Followers

Friday, March 25, 2011

JAWAPAN DARI PEMILIK KLUANG RAILCOFFE/RAILWAY

Sumber : hazrey

Sejak 1938, mereka sudah berniaga di stesen keretapi daerah Kluang dan rata rata majoriti pelanggannya adalah umat Islam.

Penyebaran maklumat mengenai wujudnya kandungan babi dalam kopi mereka turut memberi impak kepada bisnes kopitiam itu apabila berlaku penurunan jumlah pelanggan beragama Islam malah pemiliknya yang aku hubungi jelas menggambarkan kekecewaannya.

"We have been in business for 73 years, and it is stupid for us if we were to add such prohibited element to our coffee.

"It will be a huge disrespect to our Muslim customers who have been our patrons eversince," katanya.

Dia turut menerima sms mengenai desas desus itu malah turut bergegas ke Jabatan Agama Islam Johor bagi mendapatkan kepastian dan laporan analisa sebagaimana yang didakwa.

Menurutnya, 95 peratus pekerjanya beragama Islam dan begitu juga dengan tukang masak mereka.

Ketika berada di Jabatan Agama Islam Johor bagi mendapatkan kepastian dua hari lalu, pemilik kopitiam itu bagaimanapun gagal memperolehi keputusan analisa yang dikatakan sudah dihantar Jabatan Kimia kepada jabatan itu.

Dan hari ini (Jumaat) pemilik kopitiam itu dijangka bertemu dengan seorang pegawai Jabatan Agama Islam Johor dan apa jua hasil perbincangan itu, dijangka dapat membuka jalan kepada penyelesaian isu ini.

"It is unfair for us. Kami sudah dihukum (melalui penyebaran di laman sosial) biarpun kami tidak mengetahui sebarang maklumat keputusan analisa itu untuk kami melakukan satu tindakan segera. Kami tidak boleh bertindak berpandukan apa yang diperkatakan di laman sosial semata mata tetapi ia sudah menghukum kami.

"Kami sentiasa prihatin terhadap apa jua kandungan yang digunakan dalam penyediaan makanan serta minuman untuk pelanggan memandangkan majoriti yang mengunjungi kafe kami beragama Islam.

"Kami bukan ahli kimia dan ia berkemungkinan dari bekalan yang kami terima dari pihak ketiga namun apapun, kami perlu melihat keputusan analisa itu untuk tindakan selanjutnya," katanya.

Pemilik itu yang fasih mengenai tuntutan Islam melalui perbualan telefon itu tidak menolak kemungkinan untuk melakukan samak dengan segera jika benar terdapat kandungan haiwan yang diharamkan Islam. Beberapa pakar perundingan proses halal sudahpun dihubungi malam tadi bagi bersiap sedia jika keputusan yang diperolehi tidak menyebelahi mereka.

Dia yang masih terkejut dengan perkembangan itu turut berkata, jika benar terdapat kandungan seumpama itu, dia merasa amat kesal kerana dia turut menjadi mangsa kepada pihak ketiga yang membekalnya bahan yang mengandungi gelatin haiwan itu.

Dia juga tidak menolak kemungkinan untuk memberikan penjelasan rasmi melalui media sebaik bertemu dengan pegawai Jaij dan pakar perunding Halal nanti.

Aku sempat berbual dengan Ustaz Azhar Abdullah mengenai isu ini dan dia memberikan satu persoalan yang boleh diperbincangkan antara najis (impure) dan taahir (pure). It is the question of the fiqh principle of Istihala. (wallahualam).

What is gelatin? As Oxford dictionary of science defines: "A colorless or pale yellow, water-soluble protein obtained by boiling collagen with water and evaporating the solution. It melts when water is added and dissolves in hot water to form a solution that sets to a gel on cooling."

Apapun, kita perlu menunggu apakah hasil perbincangan antara pemilik premis itu dan pegawai Jaij hari ini (jumaat) seperti yang di tulis di Harian Metro.


12 comments:

InaAchik said...

salam zana...
thanks for good info ya dear...

psssttt... yess, i pon keliru sgt dah ni. tapi, kalo dah was2, baik xyah jerlakan... byk lg pilihan yg kite ade. cam OldTown pon sama. saya dah tak pegi dah...

nway, salam kenal... :)

ZanaNordin said...

InaAchik - nampaknya issue jadi makin complicated.

betul tu..if dah was2...baik ler tak payah pergi....bila dah SAH HALAL, baru ler pergi makan kat situ yerk...

salam kenal kembali and thanks singgah sini

Anonymous said...

aku mmg xmnm kopi
tapi aku baca dlm roti dia pon ada kandungan menda2 haram
hrp2 tu seme tak btol la..
aku dah la suke
roti bakar dia

ZanaNordin said...

Nana - kopi dia sedap nana...tp since dah jadi mcm nie...mmg takkan ku jejak lah kan..

bab roti tu coz' madu dia ada kandungan alkohol nana.

auwcak said...

aduhaiii....masih tiada kepastian lagi kan?...

ZanaNordin said...

Alyn - ntah ler...
padahal pejabat agama dah keluarkan statement keputusan ujian kimia tu kat dlm Harian metro

☆ lieya latif ☆ said...

kecoh laa kluang pasal isu ni yeak zana...mane2 francise kluang railway yg ade kat sekitar negara mcm kat ikano ke tesco ke sure kerugian kan......huhuhu....

Dee said...

aku respek owner dia..ada kesungguhan dalam memperbaiki mutu halal haram makanan yg dijual..dari kafe lain yg bila dpt status haram..tp tak buat apa2..

attyfir said...

kesian lak kat owner...bila timbul isu gini mesti kerugian..

tp bak kata owner..pihak yg menjual ler salah dlm hal ni ..ada betul jugak..

cam kita dah timbul keliruan baik x yah pergi dah..

Hazrey said...

Salam Zana, nanti saya nak kirim kopi cap Televisyen. :) Kopi tu confirm halal.

aNiM said...

saya pun suka mkn roti bakar kt situ dulu.siap tapau kaya dia bwk balik u.bagi pulak kwn2 mkn sama.huhu.

kopi pun saya minum.slalu beli serbuk kopi berkilo2 sbb bapa saya suka kopi stesen kluang tu.

hadoi..skrg dh was2.buat la kaya homemade jeeee..

sW33tdARLiNG said...

alahaii...

nanti update tau.. kopi kat umah tu tak buang lagi tu..