Followers

Saturday, April 2, 2011

Naik Lagi!

naik laggggiiii..........berkuatkuasa mulai hari ini ( 2 April 2011) RON97 naik lagi 20 sen. Means..harga terbaru adalah RM2.70....pengsan!


cepat betul naiknya.....baru 2 bulan lepas naik....nie naik laggiiiiiiii.......

Menurut sumber, kenaikan harga minyak RON 97 ini di sebabkan kenaikan harga minyak mentah kepada US$ 114 dari US$105 akibat situasi yang tidak menentu di Asia Barat.
lepas nie pakat pergi kerja tolak kereta jerrrr.....................hu hu hu hu

RON 97 Naik 20 Sen Tengah Malam Ini (Jumaat)
PETALING JAYA: Harga petrol RON 97 sekali lagi dinaikkan dan kali ini sebanyak 20 sen - menjadikan harganya RM2.70 seliter selepas tengah malam Jumaat.
Harga RON97 sekarang ialah RM2.50 seliter.
Kali terakhir ia dinaikkan ialah pada 4 Januari lalu iaitu sebanyak 10 sen. Sebelum itu ia telah pun mengalami kenaikan iaitu sebanyak 15 sen pada 1 Disember tahun lalu -menjadikan harganya mencecah paras RM2.30 seliter dan kemudian RM2.40 seliter mulai awal Januari.
Bagaimanapun, harga minyak petrol RON 95 kekal pada paras RM1.90 seliter.
RON97 kini tidak lagi dikawal oleh kerajaan dan diapungkan mengikut harga pasaran. Walaupun ia tidak lagi di bawah kawalan kerajaan, namun kerajaan masih memberi subsidi antara 17 sen hingga 18 sen seliter.
Semalam (Khamis) dalam pertemuan dengan pengarang-pengarang kanan media, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Ismail Sabri Yaakob berkata kerajaan tidak berhasrat menaikkan harga petrol RON95 pada waktu terdekat ini walaupun berlaku kenaikan harga minyak global.
Katanya, tahun lalu sahaja jumlah subsidi yang ditanggung oleh kerajaan untuk petrol dan diesel sahaja mencecah RM7.61 bilion.
Untuk tahun ini katanya, jumlah itu dianggarkan mencecah RM10 bilion dan mungkin akan naik kepada RM14 bilion seandainya kerajaan pertahankan harga RON95 pada paras sekarang untuk tempoh sepanjang tahun.

sumer : MStar Online

8 comments:

Unknown said...

selamat pagi sabtu zana..
aduh...kak dapat jangkakan sebab time jepun tsunami..sure semua naik..

pengsan ko..

Achiq said...

Minyak asyik naik.. bonus kita orng tak pernah naik2...
eeeee...tak faham syarikat aku ni...

Zu said...

pki kereta sorng la pasni.. :)

ieda said...

aduhhh ashik naik jer ... sakitnyaaa lah hai .. mana yg miskin bertambah miskin , susah .. huhuh apa lah nak jadi .. letih tul ..

kalau minyak dunia turun .. kerajaan x turunkan pulak rege minyak tuu .. maintainnnn jer .. asal !! huhuhu

kalau minyak naik barang lain sure akan naik jugak huhuhuhu

norhidana said...

mmg nk nangis, nsb aku gune ron95 je... tak sanggup nk gune ron97 lg skrg nih... sejak asik naik je... ush seram

Maya Mayana said...

naik beskal je semua mcm kat china,krg ckit kemalangan di jln raya...emm zana contest pic hitam putih plg cool tu dh umum pemenang belum yerk? lg satu user profile ko byk guna satu emel ke byk emel...ajar sikit...

attyfir said...

pengsan lor gamaknya asik naik je..

Anonymous said...

ntah la kan...
apa bole buat..
klw xbeli minyak
xjalan la kete
terima kasih kerajaan