Tazkirah Jumaat.
Istimewa buat sahabat2 yg telah berkahwin atau dalam perancangan :)
semoga menjadi isteri solehah.. insyaAllah... Kpd para suami, ley share
dgn isteri tercinta, ya ...
-ADAD BERHADAPAN DENGAN SUAMI
Kehadiran suami di rumah merupakan satu rahmat kepada setiap isteri.
Hanya isteri-isteri yang menderhakai suami sahaja menganggap
keulangannya suatu yang dibenci kerana dibebani dengan berbagai kerja
dan tanggungjawab. Amat malang sekali jika ramai lagi isteri-isteri yang
masih bersikap sedemikian. Hilanglah matlamat perkahwinan di mana
isteri sebagai penenang dan penyeri rumahtangga.
Di bawah ini dinyatakan cara-cara berhadapan dengan suami.
1. Semasa suami bercakap hendaklah isteri diam mendengarnya dan jangan suka menyampuk atau memotong cakapnya.
2. Bila suami marah hendaklah isteri mendiamkan diri, jangan suka Sikap
suka menjawab, bertekak dan menegakkan kebenaran sendiri akan
menambahkan lagi kemarahan suami. Jangan terkejut jika suami angkat kaki
meninggalkan rumah berhari-hari atau tidak mahu bertegur sapa dengan
anda sebagai denda di atas kedegilan anda sebagai isteri. Sebaliknya,
kalau suami kembali ke rumah jangan disambung atau diulang-ulangi cerita
lama. Sambutlah suami dengan senyuman kasih sayang dan bersegeralah
meminta maaf. Jangan kita tunggu suami meminta maaf dengan isteri,
jatuhlah martabat keegoannya selaku seorang lelaki.
3.
Kadang-kadang si suami sengaja suka mengusik isterinya. Bila dia
menyakiti hati isteri hendaklah banyak bersabar,jangan cepat merajuk.
Merajuk adalah sifat orang yang tidak matang dan seperti perangai
keanak-anakan. Cuba kita perhatikan perangai kanak-kanak, mereka akan
cepat menjerit bila ada sesuatu yang tidak kena tambahan pula kalau yang
menegurnya itu ibunya sendiri. Sengaja dihentak-hentakkan kaki meraung
sekuat hati meminta simpati dari ibunya.
4. Bila kuku, misai
dan janggutnya panjang hendaklah segera dipotongkan (jika panjang
janggutnya lebih dari segenggam).Pilihlah hari-hari yang terbaik iaitu
hari isnin, Khamis dan Jumaat.
5. Jika dia berhajat sesuatu
hendaklah isteri cepat bertindak. Bangun segera bila disuruh. Jangan
melengah-lengahkan kemahuannya supaya tidak mencetuskan kemarahan atau
rasa tersinggung dihatinya. Jangan isteri buat acuh tak acuh, hatinya
akan kecewa dan menandakan isteri sudah tidak taat padanya.
6.
Hendaklah memasak mengikut kesukaan suami bukannya ikut selera isteri.
Kalau suami suka makan gulai kari atau masak lemak cili api, janganlah
kita masak lauk asam pedas atau ikan goreng. Suami akan gembira bila
seleranya ditepati. Janganlah pula ikan yang menjadi mangsa, diketuk
lengkang-lengkung hingga hancur kerana meradangkan sikap suami yang mahu
lauk tersebut dimasak mengikut seleranya sedangkan isteri tidak
menggemarinya.
7. Apabila pakaian suami koyak atau tercabut
butangnya hendaklah segera dijahit. Jahitlah dengan secantik yang boleh
supaya pakaian itu kelihatan cantik. Jangan dibuat sambil lewa kerana
jahitan tersebut akan melambangkan peribadi isteri samada ikhlas atau
terpaksa. Semua suami akan berasa bangga jika pakaiannya dijahit sendiri
oleh jari-jemari halus isterinya, sekurang-kurangnya dapat menampung
ekonomi rumahtangga.
8. Sentiasa sediakan barang-barang
keperluan di dalam poket baju dan seluar suami iaitu sikat, celak,
cermin kecil, minyak wangi dan kayu sugi. Tidak menjadi kesalahan
seandainya si suami menolak segala persediaan tersebut tetapi
sekurang-kurangnya sediakanlah minyak wangi dan kayu sugi.
9.
Bila bertembung kehendak suami dan anak-anak,dahulukanlah kehendak
suami, begitu juga dengan kehendak ibu ayah. Sekiranya suami ingin
dilayan hendaklah ditaati meskipun isteri berada di dalam keadaan letih.
Melayani suami merupakan satu pahala besar keatas setiap isteri
kecualilah jika suami kita meredhainya.
10. Apabila menggunakan
harta suami ataupun duit yang hendak kita hadiahkan kepada ibu bapa
maka mintalah izin darinya terlebih dahulu. Jangan beri dahulu kemudian
baharu diberitahu kepadanya. Siapa tahu mungkin wang itu amat diperlukan
sedangkan isteri sewenang-wenangnya telah menghadiahkan kepada orang
lain, suami dapat pahala sedangkan isteri tidak dapat apa-apa.
Sebenarnya meminta izin itu ialah sebelum melakukan sesuatu tindakan
bukannya setelah perkara itu berlaku diberitahu. Ini silap sebenarnya
tapi kes-kes seperti inilah yang sering berlaku di kalangan para isteri.
11. Sentiasa berada di dalam keadaan bersih dan kemas ketika suami
berada di rumah. Isteri hendaklah berada di dalam keadaan
berwangi-wangian supaya hatinya senang untuk bersenda gurau dengan
isterinya. Ketahuilah bahawa bersenda gurau antara suami isteri juga
merupakan salah satu ibadah yang diredhai oleh Allah swt.
12.
Air minum suami hendaklah sentiasa disiapkan jangan sampai dia minta
biarpun sekadar air masak sejuk. Sebaik-baiknya sediakanlah minuman
panas seperti kopi, teh atau susu. Air panas elok disimpan di dalam
termos supaya memudah dan menjimatkan masa kita. Kalau boleh sediakan
kuih-kuih ringan seperti karipap, cucur, bubur,apam ataupun biskut
kering. Hal ini juga dapat mengelak anak-anak dari membeli makanan
ringan di kedai yang tidak mengandungi zat di samping tidak terjamin
kebersihannya.
Dan pesanan terakhir, isteri hendaklah sentiasa
menghormati dan memuliakan keluarga suami. Bersikap ramah-tamahlah
dengan keluarganya dan bersabarlah di atas segala tindakan mereka jika
ada yang bertentangan dengan syariat. Di sinilah peranan isteri untuk
berdakwah kepada mereka tetapi biarlah berhikmah dan kena caranya agar
setiap tindak-tanduk kita dikasihi dan dihargai oleh mereka seterusnya
menjadi menantu atau ipar yang dicontohi akhlak, peribadi dan
ibadahnya...
4 comments:
yup..betul tu.. syurga isteri terletak di bwah telepak kaki somi
kaum isteri senang nak ke syurga tapi senang gak nak ke neraka kan sis....
Sesungguhnya pakaian seorang isteri itu adalah sabar & taat.. ;) TQ dear share this info..
banyak benda yg kita pandang remeh. diharap suami dapat bertolak ansur dan mmemaafkan kekhilafan isterinya itu....
Post a Comment