Followers

Saturday, November 20, 2010

Selamat Pengantin Baru buat Elyana & Khairul Anuar

*** cantiknya Elyana.  Dah bertambah kurus.  Turun 7kg  dari berat asal.  Makanya, makin cantik berseri lah dia ***

Tahniah buat Elyana dan Khairul Anuar atas perkahwinan mereka. Difahamkan perkahwianan mereka berlangsung di Duchess Place, Jalan Ampang. Khairul Anwar dinikahkan sendiri oleh ayah Elyana, Emrizal Shamsuddin sambil disaksikan Imam Masjid Datuk Keramat, Azizan Othman pada pukul 9.40 malam, Jumaat.






KUALA LUMPUR: Dengan sekali lafaz, penyanyi dan pelakon Erneelya Elyana Emrizal, 23, atau Elyana selamat diijabkabulkan dengan pasangannya Khairul Anuar Husin, 36, di Duchess Place, Jalan Ampang, di sini, Jumaat.

Pasangan ini dinikahkan oleh bapa pengantin perempuan sendiri Emrizal Shamsuddin sambil disaksikan Imam Masjid Datuk Keramat, Azizan Othman pada pukul 9.40 malam, Jumaat.

Pasangan pengantin tiba pada pukul 9.15 malam dengan diiringi sebanyak tujuh dulang hantaran bagi pihak lelaki dan tujuh dulang juga dibalas pihak perempuan.

Pengantin perempuan menerima mas kahwin RM80 dan wang hantaran sebanyak RM22,000.

Majlis pernikahan yang berkonsepkan senibina Islam ini menggunakan khidmat Arma Wedding Couture dan Ary Wedding Couture bagi melakar pelamin ratu sehari mereka.

Kedua-dua mempelai mengenakan pakaian berwarna biru firus rekaan pereka fesyen terkenal Hatta Dolmat, manakala solekan dan dandanan oleh Saidatulnisa Aminuddin.

Majlis pernikahan itu dihadiri lebih 200 tetamu yang terdiri daripada ibu bapa, keluarga dan sanak saudara terdekat mempelai.

Majlis persandingan akan diadakan pada hari Sabtu pukul 12 tengah hari untuk jemputan keluarga dan 8 malam bagi jemputan media dan rakan-taulan.

Sumber :  Melayu Kini , Budiey.Com

2 comments:

Anonymous said...

berseri dia kan
cantik baju dia kale biru
tp still nampak chubby lg
nak2 kat lengan dia
hehehe

sW33tDaRLinG said...

mmg minat kat dia... tak kira dalam lakonan ke, dalam nyanyian ker.. dia mmg selamba! Tahniah buat Elyana.. semoga kekal & bahagia ke akhir hayat