Followers

Tuesday, April 26, 2011

Mak Cik kayooo.....530K Dollar tu!

Wallawei.........pagi nie buka email, ada orang offer aku 40% dari 1.3 juta dollar weiiiiiiiiii


tak jelas...? meh aku copy paste apa yang dia tulis.

Assalamualaikum

Nama saya Puan Nur Marina Binti Muhammad, saya seorang warga Malaysia yang bekerja sebagai (General Manager Internal Audit) HSBC Bank United Kingdom. Dengan segala hormatnya saya meminta anda menjaga isi kandungan e-mel ini sebagai amat sulit dan menghormati integritinya.

Saya ingin memberitahu anda informasi yang saya yakin akan menarik minat anda dan yakin anda terdorong untuk membantu. Saya tahu anda pasti akan tertanya-tanya kenapa saya menghantar e-mel ini pada anda dan memilih anda. Saya memutuskan untuk menghubungi anda melalui e-mel kerana kesuntukan masa dan memerlukan bantuan anda sebagai rakan kongsi dalam menerima wang yang tiada pewaris yang berjumlah US $1.3 Juta dolar yang masih berada di dalam akaun dan tidak lagi aktif semenjak tahun 2002.

Dana tersebut akan dibahagi dengan nisbah 50/40, 40% untuk anda dan 50% untuk saya dan keluarga saya dan kami akan menggunakannya untuk pelaburan, dan 10% untuk sebarang kos yang telah dikeluarkan untuk melaksanakan urusan ini. Walaupun jumlahnya agak kecil dan tidak seberapa, anda harus faham dan menerimanya. Saya memerlukan bantuan anda disini kerana pemegang akaun adalah seorang usahawan berbangsa Iraq dan tidak mempunyai waris. Saya mendapat tahu mengenai hal ini semasa melakukan audit dalaman. Saya telah cuba untuk mendapatkan maklumat mengenai pewaris namun menemui jalan buntu kerana dia tidak meninggalkan seorang pewaris pun. Saya tidak dapat membuat tuntutan ini kerana saya bekerja disini dan kerana itulah saya memerlukan bantuan anda. Saya akan membantu anda untuk menjadi pewaris untuk wasiat tersebut dan anda membantu saya untuk menerima wang tersebut. Hal ini sangat penting kerana anda perlu membuat tuntutan tersebut dalam masa tiga minggu atau bank akan memindahkan wang ini sebagai wang tidak dituntut dan menjadi hak milik negara.

Saya akan memberikan maklumat lanjut tentang apa yang anda perlukan untuk urusan ini setelah saya melihat anda berminat dan saya percaya bahawa urusan ini akan berjalan lancar. Keikhlasan anda untuk melaksanakan urusan ini akan terjaga rapi. Pastikan anda membalas e-mel ini melalui e-mel peribadi saya (nurmarinamuhammad@yahoo.com) Sangat penting dan saya akan berikan maklumat lanjut untuk urusan ini.

Yang Ikhlas,

PUAN NUR MARINA BINTI MUHAMMAD
fuh!
1.3 juta dolar.
if di bahagi 40/50 - means yang 40 tu bersamaan dgn 520,000.00 kan.......tu dalam dolar....kalau dalam RM...kali berapa erkk? lu kira ler sendiri.........makcik kayo makcik kayoooooooo

tapi.....memang mangkuk arr kalau leh terpedaya ngan email spam cam nie....banyak dalam inbox aku tu....tu belum lagi email aku menang loteri lagi tu....lagi ler berlambak-lambak...larat tak larat ler nak delete sumer spam tu.............

So, kot sapa2 yang berminat nak dptkan 520K dolar tu...sila ler email kat alamat email yang tertera di atas yerk..........apa-apa risiko korang tanggung ler sendiri.......cik tipah tak nak terjebak...ha ha ha ha ha ha......

14 comments:

onniesham said...

uihh macam2 cara org nk menipu skang kan. aku x tau la kalo ada org trpedaya ngan email2 mcam ni kan. eh igt senang2 ke org nk bg kita duit. tu sumer menipu. sabor jer la kan. ni org melayu ke. kalo tgk susunan bahasa dia elok cantik je. apa la nk jd ngan org zmn skang ni kan. semoga kita semua lebih brhati2 dan dijauhi dari penipu2 yg mcm ni.

Jasfyra said...

mcm2 hal kan.nak menipu je kejenya.tp kalo la tetiba dpt durian runtuh syok gak..akakaka

atty's said...

itulah..kty pun email pun kadang penuh ngn email cenggini..

rasp said...

agak2 ada ke org yg tertipu dgn email2 cenggini ek sis...
hehehehehehe...
bila baca balik email2 yg sropa cam nie nak tergelak gak kan :D

Dee said...

fuh..kalo betul xpe gak..silap2 papa sebab dah kena kebas semua duit dalam bank..

norhidana said...

suspen kejap aku td baca tajuk.. hehehe aku pun penah gk dpt email spam gitu... ampeh je ayat tulus suci murni lg kan... ahak2...

pandai je kalu nk menipu kn

akiratoriza said...

memang selalu jugak dpt email cenggitu.. yang aku tak paham nape dorang leh sesuka hati jek ceroboh email orang len, dan mungkin email provider pun terlibat sama kot, agaknya dorang dpt percent lau kasi tau pengguna email dorang kepada orang2 yang suka menceroboh ni.
inbox penuh bukan sebab email yang berguna tapi penuh dengan email2 sampah..

NoRMa aZurA iSMaiL said...

waaa..best2...sedekah kat saya 10%, bley??

Nana said...

hahahha
ada gak dapat email
dari pompuan ni
delete je
xkose

rasp said...

SIS, i ada tag u utk join contest ya...tq

CuTeMiUt78 said...

sama2... pernah gak dpt email spam camtu... memang kan.. jgn terpedaya... karang naya je

mummysyafie said...

alamak..nama tu dah dekat nak sama dah. nasib baik binti je beza2..email macam ni mmg kerap dapat, tapi ingore kan je

Cik Wanie Ghani said...

tuelah pasal,
wanie kurang percaya skit klau email2 mcm nie,
wanie akn terus delete saja,
hihihi

sW33tdARLiNG said...

byk gak dapat email ni... tp jarang plak dgn bahasa melayu selalu english jer...

mmg terus ke spam laa jawabnya