Followers

Friday, February 11, 2011

Urusan di Pejabat Imigresen.

semalam....pagi2 aku call PTD info yang aku masuk lewat ke office....and kebetulan, my big boss pun takde ke Langkawi...so...takde ler rasa bersalah sangat masuk lambat ke office kan....yang penting info PTD and CC....he he he...kalau tak sure diaorg tercari2 aku plak nanti.

So.....around pukul 9.45 am baru aku keluar rumah.........serba biru hari nie....batik biru,  shawl biru...eyeshadow pun biru......i look BLUE gitewww..........


around pukul 10 aku sampai..............pejabat imigresen kluang...kat mana? kat bangunan pentadbiran jalan kluang - ayer hitam...........sonang jer pun nak cari...tp pejabat imigresen kluang nie takde ler besar mana pun....


orang memang ler ramai.......fuh! sumer pakat nak keluar jalan2 dari malaysia gamaknyer.....tp coz' sumer aku dah prepared awal2 dari rumah.....form aku print online kat SINI...i/c pun dah photostat......and gambar 2 keping pun dah sediakan....so, just ambil no. jer......kat situ dah skip 3-4 orang gark ler kan...kira menjimatkan masa gark....dari nak kena ambil borang kat kaunter....then isi borang tu...nak photostat ic lagi....kalau yg tak bawa gambar...nak kena ambil gambar segera kat situ lagi...kan leceh..so, prepared awal2...memudahkan kerja dan menjimatkan masa korang.


aku nyer no 1067.....masa sampai tu baru sampai no. giliran yang ke 1057..means aku kena tunggu lebih kurang 10 orang jer lagi....takde ler lama...duduk ada ler dalam 15 minit kot...then, no aku di panggil....nie kira kaunter 1st ler nie.....serah borang....ambil cop jari....ukur tinggi korang...and bla bla bla.....then, bila dah complete sumer detail korang form and urusan kat kaunter 1st nie....kena tunggu plak utk urusan pembayaran.


here..kaunter untuk pembayaran...jangan main serbu jer....kena tunggu gark no. korang di panggil...tp tak lama pun...aku tunggu ada ler lebih kurang 5 minit kot......then bila dah bayar kat sini............


korang akan dpt resit nie.........sila ler tunggu 1 jam selepas pembayaran utk collect passport masing-masing yerk.  Ada yang tak tunggu kat dlm pejabat imigresen nie....pergi minum2 dulu ker.....tp aku tunggu..coz' ikut citer member2 ada tu tak sampai 1 jam pun dah siap.....so, malas aku nak pergi mana-mana.......duduk jer ler diam2 dalam nie.......


if korang tak sempat nak photostat I/C siap2...kat sini pun ada service photostat...tak sure ler plak berapa diaorg charge kan..coz' aku nyer awal2 aku dah siapka...


selain tu...tempat utk buat gambar passport segera pun ada........tapi sure tak cun kan gambar...keh keh keh....nie pun aku tak sure berapa kena bayar......baru nak tanya brother tu...dia dah angkat kaki masuk office dah...bila dia keluar balik...malas dah aku nak tanya.


after 20 minit camtu....nama aku di panggil utk collect my passport....kan dah cakap...tak sampai pun 1 jam menunggu after pembayaran...passport dah boleh collected.  So efisyen kan diaorg sekarang.....kalau dulu leceh kot....tak sure..coz' aku takde pengalaman pasal buat passport time dulu2...dengar cerita jer pun....

pukul 11.30 aku dah sampai office dah.........he he he....cepat kan.......

So.....here sedikit info untuk korang kot2 ada yang 1st time nak buat passport macam aku nie kan.....orang lain kecik2 dah ada passport....aku umur dah 28 tahun baru merasa nak buat passport.......he he he he

1) Waktu Urus Niaga :

Waktu Operasi Urusan Pasport

Isnin-Jumaat : 7.30 pagi - 5.30 petang
Bagi Pejabat Imigresen di Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur dan Labuan, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Pahang, Perak, Pulau Pinang, Perlis, Sabah, Sarawak
Sabtu-Ahad : 8.00 pagi - 1.00 petang
Bagi Pejabat Imigresen di Melaka, Negeri Sembilan (Seremban), Pahang (Kuantan), Perak (Ipoh), Selangor (Shah Alam), Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (Damansara), Johor (Wisma Persekutuan), Pulau Pinang (Seberang Jaya), Sarawak(Kuching), Sabah (Kota Kinabalu)

Ahad-Khamis : 7.30 pagi - 5.30 petang
Bagi Pejabat Imigresen di Kedah, Kelantan dan Terengganu
Waktu Operasi Urusan Selain Pasport
Isnin-Jumaat : 7.30 pagi - 5.30 petang
Bagi Pejabat Imigresen di Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur dan Labuan, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Pahang, Perak, Pulau Pinang, Perlis, Sabah, Sarawak

Ahad-Khamis : 7.30 pagi - 5.30 petang
Bagi Pejabat Imigresen di Kedah, Kelantan dan Terengganu

 2) Bayaran 

Bayaran Pasport
  • RM100.00 untuk 2 Tahun
  • RM300.00 untuk 5 Tahun
Bayaran Separuh Harga

RM150.00 untuk 5 tahun

Kelayakan Bayaran Separuh Harga
  1. Kanak-kanak yang belum mencapai usia 12 tahun semasa mengemukakan permohonan
  2. Remaja yang belum mencapai usia 21 tahun yang akan dan dapat menunjukkan bukti telah menerima tawaran melanjutkan pelajaran di institusi penggajian tinggi di luar negara semasa mengemukakan permohonan.
Bayaran Dikecualikan / Percuma
Golongan orang kurang upaya (OKU) yang berdaftar dengan jabatan kebajiikan masyarakat dan mengemukakan kad yang dikeluarkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat sebagai bukti.

Bentuk Bayaran
  1. Tunai
  2. Wang pos atau bank draf yang dipalang
  • Malaysia - Atas nama KETUA PENGARAH IMIGRESEN MALAYSIA atau PENGARAH IMIGRESEN NEGERI dimana permohonan dikemukakan.
  • Luar Negara - Atas nama SURUHANJAYA TINGGI MALAYSIA/PENOLONG SURUHANJAYA TINGGI MALAYSIA/KEDUTAAN BESAR MALAYSIA/KONSULAT JENDERAL MALAYSIA (di mana berkaitan).
Cek persendirian atau syarikat tidak diterima
3. Cara Memohon untuk kali pertama :

Cara Memohon Pasport Kali PertamaPemohon perlu mematuhi prosedur berikut:
  • Hadir di Pejabat Imigresen atau Pejabat Perwakilan Malaysia di luar negara
  • Melengkapkan borang Pasport Malaysia (IM.42-Pin.97) yang boleh didapati di kaunter pejabat pasport atau dimuat turun melalui Laman Web Imigresen secara percuma. Borang hendaklah dimuat turun dan dicetak atas kertas A4 (depan dan belakang).
  • SEMUA permohonan kali pertama harus mematuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan di bawah :
Pemohon Jika Syarat-syarat
Pemohon yang berumur 18 tahun ke atas Lahir dalam negara
  • MyKad pemohon
  • Sekiranya tidak memiliki MyKad, kad pengenalan sementara (JPN.KPPK 09 dan 11) dan Sijil lahir pemohon diperlukan.
  • 2 keping gambar terbaru berlatar belakang biru muda ( berukuran 3.5 x 5 sm)
Lahir luar negara
  • MyKad pemohon
  • Borang W/Sijil Lahir/Sijil Perakuan Taraf
  • Dokumen perjalanan yang digunakan semasa balik ke Malaysia.
  • 2 keping gambar terbaru berlatar belakang biru muda ( berukuran 3.5 x 5 sm)
Pegawai dan anggota tentera
  • Kad Tentera
  • 2 keping gambar terbaru berlatar belakang biru muda ( berukuran 3.5 x 5 sm)
Pegawai dan anggota polis
  • Kad Polis
  • Sijil lahir pemohon
  • 2 keping gambar terbaru berlatar belakang biru muda ( berukuran 3.5 x 5 sm)
Pemohon yang berumur 18 tahun ke bawah Lahir dalam negara
  • MyKad pemohon
  • Sijil lahir pemohon
  • MyKad bapa/ibu/penjaga sah (ibu atau bapa perlu hadir sama).
  • 2 keping gambar terbaru berlatar belakang biru muda ( berukuran 3.5 x 5 sm)
Lahir luar negara
  • Borang W/Sijil Lahir/Sijil Perakuan Taraf
  • Dokumen perjalanan yang digunakan semasa balik ke Malaysia.
  • MyKad bapa/ibu (ibu atau bapa perlu hadir sama)
  • 2 keping gambar terbaru berlatar belakang biru muda ( berukuran 3.5 x 5 sm)
Jika ibu atau bapa telah meninggal dunia
  • MyKad pemohon
  • Sijil lahir pemohon
  • Sijil kematian ibu/bapa
  • Surat sumpah penjaga anak oleh penjaga sah.
  • Kad Pengenalan penjaga/Pasport Penjaga (jika warga asing)
  • MyKad ibu atau bapa yang masih hidup.
  • 2 keping gambar terbaru berlatar belakang biru muda ( berukuran 3.5 x 5 sm)
Jika ibu/bapa bercerai
  • MyKad pemohon
  • Sijil lahir pemohon
  • Surat penjagaan anak dari mahkamah.
  • Sijil penceraian.
  • MyKad penjaga yang sah.
  • 2 keping gambar terbaru berlatar belakang biru muda ( berukuran 3.5 x 5 sm)
Jika ibu/bapa tidak dapat dikesan
  • MyKad pemohon
  • Sijil lahir pemohon
  • Surat Sumpah dan pengesahan dari Ketua Kampung/Penghulu yang mengesahkan ibu/bapa tidak dapat dikesan.
  • Kad Pengenalan Penjaga/Pasport Penjaga (jika warga asing)
  • 2 keping gambar terbaru berlatar belakang biru muda ( berukuran 3.5 x 5 sm
Jika pemohon adalah anak angkat
  • MyKad pemohon
  • Sijil lahir pemohon
  • Sijil anak angkat
  • Kad Pengenalan Penjaga/Pasport Penjaga (jika warga asing)
  • 2 keping gambar terbaru berlatar belakang biru muda ( berukuran 3.5 x 5 sm
Jika pemohon telah berkahwin
  • MyKad pemohon
  • Sijil nikah atau surat cerai (jika telah bercerai)
  • 2 keping gambar terbaru berlatar belakang biru muda ( berukuran 3.5 x 5 sm

 4. Maklumat Am :
  • Penggunaan perkataan anak lelaki (AL) dan anak perempuan (AP) bagi kaum India dan bukan Islam di mukasurat utama Pasport Malaysia telah dimansuhkan tetapi dinyatakan pada mukasurat 'PEMERHATIAN'/'OBSERVATION'.
  • Jika pemohon dibawah usia 18 tahun, kad pengenalan ibu atau bapa diperlukan.
  • Pasport Malaysia yang tidak dituntut selepas tiga (3) bulan dari tarikh kutipan yang dinyatakan pada resit bayaran akan dibatalkan dan dilupuskan. Pemohon yang pasportnya telah dibatalkan jika memerlukan pasport hendaklah mengemukakan permohonan baru mengikut proses biasa beserta bayaran.
  • Tiada lagi kemudahan memasukkan butir-butir kanak-kanak dalam pasport ibu atau bapa. Kanak-kanak (termasuk bayi yang baru dilahirkan) perlu memohon secara berasingan dan ibu bapa boleh memohon untuk menukar gambar setelah bayi meningkat usia 2 tahun ke atas dengan mengisi borang Permohonan Pasport (Im.42 - Pin 1/97) disertai dengan 2 keping gambar terbaru  berlatar belakang biru muda (berukuran 3.5 x 5 sm), Sijil Lahir dan hadir di Pejabat Imigresen.
  • Berdasarkan Akta Penjagaan Kanak-Kanak (Guardianship Act 1961- Pind 1999), ibu kini boleh seperti bapa membuat pengesahan bagi permohonan anak bawah 18 tahun.

So, untuk memudahkan urusan korang di Pejabat Imigresen, di nasihatkan untuk print borang online and isi borang tu awal2 dari rumah.  Sediakan sekeping photostat i/c dan 2 keping gambar terkini.  That all. So...bila sampai ke pejabat imigresen nanti...terus jer ambil no giliran coz' korang kena ambil no. giliran selepas korang melengkapkan borang permohonan...tak boleh ambil no giliran dulu baru hegeh2 nak isi borang. 



11 comments:

Su Hana said...

bagus2 aku baru nak p buat sabtu/ahad ni..hehe gud info zana! senang sket keja aku ni...ko dah mula tuko duit ke? apa2 jgn lupa email aku sama tau..

Zana_MamaBatrice said...

sue - sharing is caring my dear....he he he..duit belum tukar lagi....insya allah by next week kot...aku tengah pening nie..nak naik KL camner....if naik Kl pagi 1hb tu ok tak....sempat kot kejar flight kita kan...

Cik Nurul Pinky said...

Salam kak zana..bagus info akak..akak, kalau nurul kan jgn akak naik kl last minit ye sebab mcm-mcm boleh terjadi cthnya jem ke apa..pengalaman nurul Airasia sangat cerewet even hal kecil pun..penah tau kitaorang terlambat 2 minit sahaja tapi dah rezeki rupanya fendi dah online check in sebelum tu so drop beg aje...mak mertua nurul pun penah tertinggal flight..so kalau pandangan nurul baik akak sampai kl sebelum hari penerbangan..

rasp said...

mmg servis dorang skarang dah mantops kan... bagus gini...
and info u pun cukup lengkap...
thx for sharing...

Redbloodsnow said...

CUBALAHHHH KAT KUCHING ADE GAK SEDIAKAN KHIDMAT PASPORT INSTANT PHOTO TUH. KAN BEST ^_^ NGEEE

Hirda Ibrahim said...

bagus ko, details.

attyfir said...

Salam zana..entry ni cukup detail utk sapa2 yg nak buat pasport tuk 1st time..thanks sesangat.

Jom baca: Senyum Lebar

hanees said...

TQ kak...info kak sgt2 membantu...nak buat gak lah....tp nk g mane ek...hehehe

Maya Mayana said...

waa mesti dh tk sabar nak gi nyopping tu,shopping jgn sampai hilang yer zana...susah nanti aku nk cari pak polisi kat sana maklum takde yg kenal..hehe...jom buat aiskrim utk batrice...

˙·٠•●♥ Cik Puan Mimi ♥●•٠·˙ said...

lengkap betul entry ni. suker akak baca. nanti kaalu zana nak tukar pasport untuk kali kedua, lg senang procedur dia tau. just masuk dalam mesin jek tau. heheh

Anonymous said...

bagus btol info ni
mcm kt blog mamatisya
bole wat rujukan
kwl pasni nk wat paspor hhehe