Followers

Tuesday, May 17, 2011

Terbaru : SUTERA BIDADARI (Sekual Cinta Epik karya Ramlee Awang Murshid )

Novel terbaru karya Ramlee Awang Murshid (RAM) dah keluar.......
yup dear....aku mmg sangat2 menanti garapan terbaru dari RAM nie..


SUTERA BIDADARI


hasil nukilan terbaru RAM. Sambungan dari novel CINTA SUFI

Trilogi Cinta Epik hasil karya RAM yang sangat2 menarik untuk di ikuti.  Bermula dengan novel pertama nya


 Sinopsis :
Haryani dan Laksamana Sunan... saling jatuh cinta. Pertemuan kedua insan ini dalam satu dimensi di luar batas jangkauan manusia , malah sukar diterima logik akal. Mereka dari zaman yang berbeza.
Haryani terperangkap dalam perkelahian antara kebaikan dan kebatilan manusia. Perjalanan yang panjang, penuh ranjau dan cabaran membuatkan Haryani dan Saifudin mendiamkan sahaja cinta yang terpendam.
Dani... pertama kali melihat Haryani yang terlantar koma di hospital terus jatuh hati. Dia berusaha membawa haryani kembali semula ke abad 21.
Antara dua lelaki , Haryani terpaksa membuat pilihan. Antara dua nyawa dalam jasadnya; sama ada tinggal bersama Laksamana Sunan pada penghujung kurun ke 15 atau kembali semula ke abad 21. Tiada dua kehidupan dalam zaman yang berlainan. Salah satu kehidupan itu mesti mati.
 
" Apabila hujan turun , melimpahlah air dari perbukitan , aliran menujah ke batu , melekuk tanda waktu beralih, seiring nyawa menghanyut usia, sejalan nafas melangkah ke hujung "

dan kemudian CINTA SANG RATU




Sinopsis :
Akhir kurun ke15 : Ratu Sulaman terus memerhatikan kerumunan orang ramai. Dia tertinjau-tinjau dan mengharapkan Laksamana Sunan segera bangkit.  Seketika tadi, dia berjaya melepaskan sebilah anak panah tepat ke belakang lelaki itu. Jantungnya kini bagai direntap kasar apabila melihat jasad Laksamana Sunan diusung beramai-ramai. Hatinya rawan teringatkan ucapan lelaki itu kepadanya :

"sebagai manusia, aku sayang kamu"

Awal abad ke-21 : Bersendirian di bilik tidur, Haryani meraih ingatannya kepada Dani. Lelaki yang telah menyelamatkan nyawanya itu kini hilang sewaktu tsunami melanda Acheh.  Harapan untuk Dani hidup amat tipis.  Tidak mungkin Dani selamat dari badai ombak besar itu. Hanya kata-kata Dani sahaja yang menjadi pengubat rsahnya.

"Haryani, walau apapun yang berlaku, saya tetap mencintai dan menyayangi awak"

Dua wanita dari dua zaman ditakdirkan mencari lelaki-lelaki yang pada mulanya mereka benci. Dan, akhirnya bertemu dengan orang yang di cari. Namun, apakah lelaki-lelaki yang ditemui itu masih memegang kata-kata mereka sebagai satu janji?


"Cinta Sang Ratu laksana langit mencengkam purnama, ibarat mutiara di lautan biru saujana mata memandang, seluas langit terbentang. Tatkala cinta berbisik, suaranya memuji TUHAN pabila rindu terusik, rasulnya jadi pilihan.  Sampai masanya cinta jadi taruhan Sang Ratu menjadi impian"


di ikuti HIJAB SANG PENCINTA


 
Sinopsis : 
RASA rindu terhadap keluarga menggamit hati Saifudin merentasi Tanah Sumatera untuk pulang ke Punggor, Tanah Melayu. Namun, kejahatan seolah-olah memburunya. Setiap langkahnya dibayangi halangan yang tak berkesudahan.

Berita kepulangannya di Tanah Melayu sampai ke pengetahuan Sultan Melaka. Kemarahan baginda kerana tidak dapat mengahwini Haryani menyebabkan dia mula menjadi buruan orang istana.

Saifudin lari ke gua. Di situlah bermulanya satu lagi keajaiban. Jasadnya berpindah merentasi hijab masa untuk sampai ke abad 21. Sekali lagi Saifudin bertemu dengan Haryani dan kisah cinta yang melangkaui masa mekar semula.

Namun, kejahatan yang senantiasa mengiringi setiap injak kakinya masih mengekori. Kali ini tebakan musuh durjana mengakibatkan sengketa yang tercetus di langit berlaku lagi.


di sambung ke CINTA SUFI



 Sinopsis : 
Pilu hati saat dikhabarkan suaminya gugur di medan perang. Catalina rebah tidak sedarkan diri. Sebaik terjaga, dia membicarakan hajatnya ke Hulu Melaka. Ingin mencari 'lelaki bertanduk dua'.

 Tanpa diduga, takdir menentukan Laksamana Sunan lelaki yang dicari Catalina. Malangnya, Laksamana Sunan bukan lagi wirawan. Kudratnya lenyap dan ditawan penjajah yang menakluk Melaka.  Hampir dibunuh musuh, dia di selamatkan oleh cinta yang dipendam Luna.

Laksamana Sunan, Catalina dan Luna........, bukan sekadar terperangkap dalam perjalanan yang berliku, malah terkurung dalma cinta tiga segi yang terlafaz dan tersembunyi.
sapa-sapa yang tak mengikuti sekuel novel nie.....akan rasa rugi sangat2.......macam aku, setiap kali sambungan nya keluar....aku cepat2 nak pergi beli...tak sabar nak tahu kesinambungan cerita cinta Laksamana  Sunan.

and now...aku sedang dlm proses mengkhatamkan SUTERA BIDADARI plak. Baca novel RAM nie nak kena dlm keadaan tenang .....fikiran lapang...coz' bila serabut...apa yang di baca tu tak tercerna dek fikiran.....susah nak cari hujung pangkalnya.....coz' setiap cerita tu berkait-kait.

Ok...aku kasi sikit yerk pasal SUTERA BIDADARI :

Saifudin – Muncul semula dari Tasik Hulu Melaka setelah 6 purnama dalam pengawasan dan rawatan Hang Tuah. Pengambaraan pun bermula ke Negeri Atas Angin untuk memburu Taghut durjana. Pelayaran telah mengundang banyak pancaroba. Namun, dia tetap berazam dan bertawakal memburu musuh yang telah banyak menyesatkan manusia.
 
Raja Roman – Setelah Sang Petala berlepas diri, Taghut terkapai-kapai hilang kesaktian. Lebih mendukacitakan apabila dia kematian permaisurinya… Sutera. Namun, dia masih berazam untuk menghapuskan Laksamana Sunan sehingga ke hujung nyawa.
Makhluk Sumpahan – Sang Dewi muncul akibat sumpahan Maharani Pulau Utara sebelum kerajaan itu runtuh suatu waktu dahulu. Sang Dewi menyeru nama Saifudin menerusi lontaran suara naluri. Sang Dewi kerap memerangkap Saifudin ke alam tidak berdinding.
 
Saifullah – Pada abad ke 21 ini, dia memburu sisa kejahatan yang berlanjutan dari tahun 1511. Abid Kamal dan Shahril turut menyertainya kerana Saifullah mirip Saifudin yang pernah hidup pada tahun 1511.
Ramlee Awang Murshid – Sutera Bidadari, bukan hanya mempamerkan aksi lasak yang menguja pembacaan, malah turut memanipulasikan emosi kerana karya kali ini menggabungkan kedua-dua elemen yang tidak terungkai sehinggalah ke noktah terakhir.
 
"Rupa-rupanya........hidup selepas mati, jauh lebih panjang dan lama, berbanding hidup sebelum mati "





8 comments:

puan nina said...

sy tak baca lagi no 1..hehe.ngan no 4

tgh baca yg terbaru tu.. =)

mummysyafie said...

teringin nak baca novel lagi, skrg dah tak sempat nak belek novel

rasp said...

uissshhhh sesungguhnya u mmg minat novel RAM nie ya sis...
aduhhh kalo sambung2 nie jenuh gak i nak follow...drama bersiri tak terfollow inikan novel plak hehehehe

Citarasa Rinduan said...

zana.......

kak ayu dh beli minggu lepas...
aa 4 novel termasuk novel sutera bidadari...
mmg sengaja biar dahulu.....
maklumlah demam...
kalau baca.. tak feel..
heheheheh.....

esok pi teman en zalie ke hospital kak ayu nak baca...

norhidana said...

waaaa mmg ku tungu2
rasnyer 2minggu lps ada adik aku bgtau psl novel nih tp aku duk cari2 kt mph tp tak jumpa...

aku mmg ada sume novel RAM... dr dulu2 lg wei, antara novelis lelaki yg paling aku minat,,,

sW33tdARLiNG said...

aiihhh semua cover tayang mata jerk... kebetulan ke...?

~cik emmie~ said...

suke sangat2 pentalogy Bagaikan Puteri nih...:)

Syn Akma said...

sy baru beberapa minit habis baca cinta sufi. ingatkan ini episod yg last rupanya ada lagi..haha tak sabar nak serang kedai buku cari sutera bidadari