Followers

Thursday, March 31, 2011

Imam Muda Asyraf menjawab berkenaan issue LEGGING.

Aku tertarik dengan entry Ayu a.k.a IbuDamia berkenaan issue pemakaian legging nie. Yelah.....aku pun kadang2 kat rumah or perg pantai tu pakai gark legging........tp dengan tshirt labuh paras peha lah...menutup miss von kan........

So, aku search berkenaan tajuk tersebut thru google.....ilmu di dada nie bukan ler setinggi langit.....malah....kalau nak di banding kan dengan bintang di langit pun belum tentu dapat menandinginya.....tp, rasanya tak salah if kita berusaha untuk belajar berkenaan agama ini selagi nyawa di kandung badan kan.


Islam tidak mengharamkan secara total apa yang dinamakan dengan fesyen. Ianya juga meraikan sesiapa yang menghendaki gaya penampilan yang kemas dan cantik. Kerana imej seseorang itu terletak pada cara ia mengenakan pakaian. Malah Islam juga tidak menggalakkan umatnya kelihatan selekeh dari pandangan mata umum. Ianya seolah-olah menggambarkan sikap umat Islam itu amat rendah pada peri pentingnya keterampilan yang kemas dan cantik. Malah Allah SWt lebih menyukai hambaNya yang bijak menggunakan nikmat kurniaannya sebagai tanda bersyukur.

Namun dalam masa yang sama, kekemasan dan kecantikan itu bukanlah suatu yang tidak didasari oleh peraturan dan ketetapan yang disediakan oleh Allah SWT. Malah kecantikan itu pula mestilah tidak dituruti bersama dengan sifat riya’ mahupun takabbur dengan kecantikan dan kekemasan pakaian yang dikenakan.

Imam Muslim meriwayatkan dari Ibnu Mas’ud, bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud :

“Tidak masuk syurga seorang yang ada sifat takbur dalam hatinya walau sebesar biji sawi”.

Lalu bertanya seorang lelaki :

“Jika seorang lelaki suka memakai pakaian yang cantik dan memakai kasut yang lawa, adakah dia juga dikatakan takabbur?”.

Baginda menjawab :

“Tidak! Allah itu cantik dan Ia sukakan kecantikan. Yang dikatakan takabbur itu ialah enggan menerima kebenaran (iaitu sombong terhadap kebenaran) dan memandang rendah terhadap manusia”.

Selain dari penjagaan aurat, Allah menjadikan pakaian juga sebagai perhiasan bagi si pemakai. Maka perhiasan itu suatu yang tidak menyalahi hukum malah ianya merupakan fitrah seorang insan. Ini dinyatakan di dalam surah al-A’raaf ayat 26 yang bermaksud :

“Hai anak Adam, sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu (libaasa) pakaian untuk menutupi auratmu dan pakaian indah untuk (wariisya) perhiasan. Dan pakaian takwa itulah yang paling baik. Yang demikian itu adalah sebahagian dari tanda-tanda kekuasaan Allah, mudah-mudahan mereka selalu ingat”.

Menurut Tafsir Jalalain’, “Libaasa” dalam ayat tersebut ialah pakaian bertujuan untuk menutup aurat. Adapun “Wariisya” ialah apa yang diambil atau dipakai supaya nampak cantik pada luarannya, iaitu bertujuan untuk perhiasan. Menutup aurat adalah sebagai keperluan asas. Sementara yang keduanya iaitu perhiasan adalah sampingan kepada tujuan pakaian.

Pakaian adalah nikmat Allah untuk melindungi badan manusia, menutup aurat mereka dan juga sebagai perhiasan bagi mereka. Fungsi-fungsi pakaian ini dijelaskan oleh Allah di dalam al-Quran Surah an-Nahl, ayat 81 maksudnya :

“Dan Allah menjadikan bagi kamu pakaian-pakaian yang memelihara kamu dari panas dan sejuk, juga pakaian-pakaian yang memelihara kamu semasa berjuang

Seluar kebiasaannya merupakan pakaian bagi lelaki. Namun ianya juga mula dipakai oleh golongan wanita. Sehinggakan terdapat sebahagian pendapat dari ulama yang mengharamkan secara terus pemakaian segala jenis seluar bagi wanita. Walaubagaimanapun ramai juga dikalangan ulama yang membenarkan pemakaian seluar kepada wanita berdasarkan jenis seluar yang dipakai.

Terdapat juga kesalahan segelintir mereka yang menyalahgunakan dalil hadis Nabi SAW sehinggakan mereka berpendapat wanita itu lebih mulia jika memakai seluar. Ini disebabkan salah faham mereka kepada maksud hadis yang diriwayatkan oleh Al-Uqayli, Dar al-Qutni dan kitab Kanzul Ummal iaitu :

“Allah sentiasa merahmati para wanita yang memakai seluar panjang”

Sedangkan hadith ini berlaku pada satu ketika ada seorang wanita yang jatuh dari kenderaan sehingga terselak kainnya di hadapan Nabi dan para sahabat, maka dengan segera Nabi SAW memalingkan wajahnya. Maka para sahabat berkata dia (wanita itu) memakai seluar. Lalu Rasulullah SAW memuji dan menyebut hadith di atas. (Al-Bayan wa At-Ta’rif, Ibn Hamzah al-Husyani, 3/ 252, no 1831)

Jika diteliti hadith dari Ibnu Abbas RA, Nabi SAW bersabda,” Sesiapa yang tidak ada sarung, hendaklah memakai seluar panjang.” (Riwayat Bukhari)

Hukum ini umum, bagi membolehkan perempuan dan lelaki memakai seluar. Asalkan seluar perempuan hendaklah berbeza dengan seluar lelaki kerana mereka tidak boleh sama dalam bentuk penampilan diri berasaskan sabda Nabi SAW dari Ibnu Abbas maksudnya :

“Rasulullah melaknat ke atas lelaki yang menyerupai wanita dan wanita yang menyerupai lelaki.” (Riwayat Bukhari)

Menurut Syeikh Atiyyah Saqqar, Mantan Pengerusi Lajnah Fatwa Al-Azhar Al-Syarif didalam kitab Mausuah al-Usrah katanya :

“Pada dasarnya seluar panjang itu lebih kemas menutup aurat lelaki dan perempuan, dan tidak ada aib celanya seluar panjang yang dipakai mereka sekarang ini. Cuma bagi perempuan pula ia menonjolkan dan memperlihatkan anggota badan dan punggungnya dengan rupa yang menggiurkan sekalipun tidak berwarna-warni yang mengundang perhatian. Kalaulah seluar perempuan itu berwarna-warni tetapi dipakaikan pula di luarnya kain yang menutupi anggota-anggota yang boleh menimbulkan fitnah di samping tidak kelihatan rupa bentuknya (dari dilihat dan diketahui orang lain) maka sudah tentu hukumnya tidak mengapa

Ini bermaksud wanita dibenarkan memakai seluar dengan menepati syarat penutupan aurat yang sebenar.

Permasalahan yang muncul adalah trend anak muda yang semakin ramai mengenakan seluar yang terlalu ketat sehinggakan menampakkan tubuh badan mereka. Seluar yang dimaksudkan ialah seluar yang dipanggil ‘legging’ dalam bahasa inggerisnya. Seluar ketat ini terkadang dilihat dipakai oleh wanita yang bertudung. Ianya dengan jelas menampakkan bentuk aurat wajib yang ditutup. Sehinggakan pemakainya menonjolkan bentuk tubuh seperti betis, peha dan kemaluan dengan ketara.

Dalam isu pemakaian seluar ketat bagi lelaki menjadi perbincangan para ulama. Antara yang mengharamkan pemakaian seluar ketat dengan tidak mengira lelaki mahupun perempuan ialah Syeikh Abu Ubaidah Masyhur bin Hassan didalam kitabnya Al-Qaul Al-Mubin fi Akhtha’ Al-Mushallin mengatakan bahawa :

“Majoriti pemuda-pemuda yang menamakan dirinya remaja Muslim, mereka mengingkari wanita-wanita yang berpakaian ketat, kerana membentuk tubuhnya. Sementara pemuda ini sendiri lupa dirinya yang turut sama melakukan perbuatan tersebut. Tidak ada perbezaaan antara seorang wanita yang berpakaian ketat dan seorang lelaki yang memakai seluar yang membentuk tubuh, kerana keduanya sama-sama membentuk kedua punggungnya. Sedangkan punggung lelaki dan punggung perempuan adalah aurat, keduanya sama hukumnya.

Namun sebahagian pandangan dari Mazhab Syafie yang mengharuskan bagi lelaki. Asalkan ianya tidaklah sehingga menampakkan bentuk kemaluan mereka. Jika ternampak bentuk kemaluan maka ianya jatuh kepada hukum haram.

Tetapi majority para ulama bersepakat dalam melarang wanita memakai pakaian yang ketat seperti ‘legging’. Ini kerana jelas daripada hadis Rasulullah SAW yang memberi gambaran larangan terhadap wanita yang menampakkan tubuh badan mereka walaupun berpakaian. Hadis riwayat Muslim dari Abu Hurairah RA berkata :

“Dua golongan dari ahli neraka yang aku belum melihat kedua-duanya iaitu kaum yang membawa cambuk seperti ekor lembu untuk memukul manusia dengannya, dan wanita-wanita yang berpakaian tetapi bertelanjang, yang cenderung kepada perbuatan maksiat dan mencederungkan orang lain kepadanya. Kepala-kepala mereka umpama bonggol-bonggol unta yang senget. Mereka ini tidak akan dapat memasuki syurga dan tidak akan mencium baunya di mana bau syurga dapat dicium dari jarak perjalanan sekian sekian jauh”.

Di dalam hadis di atas, Nabi s.a.w. menegaskan; salah satu golongan yang akan menjadi ahli neraka ialah wanita-wanita yang berpakaian tetapi telanjang, yakni mereka berpakaian tetapi di sisi agama mereka sebenar tidak berpakaian. Ia merangkumi yang berikut :

1. Wanita-wanita yang memakai pakaian yang nipis yang masih menampakkan kulit atau bayangan tubuh mereka. Mereka berpakaian pada nama, namun telanjang pada hakikatnya.

2. Memakai pakaian yang menutup sebahagian aurat dan mendedahkan sebahagian lagi (yakni tidak menutupkan secara menyeluruh kawasan aurat yang wajib ditutup).

3. Memakai pakaian yang ketat atau sendat hingga menampak bentuk tubuh.

Berkenaan dengan hal tersebut, Imam Ahmad telah meriwayatkan dalam Musnadnya
dengan sanad yang agak lemah dari Usamah bin Zaid RA seraya berkata,
”Suatu ketika Rasulullah SAW memberiku pakaian buatan daerah
 Qibthi iaitu salah satu jenis pakaian dan aku memakaikannya kepada istriku, maka
Rasulullah SAW bersabda, “Perintahkanlah kepadanya supaya memakai kain tebal di bawahnya (sebagai 
lapisannya), karena aku khuatir lekuk tulang-tulangnya akan tampak.” Hadis riwayat Ahmad
(21279)

Kesimpulannya disini, pemakaian legging amatlah ditegah sama sekali. Kerana ianya seolah-olah benar seperti apa yang dimaksudkan oleh hadis nabi SAW, wanita berpakaian namun telanjang. Fesyen itu tidak salah. Namun salah memilih cara berfesyen itulah membuatkan diri dimurkai. Jangan kerana fesyen, maruah tergadai.

*** pada fahaman zana, asalnya pemakaian legging di pakai bersama-sama dengan kain sarung (kain baju kurung/kain skirt). Sesetengah kita kan ada yang naik motor kan...so, untuk mengelakkan aurat/betis mereka ternampak....so, mereka pakai legging nie......maka, if terselak kain time naik motor tu, takde ler ternampak aurat kita kan.


Anak daraku menangis tengok citer Mars Need Mums!

untuk tahun 2011.........inilah 1st time kami masuk panggung....ha ha ha.....kelakar erkk...kalau tak tu....sebeluan ada 2-3 kali gark ler tengok wayang......mcm last year.....tak terkira dah berapa kali kami tengok wayang............kira dah jadi antara aktiviti hujung minggu.......

So, this time tengok citer MARS NEED MUMS.......
3D ticket.......

Serius............BEST giler citer tu............bagus untuk anak-anak. Jangan tak caya k.....Batrice nangis tengok citer tu..............tetiba dalam gelap  dia pandang aku...then panggil aku.....pastu suruh rasa pipi dia....ha ha ha......air mata mengalir.......pandai sedih gark anak dara sorang nie.

Bila tanya naper nangis? dia cakap...bukan nangis...air keluar dari mata! lagi mau cover ker....keh keh keh keh...yang nie memang sejibik peel aku......feeling terlebih kalau tengok movie sedih....kadang2 citer takde ler sedih mana...tp ada part2 yang boleh menyentuh jiwa aku....mula ler bergenang air mata aku......turun plak ke anak dara aku...........


About Mars Need Mums :

Supervisor Mars mencari ibu-ibu yang boleh mendidik/mengajar anak dengan baik. So, one day...bila kajian di buat oleh mereka....mereka jumpa seorang ibu yang pandai mengajar/mendidik anak dia...iaitu mak Milo. Apa lagi....mak Milo kena kidnap ler ngan alien tu......kelakar ooookkk alien tu.......muka buruk2 tp cutting pinggang cam kerengga sekor2...opsss lupa plak. Kat planet tu.....mana2 budak alien lelaki di buang ke tempat yang kotor/tempat pembuangan sampah..while yang girl plak...di rekrut untuk jadi askar dia...di jaga baik2...tp masalahnya...selama ini, girl2 alien tu di jaga oleh robot2.....that why, itu supervisor cari human (mum) yang boleh jaga girl2 alien tu...bukan apa pun...dia ambil ...hurrmmm...nak cakap camner erk...memori kot...........then set kat robot2 tu ...so, bila memori mak baik tu di masukkan dlm robot...so, robot tu tahu ler cam ner nak ajar/didik girl2 alien yg baru lahir tu untuk patuh and ikut cakap supervisor ler.....ala, beh kurang cam anak2 kita dengan cakap kita gitewww

So...apa lagi.............time alien dari Mars tu culik mak si Milo nie........ntah camne tak logik nyer...Milo tu boleh plak terikut sama......coz' dia sedar time mak dia kena culik tu.....kejar punya kejar...leh plak dia pun terikut sekali kat UFO alien tu....adeh! bab nie tak logik....So, start dari situ ler pengembaraan Milo nak selamatkan mak dia.

Seterusnya............sila ler pergi panggung wayang tengok sendiri citer nie yerkkkk

Serius...BEST giler......

Keluar dari panggung jer........Batrice cakap
"Echa sayang mama!"

fuh..........terharu beb!.....agaknya terkesan gark ler citer tu kat hati dia........tu pasal sampai dia nangis2 tengok citer tu............padahal bukan faham mana pun....dlm BI kan......

Papa dia apa lagi.......ambil kesempatan ler brain wash dia

"Echa degil2 nanti alien ambil mama plak!"

Terus anak dara tu peluk aku tak nak lepassssss

ha ha ha...........so, sila bawa anak-anak korang tengok citer nie yerk........


Wednesday, March 30, 2011

Kluang Railcoffee/Railway : Pemilik akan lakukan samak.

Samak akan dilakukan Ketua Bahagian Penyelidikan Jaij, Ustaz Yosree Ihsan dan ia akan bermula jam 9 pagi Khamis ini di premis Kluang Railway di Jalan Tasik, Kluang disusuli Jalan Station dan premis pertamanya di Stesen Keretapi Kluang.

Jumaat pula, sebuah lagi premisnya di Plaza Kotaraya, Johor Bahru akan turut disamak.

Terdapat persoalan kini, premis mereka disamak, apa pula status kopi yang didapati mengandungi gelatin babi serta madu yang mempunyai kandungan alkohol?

Apapun, usaha segera pengusaha bukan Islam ini harus dipuji kerana ia menghormati tuntutan agama kita dalam penyediaan makanan dan minuman.

Kita nak lihat apa tindakan selanjutnya pengusaha dalam menyakinkan pelanggan beragama Islam.

*** for me, dah terlambat kot untuk di samak. Even dia samak semua kedai pun....ada ker lagi umat ISLAM yang nak makan kat situ? Sedangkan dah terbukti serbuk kopi yang mereka gunakan terBUKTI mengandungi GELATIN haiwan yang di haramkan dalam ISLAM tu. Lagipun...if dia samak sumer barang-barang dalam kedai, samak kedai dia......if dia still guna serbuk kopi yang sama....NO POINT lah kan....melainkan dia guna serbuk kopi dari supplier baru dan diSAHKAN HALAL serbuk kopi tu.

For me....hurm, rasanya tak kot nak makan-makan /ngeteh2 kat situ even kopi dia dah HALAL and kedai tu dah samak.

2nd Appointment dengan pakar.

citer dah berzaman........tp takde ler dari zaman batu kan......nie citer last week kot rasanya.....masa aku pergi Lawatan Muhibbah 5's ke TNB Kulai Jaya...balik tu terus tak masuk office coz' petang tu Batrice ada appointment ngan Doc pakar kanak-kanak. ala biasa ler kan........budak asthma tu....this time appointment ke-2 after keluar dari hospital since bulan 7 2010 yang lepas.


Appointment pukul 2.30 tp we'll sampai pukul 3.30 pm. Lewat sejam.........nasib nurse tu kata takpe....he he he..minah nie pun memula berdrama gark...........papa dia pujuk balik rumah dia punya melalak kemain mcm kena dera............siap main terjun2 dari kereta lagi tu...........sabar jer lah........papa dia tu, bab pujuk memujuk memang failed sikit.....so, end up...........aku gark kena pujuk dia kat rumah nenek dia...then baru gerak pergi hospital..............adeh! kat situ jer dah buang masa almost 30 minit ok....

Before jumpa pakar....ada session ngan pakar farmasi hospital kluang tu...so, dok borak itu ini, dok tanya itu ini ler about lil princess tu.............so far, alhamdulillah.........dia tak pernah kena asthma lagi since keluar dari ward dulu tu. and dia sangat ler aktif............every second bergerak jer kerja nya....terlompat-lompat. Time tido jer ko boleh tengok dia aman tenteram.............

Celik mata nak mandi pergi school tu........terus tersengih2....pastu lepas mandi nak pakai baju, terlompat-lompat....kadang2 hilang gark sabar dengan Batrice bila over aktif mcm tu.......pagi tu memacam kerja nak buat.....time orang nak cepat siapkan dia.......time tu ler dia nak lompat sana lompat sini, ajak main sembunyi2 balik selimut............sakit dada di buat dia tau.

Tp alhamdulillah........based on perbincangan dengan pakar farmasi tu.........keadaan Batrice bertambah-tambah baik....dia pun cakap yang Batrice nampak sangat aktif.......so......dia just nasihat untuk elakkan Batrice dengan aktiviti-aktiviti macam berlari, melompat. Aktiviti macam berenang, aerobik sangat baik untuk Batrice.  Bab berenang tu boleh ler terima akal kan........tp bab aerobik tu....adeh....lain ler dia suruh mama Batrice nie yang gi aerobik......nie budak kecik tu buat aerobik......pengsan!......

Bab berlari, melompat tu...........aku tak tahu ler nak explain camne ngan Batrice.....ckp jangan lari-lari...makin laju dia lari-lari. Jangan lompat nanti sakit lagi..........makin galak dia melompat lebih tinggi...camno? Bebudak memang suka aktiviti berlari dan melompat kan.......hu hu hu......

Lepas jumpa pakar farmasi tu, baru ler turn jumpa ngan Doc pakar kanak-kanak. Again.......berita gembira lagi.......Batrice dah tak perlu ambil gas (neb) lagi. Just remain ngan gas botol biru ...........tu pun if dia perlukan jer.  Tp since bulan 7 dia keluar ward tu.......sampai ler ke hari nie............gas botol biru tu ada ler sekali dua guna......yang botol coklat tu pun tak habis2 lagi..........he he he he......abis camno...budak tu takde pun tanda-tanda sesak nafas ke apa........aku bagi yang biru tu bila time hujan and dia asyik dok batuk2...tu jer......tu pun jarang-jarang arrrr...........

So....thanks YA ALLAH....KAU pelihara kesihatan anak ku itu.

Next appointment on September 2011

Wordless Wednesday : # 1


" SETIAP ORANG PUNYE KELEBIHAN DAN KEKURANGAN MASING-MASING. dan SEKIRANYA KITA REDHA DENGAN KEKURANGAN dan KELEBIHAN YANG KITA ADA, INSY ALLAH...ORANG DI SEKELILING KITA BOLEH TERIMA KEKURANGAN dan KELEBIHAN YANG KITA PUNYA "

Tuesday, March 29, 2011

URGENT : CALLING FOR PEMENANG-PEMENANG SAGUHATI ANAKKU COMEL GIVEAWAY.

Salam...sorry dear
a bit busy sikit lately..
ngan computer aku yg still sakit tak di baiki2 lagi nie...
menumpang kasih kat laptop jabatan...hu hu hu

So..again
CALLING FOR PEMENANG-PEMENANG SAGUHATI ANAKKU COMEL GIVEAWAY
1) SIS NOR - 
2) EB
AND

PLEASE....email alamat korang kat aku yerk.  zana.nordin82@yahoo.com ASAP. 

TAKNAK HADIAH KER? he he he he

BUAT PEMENANG YANG DAH BAGI ALAMAT MASING-MASING.  BY ESOK ZANA POST K DEAR...SORRY LAMBAT COZ' AMAT LER BUSY LATELY NIE.

SO...BY THIS WEEK DAH BOLEH DAPAT DAH CENDERAHATI DARI ZANA TU K DEAR.

Kluang RailCoffee : Laporan Pengesahan Dari Jabatan Agama Islam Johor

So...tepuk dada tanya IMAN. JANGAN tepuk dada tanya SELERA. Lain jawab nya...


*** apa perkembangan terbaru agaknya selepas owner Kluang RailCoffe berjumpa dengan Pegawai Pejabat Agama Islam Kluang yerk?
*** tadi ronda-ronda bandar Kluang, masih ada lagi MELAYU yang menjamu selera di situ.  Tak baca surat khabar ker?

Monday, March 28, 2011

Free 2 Big Breakfast from Mc Donald......akhirnya

Hari Sabtu pergi............pukul 10.30 tu pun lepas aku hantar Batrice pergi kelas music dia...........punya ler ramai orang beratur ....sampai ke pintu lagi...........lagi 3 orang sampai turn aku....adeh! time out ler plak utk set breakfast tu.........kesudahananya...dah alang2 beratur tu......aku take away jer nugget 1 set.

Ahad........pepagi dah bangun......aku dah bising2 nak breakfast kat McD ngan my Darling.......pukul 10 gark ler keluar rumah...............beratur 30 minit....................akhirnyaaaa................dpt gark guna kupon di bawah nie.


FREE 2 Big Breakfast oooo ngan guna kupon nie.  Aku ordeer 1 set Big Breakfast and 2 air + 2 set FREE nie.......makan sampai kenyang..............serius, memang kenyang pun.............


Ada lagi sekeping kupon tu aku print yang tak guna........if korang pun nak FREE 2 Big Breakfast tu...print jer lah kupon kat atas nun...........time order, tunjuk kupon tu...........nescaya korang akan dapat free 2 big breakfast dengan syarat korang order yang lain tu min RM 5 ler kan....................

ala......tak nak order set lain pun takpe.........order air jer pun coz' set FREE tu takde air yerk sayang-sayangku. 

Jom......ada masa lagi nie......sampai 31 march jer tu.......

Saturday, March 26, 2011

MARS need MOMs



Synopsis



Take out the trash, eat your broccoli—who needs moms, anyway? Nine-year-old Milo (Seth Green) finds out just how much he needs his mom (Joan Cusack) when she’s nabbed by Martians who plan to steal her mom-ness for their own young. Produced by the team behind “Disney’s A Christmas Carol” and “The Polar Express,” “Mars Needs Moms” showcases Milo’s quest to save his mom—a wild adventure in Disney Digital 3D™ and IMAX® 3D that involves stowing away on a spaceship, navigating an elaborate, multi-level planet and taking on the alien nation and their leader (Mindy Sterling). With the help of a tech-savvy, underground earthman named Gribble (Dan Fogler) and a rebel Martian girl called Ki (Elisabeth Harnois), Milo just might find his way back to his mom—in more ways than one.
***  @ Big Cinema Kluang Mall. Harap-harap BEST ler citer nie.

Happy 7th Anniversary to us

7 Tahun yang lalu................

dan kini........setelah 7 tahun mengharungi hidup bersama-sama. Penuh suka dan duka......kesabaran, persefahaman, tolak ansur dan kasih sayang adalah kunci pada sebuah perhubungan yang berterusan. Marah, gaduh, merajuk....adalah asam garam dalam sebuah perkahwinan. Alhamdulillah, ikatan kami masih terpelihara, kasih sayang antara kami kian mendalam.  Terima kasih ALLAH keran pelihara hati kami berdua untuk tetap teguh antara satu sama lain walaupun berjuta halangan yang tiba.


1st GiveAway by Wan Myzura Collections



Nak join : Click LINK di atas k

Zana nak tag sumer follower and sapa yang jengah entry nie.
JOM JOIN.
Hadiah menarik sangat2.

Friday, March 25, 2011

MAMA ........... I LOVE YOU

STICKY MODE until 25 MARCH 2011.
(Sila scroll ke bawa untuk entry terbaru)


Nur Batrisya Qistina Hemlin
D.O.B : 23 Januari 2007
4 tahun

nak tag sumer yang jengah entry nie and all my follower k

Batrice with her friends.




Tu baru separuh yang dia keluarkan dok susun2 atas sofa...........ada lagi separuh yg dok bertenggek atas katil dia kat bilik.........he he he....aku rasa mcm nak let go jer lah benda nie satu2....rimas.......tp kuatkan semangat lagi..........


Pooh tu adalah yang paling tua antara kawan2 Batrice nie...........beli since umur dia baru 4 @ 5 bulan. Sampai sekarang elok lagi terjaga.  Tu yang sayang tu.........

JAWAPAN DARI PEMILIK KLUANG RAILCOFFE/RAILWAY

Sumber : hazrey

Sejak 1938, mereka sudah berniaga di stesen keretapi daerah Kluang dan rata rata majoriti pelanggannya adalah umat Islam.

Penyebaran maklumat mengenai wujudnya kandungan babi dalam kopi mereka turut memberi impak kepada bisnes kopitiam itu apabila berlaku penurunan jumlah pelanggan beragama Islam malah pemiliknya yang aku hubungi jelas menggambarkan kekecewaannya.

"We have been in business for 73 years, and it is stupid for us if we were to add such prohibited element to our coffee.

"It will be a huge disrespect to our Muslim customers who have been our patrons eversince," katanya.

Dia turut menerima sms mengenai desas desus itu malah turut bergegas ke Jabatan Agama Islam Johor bagi mendapatkan kepastian dan laporan analisa sebagaimana yang didakwa.

Menurutnya, 95 peratus pekerjanya beragama Islam dan begitu juga dengan tukang masak mereka.

Ketika berada di Jabatan Agama Islam Johor bagi mendapatkan kepastian dua hari lalu, pemilik kopitiam itu bagaimanapun gagal memperolehi keputusan analisa yang dikatakan sudah dihantar Jabatan Kimia kepada jabatan itu.

Dan hari ini (Jumaat) pemilik kopitiam itu dijangka bertemu dengan seorang pegawai Jabatan Agama Islam Johor dan apa jua hasil perbincangan itu, dijangka dapat membuka jalan kepada penyelesaian isu ini.

"It is unfair for us. Kami sudah dihukum (melalui penyebaran di laman sosial) biarpun kami tidak mengetahui sebarang maklumat keputusan analisa itu untuk kami melakukan satu tindakan segera. Kami tidak boleh bertindak berpandukan apa yang diperkatakan di laman sosial semata mata tetapi ia sudah menghukum kami.

"Kami sentiasa prihatin terhadap apa jua kandungan yang digunakan dalam penyediaan makanan serta minuman untuk pelanggan memandangkan majoriti yang mengunjungi kafe kami beragama Islam.

"Kami bukan ahli kimia dan ia berkemungkinan dari bekalan yang kami terima dari pihak ketiga namun apapun, kami perlu melihat keputusan analisa itu untuk tindakan selanjutnya," katanya.

Pemilik itu yang fasih mengenai tuntutan Islam melalui perbualan telefon itu tidak menolak kemungkinan untuk melakukan samak dengan segera jika benar terdapat kandungan haiwan yang diharamkan Islam. Beberapa pakar perundingan proses halal sudahpun dihubungi malam tadi bagi bersiap sedia jika keputusan yang diperolehi tidak menyebelahi mereka.

Dia yang masih terkejut dengan perkembangan itu turut berkata, jika benar terdapat kandungan seumpama itu, dia merasa amat kesal kerana dia turut menjadi mangsa kepada pihak ketiga yang membekalnya bahan yang mengandungi gelatin haiwan itu.

Dia juga tidak menolak kemungkinan untuk memberikan penjelasan rasmi melalui media sebaik bertemu dengan pegawai Jaij dan pakar perunding Halal nanti.

Aku sempat berbual dengan Ustaz Azhar Abdullah mengenai isu ini dan dia memberikan satu persoalan yang boleh diperbincangkan antara najis (impure) dan taahir (pure). It is the question of the fiqh principle of Istihala. (wallahualam).

What is gelatin? As Oxford dictionary of science defines: "A colorless or pale yellow, water-soluble protein obtained by boiling collagen with water and evaporating the solution. It melts when water is added and dissolves in hot water to form a solution that sets to a gel on cooling."

Apapun, kita perlu menunggu apakah hasil perbincangan antara pemilik premis itu dan pegawai Jaij hari ini (jumaat) seperti yang di tulis di Harian Metro.


Tiket Masuk Wonderland & Kerongsang bertahta batu hijau. Cantik!

Bulan 1 hari tu, aku ada menang saguhati contest Muslimah Paling Bergaya anjuran Mayana. And....actually, hadiahnya memang dah lamaaaaaaa sampai....cuma aku tak update jer..sorry Mayana. Kekakangan waktu dan aku terlupa....but don't worry.....aku tetap update jugak tentang hadiah dari ko nie.....Thanks a lot dear.


Hadiah-hadiahnya adalah terdiri daripada tiket masuk ke Melaka Wonderland.  Lagi special coz' tiket nie Buy 1 Free 1..so, hari tu masa aku ke Melaka Wonderland....aku telah guna pakai tiket nie.........sangat ler berbaloi. Thanks my dear......jimat banyakkkkk aku tau. he he he he............and yang paling menggembirakan adalah bila melihat Batrice kemain enjoyed kat sana.  Sampai tak mau balik.


See......tiket2 yang di beri oleh Mayana as token pemenang saguhati contest dia tu.  Sangat berbaloi kan....tu pun ada lagi tiket utk child tu..since Batrice tak kena bayar lagi hari tu kan........Selain tiket masuk tu, ada gark coupun utk minuman free and sewa pelampung free. Tu pasal ler aku kata jimatttttt banyak.....


dan.......selain tiket2 and coupun yang best tu..........ada gark kerongsang jurai berwarna hijau nie untuk aku. Cantik kan.........sila ler jeles.........tp aku tak rasmi kan lagi tu......next time aku rasmikan....aku war-war kan blog kesayangan aku nie yerk.......

Btw..........again. Thanks Mayana..........atas hadiah-hadiah ko yang sangat best tu.

Kopi campura Gelatin Babi

Pengerusi Jawatankuasa Agama Islam Johor  dah jawab berkenaan isu ini.  So, tepuk dada tanya IMAN.

SUMBER : myMetro

Kopi campur gelatin babi

Oleh Mary Victoria Dass dan Mohamad Fahd Rahmat
am@hmetro.com.my
     
JOHOR BAHRU: Sebuah kedai kopi popular di negeri ini yang beroperasi sejak kira-kira 70 tahun lalu dan dikunjungi lebih 80 peratus pelanggan beragama Islam rupa-rupanya menghidangkan kopi bercampur gelatin babi.
Perkara menjijikkan itu terbongkar selepas Jabatan Agama Johor (JAJ) menjalankan pemeriksaan terhadap premis itu berikutan aduan orang ramai.

Pengerusi Jawatankuasa Agama Johor, Datuk Zainal Abidin Osman (gambar) yang dihubungi Harian Metro turut mengesahkan memang ada gelatin babi dalam serbuk kopi disediakan di kedai berkenaan.

“Sampel serbuk kopi dari premis itu diambil untuk dianalisis Jabatan Kimia Johor dan hasilnya, ia positif gelatin babi.

“Semua itu dilakukan selepas kami mendapat banyak aduan daripada orang ramai. Pemeriksaan dijalankan baru-baru ini oleh JAJ serta Jabatan Kesihatan Negeri Johor,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Bagaimanapun, kata Zainal, pihaknya tidak boleh mengambil tindakan terhadap pengusaha terbabit melainkan menasihati peniaga supaya memastikan produk mereka halal serta mendapatkan sijil halal.

“Pelanggan beragama Islam perlu berwaspada dalam memilih lokasi untuk menjamu selera, pastikan premis berkaitan mempunyai logo halal,” katanya.

Difahamkan, pengusaha premis terbabit akan hadir ke pejabat JAJ, hari ini. Selain di Johor, kedai kopi itu dikatakan turut memiliki cawangan di Lembah Klang.

Sementara itu, Ketua Pegawai Penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Johor, Abdul Hamid Abu Bakar berkata, pihaknya menghantar lima pegawai ke premis terbabit, kelmarin.

“Selepas menerima aduan menerusi SMS, kami melakukan pemeriksaan di premis itu dan mendapati memang tiada tanda logo halal dipamerkan di situ.

“Berikutan itu, kami tidak boleh mengambil tindakan mengikut Akta Perihal Dagangan 1972 ke atas mereka,” katanya ketika dihubungi.

Menurut Abdul Hamid, jika premis terbabit memaparkan logo halal, pihaknya boleh mengambil tindakan mengikut peruntukan undang-undang berkenaan.

Sehubungan itu, menasihatkan pelanggan beragama Islam supaya berhati-hati memilih lokasi untuk menjamu selera.

“Sepatutnya orang Islam memastikan tanda logo halal sebelum memasuki sesuatu premis itu kerana dalam kes ini, tiada langsung logo berkenaan dipamerkan tapi pengguna Islam masih ke situ untuk menjamu selera.

“Pada masa sama, pengusaha terbabit juga perlu lebih bertanggungjawab kerana premis perniagaan mereka sering dikunjungi pelanggan beragama Islam,” katanya.

Sementara itu, jurucakap Persatuan Pengguna Bumiputera Johor Bahru berkata, pihaknya akan mengadakan perjumpaan dan perbincangan dengan pengusaha premis terbabit secepat mungkin dan menasihati pengusaha berkenaan supaya mempamerkan kandungan minuman dan makanan kepada pelanggan.

“Kami menerima banyak aduan dan pertanyaan daripada orang ramai yang bimbang selepas melihat sebaran berkaitan isu berkenaan di Internet dan laman web sosial,” katanya.

*** ralat coz' kenapa perlu berselindung nama premis tersebut.

Thursday, March 24, 2011

To : Anonymous about Status Kluang Railway

Assalamualaikum and thanks coz' singgah ke blog picisan saya untuk membaca cerita about Status KluangRailway TIDAK HALAL tu.


Saya pun bukan berniat tidak baik atau mahu memburukkan nama baik Kluang Railway ...di tambah lagi saya memang pelanggan tetap Kluang Railway selama 7 tahun saya duduk di Kluang nie. And boleh di katakan every week kami akan breakfast di situ.....and boleh dikatakan tiap-tiap hari my Darling Hubby minum petang berkumpul dengan rakan-rakan kontraktor dia untuk cari job dan berbincang sesama mereka.

Saya berani published entry tersebut setelah Darling Hubby saya sendiri mengesahkan berita berkenaan. Bukan main sahkan jer yerk..........Darling Hubby saya sendiri CALLED PEJABAT AGAMA KLUANG untuk mengesahkan status berita tersebut.  Sekiranya dia menipu, maka saya pun menipu .......dan sesungguhnya takde niat saya untuk menyampaikan berita yang TIDAK BENAR.

Sebagai umat ISLAM saya sangat-sangat PEKA dengan status HALAL/HARAM sesuatu makanan.  Ia akan jadi darah daging kita sendiri. Nauzubillah.

Terpulang pada saudara/saudari ....tp seelok-eloknya bila kita rasa WAS-WAS kita jauhi tempat itu dan elakkan makan di situ sehingga PEJABAT AGAMA KLUANG mengeluarkan status sebenar Kluang Railway secara SAH.

Dan sekiranya saudara/saudari mahu cerita yang lebih sahih lagi...boleh called sendiri pegawai yang bertugas di Pejabat Agama Kluang . Nie no telefon Pejabat Agama Kluang : 

07-7771213

Jabatan Agama Islam Johor (Jaij) melakukan pemeriksaan di premis ini dalam satu operasi bersepadu bersama Jabatan Kesihatan, Majlis Perbandaran Kluang dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) pada Januari lalu.

Ia berikutan pelbagai aduan orang ramai yang mendakwa terdapat penggunaan tulang babi dalam kopi yang dijual kepada pelanggan termasuk di kalangan umat Islam yang sering berkunjung ke premis ini.

Pengusaha premis ini memiliki kilang sendiri bagi memproses kopinya.

Pada 19 Januari lalu, sampel telah diambil untuk dihantar ke Jabatan Kimia bagi mengetahui kandungan sebenar kopi yang digunakan.

Untuk rekod, premis ini tidak memiliki sebarang pengesahan halal.

Pada 14 Mac lalu, keputusan ujian diserahkan Jabatan Kimia di mana antara lain menyebut terdapat kandungan gelatin babi pada bahan minuman itu.

Gelatin babi itu dikatakan digunakan bagi meningkatkan lemakpada kopi yang dijual.

Manakala terdapat kandungan alkohol dalam madu yang digunakan di premis itu.
Kopi yang mengandungi gelatin babi itu turut dihidangkan kepada pelanggan beragama Islam.
 SUMBER :  HAZREY

Ada yang skodeng yerk!

Spy mana ler plak dok google nama JAMALUDDIN SAAD nie....?



he he he he....result KEYWORD blog picisan aku seharian semalam.  Tahu ke sapa JAMALUDDIN SAAD tu? tu boss aku ler weeiii........boss lama. Boss yang paling BEST sekali....ha ha ha  ha ha...ooohhh! tetiba plak rindu kat boss aku nie...chewaaaahhh! ayat peberet dia....adeh!....bukan rindu apa wei...rindu ngan cara dia....tak caya...ko tanya ler officemate aku yang lelain kat sini...sure depa pun rindu ngan boss aku yang tu.

TAHNIAH boss coz' naik pangkat yerk.  Tak merasa saya nak jaga jusa C since boss dah naik ke IPPM.

*** sepanjang 4 tahun bertugas di PSR nie....aku dah merasa jaga 4 orang boss and Tuan Jamal nie ler yang paling lama aku jaga. 3 tahun lebih.  Tapi alhamdulillah, sumer boss-boss aku best-best belaka. Tak susah nak handle.  Boss korang macam mana yerk?

Tik Tok Tik Tok


tik tok tik tok..........eh....lagi 2 hari menjelang our anniversary...hampir2 terlupa........
hadiah apa ler tahun nie aku nak bagi kat my Darling tu yerk?
any suggestion?.....tp jangan ler mahal2 yerk.....den tak mampu.....yang sederhana, bermakna dah diperlukan jer den mampu............hu hu hu hu...

So, today seharian tidak berada di office yerk kengkawan.  Pagi2 aku ikut rombongan kak Limah ke TNB KulaiJaya sempena lawatan muhibbah 5's ke sana........then, petang plak ada appointment Batrice bersama Doktor Pakar...........harap2 result kesihatan dia bertambah baik........last pergi bulan 1 hari tu doktor reduce dari 2 kali ambil gas ke sekali sehari jer.......and hope lepas nie...ambil bila perlu jer lah yerk.  Since sekarang nie pun aku on off bagi dia ambil gas...tak nak ajar dia terlalu bergantung dengan benda alah tu......aku baru especially time sejuk2 or dia batuk-batuk.....


Our New Prince in the house.

Alhamdulillah.......around pukul 2 pm tadi....adik ipar aku selamat melahirkan baby lelaki. Berat tak sure coz' tengok kat troli baby takde info apa-apa pun.......


So, here presenting our new prince in the family.



comelllllllkan......sedap jer bau baby nie.
rindu ngan bau baby........harap2 turn aku tahun nie lah kan...amin

Nama takde lagi.......tapi rasa2 macam ada Darwish kot....coz' akaknya udah Darwisya....he he he..memandai jer mak long awak kan...

*** Total cucu Pak Ali = 5 orang. 3 perempuan, 2 lelaki
*** Total cucuk Tok Ayah Din = 3 orang. 2 Perempuan 1 lelaki
*** NEXT? he he he he

Wednesday, March 23, 2011

KLUANG RAIL COFFEE TIDAK HALAL!

KLUANG RAIL COFFEE TIDAK HALAL!!!!
Keputusan analisis sampel makanan yang telah diambil di KLUANG RAIL COFFEE oleh Jabatan Agama telah diterima. Didapati kandungan serbuk kopi (termasuk kopi uncang) positif mengandungi campuran bahagian BABI..Juga terdapat kandungan ALKOHOL dalam madu yg digunakan dlm ramuan roti bakar (SAYA SALMIAH SENDIRI TEL TUAN KHADI KLUANG UTK MENDPTKAN KEPASTIAN) disebarkan oleh Persatuan Pengguna Bumiputera Daerah Kluang. Tolong sebar-sebarkan...

OMG! Ya Allah....antara nak percaya atau tidak.
Semalam petang....tetiba dapat mesej dari My Darling
"News terkini. KLUANG RAILWAY TIDAK HALAL"

terus aku called dia......."haish! tak baik tau buat fitnah papa"


Rupa-rupanya since dapat berita pasal tu...my Darling terus called Pejabat Agama Kluang untuk mengesahkan berita tersebut......and SAHIH, status KLUANG RAILWAY adalah TIDAK HALAL coz' dalam serbuk kopi mengandungi MINYAK BABI dan jem kaya plak mengandungi campuran ALKOHOL.

*** kurang ler tarikan orang ke KLUANG lepas nie.....salah satu tempat WAJIB singgah if pergi KLUANG adalah Kluang RailCoffee nie.....tp since dah jadi mcm nie.....hurm! tepuk dada tanya selera.

Asam Pedas Ikan Merah

uishhh...............korang dah makan ker lunch nie?
aku dah settle dah...awal2 memang dah settle..........nak2 hari nie makan free coz' ada meeting pengurusan kan....so, ada ler nasi kerabu free untuk sumer..............habis meeting...turun kantin makan.  Sambil2 tu tengok apa lauk hari nie......hurm! menarik gark...ada rendang ayam (shedaaaappp), ada kari ikan, ada hati masak sambal, ikan asam pedas, sayur bayam.  Aku cedok rendang ayam seketul and sambal hati makan ngan nasi kerabu.  Buat tambah-tambah lauk yang ada...........burp! alhamdulillah kenyang............

Pastu tapau ikan kari & sambal hati untuk dinner nanti.  Balik tinggal masak sayur and nasi jer.  Seronok sekarang makan2 kat rumah coz' anak dara tu, dah  mula selera balik  Semalam aku tapau asam pedas ikan mayong and ayam goreng KFC + telur masin. Balik masak nasi jerrr.......tak yah sayur2 semalam............masak nasi 2 pot......selesai dek hubby and anak aku...........dpt ler merasa barang sesuap dua.....kesian plak tengok Batrice berselera makan...........selalu tu setakat 3-4 suap jer......semalam.....3/4 nasi kat pinggan tu dia habiskan........sambil makan sambil berborak..........diam tak diam.......sendawa dia kekenyangan. Lepas makan...........tengok tv.......hisap susu...pastu terus zzzzzzzz...........laling hubby aku pun makan bertambah..........terpaksa korek2 nasi kat dlm periuk tu.....sian erk....bila aku masak lebih...tak habis....masak cukup2 plak sampai tak cukup........takpe, janji perut anak & hubby kekenyangan.

tak tahu nak up entry apa........so, jom tengok asam pedas ikan merah yang aku dok masak untuk lunch ahad lepas.  Kan dah kata...........ahad tu aktiviti kitaorg kat rumah makan tido makan tido.....pastu tengok tv........heaven ler sungguh.



3 ketul ikan merah bahagian ekor. RM 9. Murah ke mahal erk?


Bahan-bahan utama.  Tomato, daun kesum, bunga kantan and bendi tu aksesori tambahan.  Bawang, lada merah, belacan, halia bahan utama.  Bahan-bahan nie untuk tumbuk.


and jangan lupa asam jawa and cili. Cili tu bukan cili ready made kat kedai yerk......dah jadi habit aku buat cili boh tu sendiri.  Tak suka beli yang ready made........kadang-kadang kita tak tahu tahap kepedasan dia kan...if buat sendiri nie........kita tahu cili kering jenis mana kita guna.  Aku suka beli cili kering yang licin and berkilat tu...yang tu pedas sikit...if jenis yang kerenteng2 tu...dia kurang menyengat sikit...yang nie, letak sikit pun dah pedas kemain dah.  Selalu aku memang buat stok kat dlm peti ais tu....bukan susah pun....rebus cili kering tu and tambah minyak sikit.  then blend ler....tu jer....buat banyak2 sikit simpan stok dlm peti sejuk untuk kemudahan memasak di lain masa.........mak aku memang ajar mcm tu........kalau mak aku lagi ler......siap bawang blender pun dia simpan stok dlm peti ais. Bila nak masak.....sumer dah siap blend.........tp bab bawang nei...........aku prefer menumbuk guna lesung batu lagi dari blender....baru ler rasa manis bawang tu terasa-rasa.


and.........aku suka letak barang sebiji dua lada basah bila buat asam pedas campur ngan cili kering...ntah erkk....nei sumer ngikut mak aku ler nie.........dia kata tambah tu, aku pun tambah ler......


pastu ........cam biasa ler kan........campak jer bahan tumbuk dalam kuali.  Tumis hingga naik bau, baru ler curah ngan air asam jawa tu............tak suka guna asam keping bila masak asam pedas...tak rasa kick sangat nanti.  Then...tambah ler air.........garam, gula and knorr pasti sedap..........benda wajib bila aku masak sekarang.  Bila agak2 dah menggelegak..........baru ler masuk ikan then masuk aksesori plak.  Senang kan...main campak-campak jer............and aku prefer guna kuali dari guna periuk bila masak asam pedas nie....rasa puas hati tengok bahan sumer mesra dalam kuali tu.....guna periuk bila buat sup2 jer.........tu pun kadang2 aku guna kuali gark.....he hehe...ntah..aku pun tak tahu naper aku tak suka guna periuk....susah kot nak mengacau guna senduk ke apa....lain ler masak banyak guna periuk besarrrrr tu. Nie setakat masak untuk 2 mulut besar + 1 mulut kecik tu........cukup ler ngan kuali nie.



and tak sampai 15 minit.......siap dah asam pedas ikan merah aku.  Pekat melekat kan........asam pedas nie....syok bila rasanya ada rasa-rasa masam, manis and masin.......combinasi 3 rasa yang...wallah! makan sure tak berhenti punya. 

*** asam pedas + ayam goreng  + nasi putih......fuh! memang tak pandang kiri kanan lerrr
*** rindu ngan asam pedas ayam mak aku.........