Setengah Bulan Gaji Kakitangan Awam | Kuala Lumpur:
Datuk Seri Najib Razak hari ini mengumumkan kerajaan bersetuju membayar bantuan hari raya setengah bulan gaji dengan bayaran kepada penjawat awam bagi menyambut Hari Raya 2013 di parlimen hari ini.Perdana Menteri menyatakan, perbincangan akan dibuat bagi menetapkan tarikh bayaran bantuan raya ini dimana berkemungkinan bayaran akan dibuat pada 25 jul ini atau 1 ogos, katanya dalam kenyataan.
Pemberian bantuan dan bayaran khas berkenaan akan memanfaatkan seramai 1.27 juta penjawat awam persekutuan. Najib berkata, pemberian bantuan raya setengah bulan gaji itu dibuat berdasarkan kedudukan dan kemampuan kewangan kerajaan.Katanya, bayaran itu akan membabitkan anggaran perbelanjaan RM1.6 bilion.
Perdana Menteri berkata, pemberian bantuan raya ini adalah penghargaan kerajaan kepada seluruh penjawat awam dan pesara kerajaan.Kerajaan sentiasa prihatin dan sangat menitik beratkan kebajikan penjawat awam dan pesara kerajaan, katanya lagi.Beliau berharap langkah itu dapat membantu mereka membuat persediaan menyambut Aidilfitri. Najib berkata, pembayaran bantuan raya kepada penjawat awam ini bagi menghargai sumbangan dan dedikasi mereka dalam melaksanakan program pembangunan negara.
— at Jabatan Perkhidmatan Awam Putrajaya.
8 comments:
betul ker ni?heee
muka nampak lain la,produk apa tu?..hehe *org len tnya bonus..kita tanya lain plak*
alhamdulillah rezki u tu sis....
alhamdulillah, setengah bln pun ok gk tuh.... blh bt belanja time raya n pas raya...
makin berseri2 muke ko lah zana, baju lace tu cun lah
dapat info dr sumber mana satu ni? just asking...
Kerajaan bru umum bonus utk felda. Bonus PA xda lg umum. sumber astro awani
Tu tudung brand ape sis?
Btul ke jgk ni? Sumber dr mana?
Post a Comment