Followers

Thursday, October 21, 2010

Jerebu

pemandangan sepanjang perjalanan ke offfice aku pagi nie.


fuh.....boleh tahan gark kat area renggam jerebu nyer nie.....

2010/10/20

KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, menasihatkan pihak pentadbiran sekolah di daerah Muar, Johor, untuk menutup sementara sesi persekolahan berikutan keadaan jerebu yang berada pada tahap bahaya di daerah itu.

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata, langkah itu perlu bagi mengelakkan situasi jerebu yang berlaku memberi kesan buruk kepada kesihatan pelajar. 

"Kalau ia sudah sampai tahap bahaya, maka pihak pentadbiran, pengetua atau guru besar sekolah boleh mengambil langkah untuk menutup sekolah untuk sementara. 

 "Itu kalau sudah mencecah (bacaan IPU) 400, sudah dianggap bahaya, maka mestilah ditutup, sehingga situasinya bertambah baik," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Khas bersama Majlis Keselamatan Negara berhubung situasi jerebu di Muar, di pejabatnya di Bangunan Parlimen di sini hari ini.

Masalah jerebu di daerah Muar yang berlarutan sejak beberapa hari lalu bertambah serius apabila bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di daerah itu pada 11 pagi tadi mencecah tahap 432, iaitu dalam kategori bahaya.

Bagaimanapun, bacaan IPU di stesen pemantauan kualiti udara di tempat lain setakat ini berada pada tahap baik dan sederhana.

Muhyiddin berkata, walaupun bacaan IPU turun bawah paras 300, sekolah di daerah berkenaan masih dinasihatkan untuk tidak menjalankan sebarang aktiviti kokurikulum di luar kelas.
Sementara itu, Jabatan Alam Sekitar (JAS) telah menghantar 10,000 unit penutup mulut dan hidung ke daerah Muar hari ini untuk diagihkan kepada penduduk terutama ke sekolah-sekolah.

Selain itu, bekalan air mineral juga akan dihantar untuk memastikan penduduk mendapat bekalan air bersih.

Muhyiddin berkata, Majlis Keselamatan Negara (MKN) juga mengaktifkan Jawatankuasa Pengurusan dan Bantuan Bencana Pusat bagi memantau dan mengawal keadaan jerebu selain menggerakkan semua jawatankuasa di peringkat negeri dan daerah yang terbabit.

"Langkah yang pertama adalah untuk memaklumkan kepada penduduk daerah Muar,
maklumat ini kita kena maklumkan supaya langkah-langkah untuk mengawal kesihatan ini diambil oleh penduduk yang berada di daerah Muar terutama tentang pemakaian topeng mulut," katanya.

Sementara itu, katanya, Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Douglas Unggah Embas, juga berhubung dengan rakan sejawatnya dari Indonesia untuk memohon kerjasama bagi mencari penyelesaian bersama berhubung perkara itu.

Katanya, Malaysia juga bersedia untuk menyediakan sebarang bentuk bantuan termasuk bantuan logistik bagi memastikan keadaan itu tidak terus berlarutan.

"Menurut laporan yang kita terima, ia (jerebu) berpunca dari sana (Indonesia), ini bukan kita mahu buat tuduhan tapi kita mahu langkah diambil sebelum merebak dan memberi kesan lebih buruk kepada Malaysia," katanya. - BERNAMA

21 comments:

☆ lieya latif ☆ said...

tu le musim jerebu mai lagi hah...patut pun cuace pun panas semacam kan.....aduh tak tahan tang panas tuh......aircond pun cam tak rase jek....

norhidana said...

teruk betul ye jerebu kt sana zana, dgr gk kt radio kata dh tahap kritikal tuh... sbbnyer dr mana yek... dh la tak ujan kn... sian tul lah, kt kl yg selalu jerebu pun nih tak sgt lah sbb skrg ujan gk

Anonymous said...

Sampai ke Melaka jerebu tu sampai Zana..anak2 kecik pun jangan bagi main luar dik,nanti mudah kena batuk @ semput

eB ezrin said...

takotnyer... musti byk penyakit tuh... ;p

sw33tdarling.com said...

kena hati2 driving bila jerebu.. tak boleh bawak keter laju2, kang tak sempat nak tgk objek kat depan...

Anonymous said...

boleh buat tajuk cerita baru "jerebu di hati umi"..lalalalala..

beli topeng siap2..leh feeling2 otomen.. :)

LyNn HaMzAh said...

kat JB pun dah start ada jerebu dah zana...huhuhuhu...nie qistina batuk2 plak...mungkin sebab jerebu la nie...

rasp said...

tu laaa terkezut gak dengar news Muar kena tutup skolah tu...
isk isk isk...tengok gambar nie baru tau mmg teruk jerebu tu sis...

attyfir said...

tulah..dah musim jerebu..cocer pun skrg panas..kena jaga kesihatan nie.

Zaidah said...

area JB pun jerebu dah beberapa hari...kekadang hujan pun still jerebu lagi...tadik kat tempat parking ade pembakaran terbuka...menyumbang lagi kepada jerebu...

zAnNa@mAMaBaTriCE said...

Lieya - mmg panas pun ko..mlm2 tido aku berpeluh2 kalau tak buka aircond...tp bila buka aircond, budak kecik tu asyik terbabas jer ngompol.

zAnNa@mAMaBaTriCE said...

Dana - yg teruk kat muar ler....sampai sekolah pun di arah tutup coz' bacaan dia tinggi ko

zAnNa@mAMaBaTriCE said...

Kak emy - tu kesan dari muar ler tu kan..

zAnNa@mAMaBaTriCE said...

Dana - katanya dari pembakaran di sumatera....

zAnNa@mAMaBaTriCE said...

AB - batuk, lelah menjadi2 ler time nie

zAnNa@mAMaBaTriCE said...

Amy - betul tu amy....kena slow..coz' tak nampak keta dari depan

zAnNa@mAMaBaTriCE said...

MDT - ha ha ha...sesuaiiiiii gitewww

zAnNa@mAMaBaTriCE said...

Kak lyn - time2 mcm nie...jgn biarkan bebudak main kat luar kak....bahaya cepat kena batuk and asthma...

zAnNa@mAMaBaTriCE said...

sis rasp - paling teruk muar ler sis...

zAnNa@mAMaBaTriCE said...

kak atty - time2 nie senang jer nak kena penyakit esp lelah kan kak

zAnNa@mAMaBaTriCE said...

Kak Zaidah - alahai...lagi ler menyumbang...sapa ler yg pandai sangat tu buat pembakaran terbuka..menambah kepada keburukan cuaca yg sememangnya dah buruk nie