Amalan
 minum susu lazimnya beransur-ansur hilang apabila seseorang kanak-kanak
 itu sudah semakin membesar. Akan tetapi, ini bukanlah yang sepatutnya 
kerana susu perlu diambil seumur hidup.
Semua 
orang tahu bahawa susu merupakan makanan utama bayi sepanjang tahun 
pertama kelahirannya dan pengambilan susu ini masih lagi menjadi 
keutamaan beberapa tahun berikutnya. Bayi berusia di bawah 12 bulan 
perlu minum susu ibu kerana kandungan nutrien yang ada di dalamnya 
terbaik dan memang dicipta khas untuk mereka. Selepas itu, apabila sudah
 berusia lebih kurang dua tahun barulah kanak-kanak diperkenalkan kepada
 susu formula.
Pengambilan susu ini pula perlulah 
berterusan sehingga dewasa. Walau bagaimanapun, kebanyakan kanak-kanak 
di Malaysia mula meninggalkan rutin minum susu sedikit demi sedikit 
sebaik sahaja mereka sudah makan makanan pejal. Hal ini berlaku mungkin 
kerana susu hanya dianggap sebagai makanan untuk bayi. Jadi, apabila 
sudah pandai makan makanan lain, mereka sudah tidak perlukan susu.
Tanggapan
 ini nyata salah kerana susu sangat penting dalam kehidupan seharian 
semua orang terutamanya kanak-kanak sedang membesar. Untuk pengetahuan, 
susu merupakan sejenis makanan yang sangat kaya dengan pelbagai khasiat.
 Susu mengandungi vitamin A, kumpulan vitamin B, magnesium, fosforus, 
zink dan kalsium. Selain itu, susu turut membekalkan protein yang 
diperlukan untuk pembinaan tisu serta karbohidrat dan lemak berfungsi 
sebagai pembekal tenaga.
Walau bagaimanapun, dalam
 banyak-banyak vitamin dan mineral yang terkandung dalam susu, kalsium 
menjadikannya begitu istimewa. Kalsium diperlukan untuk pelbagai proses 
tubuh yang penting. Antaranya ialah untuk aliran saraf, pengawalan 
denyutan jantung, pengecutan otot dan penyembuhan luka. Selain itu, 
kalsium apabila bergabung dengan protein, vitamin D, fosforus dan 
magnesium akan membantu pembentukan tulang dan gigi yang kuat dan sihat.
Ketahuilah
 bahawa manusia perlukan kalsium seumur hidup. Kajian menunjukkan bahawa
 kanak-kanak sedang membesar memerlukan lebih banyak kalsium berbanding 
orang dewasa. Kekurangan kalsium ketika proses tumbesaran menyebabkan 
kanak-kanak tidak dapat mencapai ketumpatan tulang maksimum seterusnya 
boleh meningkatkan risiko mendapat osteoporosis apabila dewasa kelak.
Pengambilan
 kalsium secukupnya berupaya memastikan pembentukan tulang dan gigi yang
 kuat. Kalsium paling senang diperoleh daripada susu dan produk tenusu. 
Kalsium susu paling mudah diserap dan diguna oleh tubuh. Kalsium tidak 
boleh dihasilkan sendiri oleh tubuh. Hal ini bermakna, kanak-kanak perlu
 mengambil susu dan produk tenusu setiap hari. Kebanyakan kanak-kanak 
berusia di bawah lima tahun mendapat 70 peratus kalsium mereka daripada 
susu lembu, 20 peratus daripada produk tenusu seperti keju dan 10 
peratus daripada bijirin sarapan pagi.
Sekiranya 
anak anda tidak boleh mengambil susu lembu, berikanlah dia susu soya. 
Walau bagaimanapun, kalsium yang terkandung dan susu soya dan produknya 
tidak sebanyak yang ada dalam susu lembu melainkan ditambah semasa 
proses pengilangan. Tauhu merupakan sumber kalsium terbaik daripada 
produk hiliran soya.
Bagi kanak-kanak yang 
langsung tidak boleh minum susu lembu dan susu soya, alternatifnya ialah
 ikan-ikan yang boleh dimakan tulangnya seperti ikan sardin dan ikan 
bilis. Selain itu, mereka juga boleh mendapat kalsium daripada sayuran 
hijau, kekacang dan bijirin. Bagi yang ingin memberi anak tablet 
kalsium, anda mesti berjumpa pakar pediatrik terlebih dahulu supaya tahu
 kuantiti sebenar yang diperlukan oleh anak.
5 Cara Galakkan Anak Terus Minum Susu
1.
 Pastikan semua ahli keluarga anda minum susu. Barulah anak kecil anda 
rasa seronok minum susu kerana semua orang di dalam rumah meminumnya. 2. Tidak mengapa sekiranya anak anda suka minum susu berperisa kerana hal ini lebih baik daripada dia langsung tidak minum susu.
3. Sentiasalah ceritakan pada anak tentang khasiat dan kebaikan minum susu.
4. Pelbagaikan cara untuk menghidangkan susu kepada anak. Antaranya ialah dengan membuat susu kocak atau dijadikan ais krim.
5. Tambahkan susu dalam makanan yang anda buat untuk anak seperti di dalam lempeng, bijirin sarapan pagi atau bubur. Hasilnya anak anda akan terus mendapat khasiat susu.
P/s : kan dah kata dahh.......so, lepas2 nie...tak yah ler nak propa2 nyakat Batrice menyusu or membotol lagi.....selagi dia nak minum susu ..........selagi tu ler aku akan bagi...he he he he he. Bukan apa...ramai sangat yang menyakat dia bila dia minum susu esp membotol tu kan.....makanya, bila ada orang lain kat rumah tu...mula ler dia tak nak menyusu.......sian tau!
Cuma, mungkin dari berbotol....kena tukar minum dalam cawan plak......yang jadi masalahnya nanti bila malam nak tido.....Batrice nie jenis bangun tengah2 malam..minta susu.....yang tu tak leh nak buat apa dah kannn.........layan kan jerrr...
Apa2 pun..
SUSU PENTING UNTUK TUMBESARAN ANAK-ANAK KITA.

9 comments:
apsal entry ko sama dgn entry mama najla arini yer?!
setot minum susu jugak
tapi dah tak berbotol lama dah
minum kat cawan or mintak minum susu kotak..
tul tu sis...
jgn hentikan minum milk...
sapphire pun still nak botol...
kadang2 je dtg angin baik nya...
minta minum dlm cawan :)
hehehee entri kita sama
Ala zana, emily plak tak yah citer ke sogok ttg kebaikkan susu ke apa ke, dia mmg nak membotol 24 jam kalau boleh... X de nyeer perasan malu nak membotol depan org ke kat rumah org ke, asal dia dia kata nak susu, laju je dia mintak.. Heheheh papa dia kata gasak dia la selagi dia mau.. Dah tak mau sok pandai2 la dia benti.. Emily ni lbh kurang batrice.. Tido malam pun mulut mesti kejut mama suh bancuh susu.
Yg penting minum susu buat anak kita sihat kan
sangat setuju!! dina yg dah 6 tahun tu pun still nyusu. arissa skg cm xmo susu tp aku brain wash dia ckp "kalo xminum susu sampai bila2 awak pendek"hahahaha. aku pun pelik ar,napa ada org sgt2 bangga anak dia yg umur 3-4 tahun xnyusu dah.kesian lak anak dia..huhu
alya pun still minum susu..
adesss, kdg2 malu plak bler org sound .. "beso2 isap susu lagi..?"
budak tu x mo minum ngan cawan,
masih guna botol la.. ;-p
bagus n3 ko, aku setuju dgn aper yg ditulis... aku mmg tak penah ada niat nak bentikan Adam dari minum susu sebab info yg mcm tu lah.. lantak lah orang kata adam dah besar tp minum susu lg, tp tu lah cara minum susu kene tukar dari botol ke cawan kan.. masalahnyer Adam yg taknak so aku ikutkan jelah janji Adam nak minum susu...
betul tu zana...memang semua kena minum susu nie...sangat tinggi khasiatnya...
betul tu zana...memang semua kena minum susu nie...sangat tinggi khasiatnya...
Post a Comment