Followers

Wednesday, February 29, 2012

Tampal Mulut Bayi


ampal mulut bayi


KESAL...Shaherah menunjukkan laporan polis yang dibuatnya sambil Norhashimah (kiri) menunjukkan gambar anaknya, Ahmad Afiq yang ditampal pita pelekat.
KESAL...Shaherah menunjukkan laporan polis yang dibuatnya sambil Norhashimah (kiri) menunjukkan gambar anaknya, Ahmad Afiq yang ditampal pita pelekat.


JOHOR BAHRU: Marah kepada majikan, dua pengasuh sebuah pusat asuhan di Taman Kota Masai, dekat sini, bertindak kejam menampal pita pelekat pada mulut bayi jagaan mereka manakala tubuh pula dililit ketat dengan kain bedung.

Tidak cukup dengan itu, dua pengasuh terbabit turut membuat rakaman video gambar tujuh bayi di bawah jagaan mereka itu sebelum rakaman berkenaan diedarkan kepada umum.

Berikutan perbuatan khianat dua wanita berusia 20 dan 22 tahun itu, pemilik pusat asuhan berkenaan, Shaherah Abd Malik berdepan pelbagai masalah untuk menjelaskan apa sebenarnya berlaku kepada pelbagai pihak yang memandang serong terhadapnya.

“Ini perbuatan khianat. Hakikatnya, saya dan pengasuh lain tidak pernah mengabaikan kebajikan bayi serta kanak-kanak yang dihantar ke pusat asuhan kami.


“Dua bekas pekerja saya itu sengaja berbuat demikian bagi merosakkan nama baik dan perniagaan saya,” katanya.

Rentetan dari video yang tersebar di FB semalam
click sini nak tengok video tu yerk : Pengasuh Kejam



4 comments:

lieyalatif said...

mengggigil badan aku tgk video ni koooo....terus panggil mija tgk, n tanye dayyan kat taska tdo camtu ke...seb baik laa tidak....

ape la kan, sebab tak puas hati ngan bos, sanggupbuat camtu.....

sW33tdARLiNG said...

pusat asuhan itu gagal menjalankan tanggungjawabnya sebagai pengasuh mahupun majikan... walau apapun alasannya, budak2 tak patut menjadi mangsa...!!

norhidana said...

seram aku tgk beb... makin seram bile bayangkan kalu aiyan lah yg jd gitu... mmg aku bako je taska tuh ngn pengasuh2nyer sekali ahak2

ketua dia tuh tak blh la nk slhkan pengasuh2 dia je...dhtu dia tak bt check ke... camne dia urus tmpt tuh.. huh mmg tkde tanggungjwb

Sidratul Muntaha said...

on the 1st place mmg salah owner tu
tak pntau
the kenapa amik normal worker?
kenapa tak amik yg ade early child education diploma ke cert ke?
nmpk sgt nak kaut untung...
entah2 dpt program pertama ni pun sbb kroni