai 22 orang mati di tempat kejadian, empat meninggal dunia dalam perjalanan ke hospital dan dua lagi di Hospital Raja Permaisuri Bainun di sini.

Timbalan Ketua Polis Perak Datuk Zakaria Yusof memberitahu pemberita di tempat kejadian bahawa bas itu sedang dalam perjalanan turun dari Cameron Highlands ke Kuala Lumpur kerana rombongan pelancong itu dipercayai akan mengambil penerbangan pulang ke Bangkok.

Katanya siasatan awal mendapati pemandu bas itu hilang kawalan dan melanggar pembahagi jalan sebelum bas terbabas ke laluan bertentangan dan terbalik dalam longkang.

Menurutnya polis dan Jabatan Bomba dan Penyelamat yang menerima panggilan pada tengah hari telah mengerakkan 100 anggota penyelamat dalam operasi menyelamat.

Rakyat tempatan yang terbunuh itu dipercayai pemandu atau pembantu pemand bas terbabit.

Menurut sumber Tourism Malaysia pula, seramai 44 pelancong Thai menyertai pakej pelancongan ke Cameron Highlands menggunakan bas dua tingkat milik San Express Holiday dengan nombor pendaftaran AFX 2266 itu yang didaftar di Perak tetapi berpusat di Changloon, Kedah.

Pengarah Urusan syarikat itu, Sor Eng Hock yang kini berada di Bangkok kerana urusan perniagaan, ketika dihubungi berkata bahawa sebelum ini tidak pernah berlaku kemalangan melibatkan syarikat itu.

“Tak sangka jadi macam ini. Saya tak tahu punca… saya kena balik dan bincang,” katanya.

Syarikat yang didaftarkan pada 2007 itu mempunyai enam buah bas.

Ditanya mengenai bentuk bantuan kepada mangsa, Sor berkata syarikat akan merancang sesuatu.

“Buat masa ini saya amat sedih… saya memang terkejut. Saya tak tahu nak fikir atau buat apa-apa. Tapi kita akan rancang sesuatu untuk mangsa,” katanya. – Bernama

Berikut adalah senarai 24 nama mangsa kemalangan bas di KM15, Jalan Cameron Highlands-Simpang Pulai

1. Omar Shahidan, 48, pemandu, rakyat Malaysia
2. Soontorn a/l Kian, 38, (pemandu pelancong lelaki keturunan Siam Malaysia)
3. Charcart Knagsuwan, 48, (lelaki)
4. Thanvaraj Poolsang, 36, (perempuan)
5. Nutthiya Inyyim, 50, (perempuan)
6. Poonporn poolsaene, 41, (lelaki)
7. Sumruay Swatphet, 48, (lelaki)
8. Putharee Akkrarachaw Wanont, 42, (perempuan)
9. Ponethanest Akkrarachaw Wanont, 45, (lelaki)
10. Suchanchida Chaiaueai, 40, (perempuan)
11. Sriwai Swatphet, 42, (perempuan)
12. Prinya Prassakulchai, 48, (perempuan)
13. Chutima Throukool, 25, (perempuan)
14. Thitisak Pongtanarat, 51, (lelaki)
15. Junpen Pongtanarat, 50, (perempuan)
16. Phayong Kruanjinli, 59, (lelaki)
17. Ekachai Na Bangxang, 64, (perempuan)
18. Mantana Phromduag, 51, (perempuan)
19. Rung Da (perempuan)
20. Darunee Songserm (perempuan)
21. Isariya Thiangtham, 25, (perempuan)
22. Ampaiwan Thiangtham, 50 (perempuan)
23. Malinan Mekmahaprom, 53, (perempuan)
24. Achara Wiwat, 36, (perempuan)



7 comments:

Anonymous said...

tiba2 tros jadi tkt naik bas kan

norhidana said...

alahai ngerinyer wei...
teringat masa gi cameron dulu bas mmg gile2 laju je... mentang2 dia besar sembarang je dia....

♥Cik Puan♥ said...

ngerinyer...baru plan nak ikut rmbgn g ch naik bus

rasp said...

kejadian nie mmg ngeri....

* sis, tadi i cam terkezut masuk blog u...rasa cam terkonfius jap, pikir blog sapa nie :D ghupanya sebab u tukar layout hahahahaha...

Dee said...

berhati-hatilah di jalan raya kan..

sw33tdarling.com said...

mak amy baru balik dari cameron... syukur laa takde apa2 menimba dia...
Inviting You To Join Give Away PILIH THEME BLOG

Unknown said...

hadui...dasyat eh kemalangan nih....ramai lak yg mati...yg mana nak naik bas ke tpt2 tinggi ni pk2 la dulu yer..huhu