6 Kelebihan Hari Jumaat
1. Berlakunya hari kiamat.
...
Ya, Jumaat merupakan hari yang selalu dikaitkan dengan berlakunya hari
kiamat. Dalam suatu hadis riwayat Muslim, Nabi SAW ada menyebut bahawa,
“Pada hari Jumaat juga kiamat akan berlaku. Pada hari itu tidaklah
seorang yang beriman meminta sesuatu daripada Allah melainkan akan
dikabulkan permintaannya.”
2. Nabi Adam diciptakan dan dia juga disingkirkan dari syurga.
Hari Jumaat memang istimewa. Hari ini nabi Adam diciptakan, dan hari ini jugalah beliau diturunkan daripada syurga.
Daripada Abu Hurairah katanya, Rasulullah bersabda, maksudnya:
“Sebaik-baik hari yang terbit matahari ialah Jumaat, pada hari itulah,
Adam a.s. diciptakan dan pada hari itulah juga dia dikeluarkan dari
syurga.”
3. Penghulu segala hari.
Saya suka sebut
Jumaat ni special. Kenapa ya? Jumaat ini adalah hari yang sangat-sangat
istimewa kerana agama kita sendiri yang meletakkan Jumaat itu ketua dan
lebih sedikit ganjarannya berbanding hari-hari yang lain.
Dalam
suatu hadis Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah yang
bermaksud: “Jumaat dinamakan sebagai ‘Saidul aiyam’ iaitu penghulu
segala hari (hari yang sebaik hari).”
4. Selamat dari fitnah kubur bagi yang mati pada hari Jumaat.
Menurut Nabi SAW, “Tidak seorang muslim yang mati pada hari Jumaat atau
pun malam Jumaat, melainkan diselamatkan Allah daripada fitnah kubur.”
Jadi, sama-samalah kita berdoa moga-moga Allah memilih kita di kalangan
manusia-manusia yang diberikan kelebihan oleh Allah ini.
5. Kebaikan dengan memotong kuku.
Peliharalah kebersihan anda. Kalau boleh, Jumaat ni bagi lebih-lebih
lagi. Mana yang dah lama tak potong rambut, maka potonglah. Kasi kemas.
Kalau kuku dah rasa mula nak panjang, hah potonglah.
Ibnu Masud
berkata, “Sesiapa yang memotong kuku pada hari Jumaat, Allah akan
menyembuhkannya daripada penyakit dan memberikannya keselamatan.”
6. Makbulnya doa di antara dua khutbah.
Yang ini pun kita dah selalu dengar. Daripada zaman sekolah lagi
mungkin ramai yang telah diberitahu akan perkara ini. Baca doa ketika
imam sedang duduk antara dua khutbah selalunya makbul doanya tu. Ya,
kan?
Banyak ulamak yang berpendapat bahawa makbulnya doa yang
dibaca di antara dua khutbah, iaitu ketika imam sedang duduk antara
khutbah pertama dan khutbah kedua.
Ini berdasarkan hadis
daripada Abu Hurairah yang bermaksud, “Pada hari Jumaat ada satu saat
yang bertepatan dengan orang Islam ketika dia sedang sembahyang, di mana
tatkala ia berdoa maka doanya itu akan dimakbulkan.” Dan rasulullah
menunjukkan isyarat tangannya yang membawa maksud sedikit sahaja waktu
itu.
Abi burdah bin Abi al-Amusa al-Asy’ari r.a berkata bahawa
beliau pernah mendengar bahawa Abdullah bin Umar r.a pernah mendengar
bahawa Rasulullah pernah menjelaskan bahawa waktu yang paling mustajab
itu adalah waktu antara imam duduk di atas mimbar sehingga solat selesai
didirikan.
7 comments:
selamat pagi penghulu segala hari buat zana juga..
terima kasih berkongsi kelebihan hari jumaat..
semoga yang baik2 buat kita..
salam pagi jumaat zana. semoga beroleh keberkatan hendaknya....
tq kongsi info ini....
tazkirah yg baik di hari jumaat...thanks zana kerana saling mengingati.....
** selamat hari raye aidiladha buat ko sekeluarga....
semoga sama2 mendapat keberkatan di ari yang mulia ini....
selamat menyambut aidiladha
byk hikmahNya hari Jumaat nie iye...thanx for sharing...
penghulu segala hari kan..
salam aidil adha wat zana n family
Post a Comment